Thursday, October 1, 2009

DAP SEDANG HANCURKAN MELAYU DI PULAU PINANG

Tak tahulah siapa yang gila kuasa? DAP ke PKR...PAS?( tak layak bersuara )..Inilah yang dinamakan Pakatan Rambang ( PR ) sehingga sampai sekarang pun belum didaftarkan. Indah betul mereka tidur sebantal, tapi mimpi mereka lain-lain. Tahniah kepada orang Melayu Pulau Pinang yang menyokong PR terutamanya DAP. Semuga akan diingati oleh anak cucu nanti yang orang Melayu sendiri yang menjual bangsa mereka.

Ingatlah, DAP popular di mata orang cina, dasar-dasar DAP yang memberi banyak kelebihan kepada orang cina dan dilihat DAP lebih membela cina dari MCA dan Gerakan. Orang cina di Malaysia sebenarnya sudah lama mengimpikan untuk memerintah Malaysia, sesudah orang cina berjaya menguasai ekonomi negara, mereka pula mengimpikan untuk menguasai politik, banyak dasar-dasar kerajaan BN yang tidak disenangi oleh orang cina, dasar-dasar yang di buat oleh kerajaan BN dilihat melebihkan orang Melayu, orang cina sebenarnya Tamak dan Dengki kepada orang melayu, orang cina menganggap orang melayu hanya sebagai bangsa pengacau, segala apa sahaja yang ingin mereka buat terhadap negara ini tidak menjadi gara-gara orang melayu masih lagi memegang kuasa politik malaysia.

Pulau Pinang menjadi test ground mereka untuk menekan bangsa melayu, orang cina Pulau Pinang memberi undi kepada DAP kerana mereka melihat DAP sahajalah parti yang amat membenci orang melayu, maka DAP pun menang di Pulau Pinang. Kini setelah hampir dua tahun DAP memerintah Pulau Pinang Projek Menghalau Orang Melayu dari Pulau Pinang dengan menjadikan Pulau Pinang negeri untuk orang cina kini sedang giat di lakukan, sebanyak 10 perkara yang telah digariskan oleh DAP dalam Projek mereka menghalau orang melayu dari Pulau Pinang.... Baca Seterusnya

1.Satu perbadanan yang dikenali sebagai Perbadanan Ketua Menteri telah ditubuhkan, tujuan penubuhan perbadanan ini ditubuhkan hanya semata-mata untuk merampas Tanah Wakaf Orang Melayu yang beribu ekar kebanyakanya tanah-tanah itu berada di sebelah pulau (gorgetown) dan tanah-tanah ini memiliki nilai hartanah yang tinggi.

2.Penjaja dan peniaga kecil melayu ditekan oleh pemerintah DAP, buktinya ramai penjaja kecil melayu telah gulung tikar kerana tempat mereka berniaga sejak puluhan tahun telah dirobohkan oleh PBT atas arahan pemimpin DAP atas alasan tempat itu hendak dibangunkan, tapi peniaga itu tidak diberi tapak lain sebagai ganti. Contoh terbaik semasa bulan Ramadhan baru-baru ini apabila peniaga-peniaga Melayu dihalau dari premis perniagaan mereka.

3.Projek membangunkan Resort dan Hotel-hotel mewah di kawasan melayu ini dilihat sebagai satu strategi DAP untuk menekan dan menghalau orang melayu keluar dari Pulau Pinang.

4.Mengetatkan kelulusan penukaran status tanah untuk orang melayu jika tanah itu ingin dibuat sebagai tanah perkuburan Islam, tetapi dalam masa yang sama, tanah perkuburan cina tumbuh bagai cendawan.

5.Tidak ada lagi tender untuk kontraktor bumiputra kelas f, kebanyakkan kontraktor melayu di pulau pinang terpaksa gulung tikar.

6.Wujudnya campur tangan dalam pengurusan wang zakat dan baitumal di Pulau Pinang, DAP cukup irihati dengan jumlah kutipan wang zakat kerana ianya mencecah jutaan ringgit, DAP juga meminta wang zakat itu tidak hanya diberikan kepada orang Islam sahaja tetapi DAP juga meminta wang zakat itu diberikan kepada mereka yang bukan Islam, DAP memberi alasan ianya Keadilan untuk semua rakyat.

7.Tokong, Kuil dan gereja dibina tanpa pengawasan dari PBT, tetapi pembinaan masjid dan surau melalui proses yang cukup ketat dan menyusahkan.

8.Premis-premis maksiat dibiarkan di bina dikawasan yang ramai penduduk melayu, penjualan arak dibuat secara terbuka, langsung tiada penguatkuasaan.

9. Membina satu universiti khas untuk kaum cina diatas tanah seluas 140 ekar yang mana asalnya tanah itu untuk pembinaan sekolah tinggi agama.

10. Rasuah dan salahguna kuasa semakin berleluasa di dalam pejabat ketua menteri, tetapi mereka bijak mengalihkan setiap isu yang kena atas batang hidung mereka.

Sekali lagi TAHNIAH KEPADA SEGELINTIR UMAT MELAYU YANG TELAH MENGGUNDI DAP DAN PAKATAN RAMBANG ( PR )PADA PILIHANRAYA LEPAS, TANGGUNG LAH SENDIRI PADAHNYA. BEGITU JUGA KEPADA PAS KERANA BERJAYA BERKAWAN DENGAN DAP DAN SYAITAN SEBAGAI RAKAN SEJATI MEREKA UNTUK MENJATUHKAN ORANG MELAYU ISLAM SENDIRI DEMI MENEGAKKAN NEGARA ISLAM ALA-PAS. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi...MASYAALLAH!!!.

Sunday, September 13, 2009

100 KATA-KATA NIK AZIZ YG MERBAHAYA

100 Kata-kata Nik Aziz
Paling Merbahaya Dalam Sejarah
(Siri I)

Oleh Muhammad Azli Shukri
Di sini saya perturunkan kata-kata Nik Aziz yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Apakah beliau layak dipanggil dengan gelaran ulama, atau sebaliknya. Untuk siri pertama ini saya perturunkan 10 kata-kata beliau terlebih dulu untuk para pembaca menilai kembali bagaimankah corak pemikiran Islam Nik Aziz yang sebenar. Ada 90 kata-kata beliau yang masih ada dalam simpanan saya. InsyaAllah akan saya keluarkan sedikit demi sedikit bagi menyedarkan orang ramai berkenaan pemikiran ala-Khawarij yang membaluti parti PAS selama ini. Wallahualam.

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.


11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.


12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.


13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.


14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.


15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.


16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.


17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.


18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.


19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.


20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.



21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.


22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.


23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.


24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.


26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.


27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.


28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.


29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

Thursday, September 10, 2009

LAILATULQADAR

Pengertian surah al-Qadr :Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah Kemuliaan itu? Pada malam itu turun malaikat2 yang diketuai oleh malaikat Jibrail dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Sesungguhnya, malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.Daripada Abi Hurairah r.a drp Nabi s.a.w sabdanya "Sesiapa yg m'dirikan malam Lailatul-Qadr dengan iman dan ihsan (mengharapkan pahala), nescaya diampunkan baginya dosa2nya yg terdahulu."Berdasarkan surah al-Qadr & hadis di atas, kelayakan asas mendapatkan nikmat Lailatul-Qadr yg diredhai Allah s.w.t ialah spt berikut :
1) Islam : Mendirikan / menghidupkan malam Lailatul-Qadr dgn amal.
2) Iman : Kepercayaan & keyakinan penuh terhadap perkara ghaib.
3) Ihsan: Mengharapkan pahala dari rahmat Allah s.w.t.
4) Penyucian : Bertaubat nasuha dgn b'azam m'ninggalkan dosa2 besar.
Aisyah r.a. bertanya : Apakah pandanganmu jk daku menemui Lailatul-Qadr, apakah yg harus daku ucapkan?
Rasulullah s.a.w bersabda :Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Yang Mulia, Engkau kasih akan keampunan, maka ampunilah daku.

TENTAIF ATUR-CARA 10 MALAM TERAKHIR.Penganjur Majlis : Allah s.w.tPenaja Ganjaran : Allah s.w.tPenyambut Tamu : Malaikat2.Dif2 Kehormat : Muslim & Muslimat.Masa Sesi Majlis :
dari 6:30 ptg hingga 6:30 pg
Tarikh Rasmi : dari 21 Ramadhan hingga 1 SyawalLokasi Majlis :
Masjid2 sahaja.Keperluan Asas :Islam, Iman, Amal & Ihsan.
6:30 pm - 8:10 pm : Ketibaan Tetamu2 Allah.Solat Tahiyyat MasjidNiat IktikafBerzikir/ baca al-QuranBerbuka puasaSolat Qabliyyah (2 rakaat)Solat Maghrib berjemaahSolat Badiyyah (2 rakaat)Balik mandi (jika ada kesempatan)
8:15 pm - 10:45 pm Solat Qabliyyah (2 rakaat)Solat Isyak berjemaahSolat Badiyyah (2 rakaat)Solat Terawih berjemaah Solat Witir berjemaahRehatkan diri & minda
10:45 pm - 4:00 am Sedikitkan tidor malam muBanyakkan baca al-QuranZikir & selawatSolat Taubat & Tahajud
4:00 am - 5:00 am Qiamulail berjemaah
5:01 am - 7:00 amBalik sahur dirumah (jika berdekatan)Solat Tahiyyat MasjidSolat Qabliyyah (2 rakaat)Solat Subuh BerjemaahZikir / Baca al-QuranKulaih Subuh / Tazkirah Pagi Bersurai .

Insya-Allah bersama-sama kita mengejar nikmat rahmat penngampuan Allah s.w.t, yang terkandung dalam 1 malam bersamaan 83 Tahun 3 bulan usia kita nanti.Wassalam.

Saturday, September 5, 2009

NIK AZIZ LANTIK MENANTU--KRONE

Nik Aziz pertahan lantik menantuAug 9, 08 2:57pm

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.Beliau berkata, Ariff Fahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah CEO sebelum ini meletak jawatan.

NIK AZIZ KATA:"Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia(Ariff Fahmi)"

Saturday, August 29, 2009

KONVENSION FACEBOOK MELAYU (FBM) DALAM ’BICARA MELAYU’
PADA 1 SEPT 2009 : SATU MELAYU

Penyertaan terbuka kepada Peserta Dan Ahli Panel FB Melayu (diwajibkan memaparkan gambar sebenar di FB)
Urusetia Maya: Mat Nasir Mohamed ..*messag/chat untuk tentative program

Tentatif Program:
Tempat: dirumah/dimana anda berada

Pre Konvention: Jam 10 Pagi Solat Hajat & Bacaan Yassin

1. Jam 11 Pagi – 12 tengahari
Tajuk: Melayu Dalam Sejarah Perjuangan Bangsa

2. Jam 12 T/Hari – 1 Petang
Tajuk: Melayu Dalam Perkhidmatan Awam

3. Jam 3 Ptg-4ptg
Tajuk:Melayu Dalam IPTA & IPTS

4. Jam 4ptg-5ptg
Tajuk Melayu Dalam Keusahawanan

5. Jam 5ptg-6ptg
Tajuk Melayu Dalam Pengekalan Kuasa

SAYA MENJEMPUT UNTUK SAMA2 MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KONVENSION FB MELAYU SECARA MAYA

Friday, August 28, 2009

POLITICAL TESTAMENT BETWEEN UMNO, MCA & MIC

POLITICAL TESTAMENT BETWEEN UMNO, MCA & MIC

Diatas adalah dokumen yang asal Suruhanjaya Reid!
Kepada sedara2 PAS n PKR.. bacalah... dan fahamilah... Dokumen ini bukanlah palsu... bukanlah yang direka... bacalah... igtlah... ini tanah melayu.

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun
yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu
dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di
jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara
tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan
memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah
Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan
Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan
Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam
pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan
calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan
India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan
orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin.Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh,bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu
(Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan
Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21.Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.


22. Sekolah rendah
Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai
bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah
menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.


23. Di pihak
mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka
menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik
balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan
sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan
kepada semua rakyat.


24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman
ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka.
Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa
terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan
hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk
perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan
lain-lain kaum Bumiputera sahaja.


25. Demikian walaupun Bahasa
Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas
digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di
mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun
tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.


26.
Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap
warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di
mana-mana sahaja.


27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan
di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur
di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi
kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu
atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi
para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi
bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.


28. Islam adalah
agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut
masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam
mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi
mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan
Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan
terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.


29.
Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service)
dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang
diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan
profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak
mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi
jawatan-jawatan tersebut.


30. Hasilnya pada awal kemerdekaan
terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi
jawatan dalam Divisyen Satu.


31. Yang Di-Pertuan Agong atau
Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang
Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau
lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.


32.
Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan.
Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja
Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.


33. Raja-raja akan
menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh
Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan
dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.


34.
Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen
digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang
diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah
mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu
dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.


35.
Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana
Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang
memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada
apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara
dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan
India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik
sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.


36.
Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi
merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di
Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui
pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik
UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili
sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak
Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan
mereka terhadap persefahaman ini.


37. Suruhanjaya Reid diberi
penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan
dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti
meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan
dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat
ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada
tahun 1957.


38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai
Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini
di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan
Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga
perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan
orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang.
Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo
tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan
semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan
apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang
Melayu tetap tidak berubah.


39. Oleh itu pembentukan kontrak
sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud
samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada
penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak
sosial yang asal.


40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan
adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak
sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap
Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak
sosial ini.


41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah
seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan,
tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.


42.
Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang
mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang
kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan
ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah
dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

Saturday, August 22, 2009

Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM

(dipetik dari blog Khairil Jalaluddin)



Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM


1. Tuduhan kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.

Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964. Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.

2. Membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.

Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.

Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan polotik suku agama suku."

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang berbeza.

Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam sembahyang dan lain-lain.

Tetapi selepasa wafat Nabi Muhammad, ketika itu negara Islam sudah meluas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak dan berkemampuan,

Seorang yang menjadi kadhi tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.

Nabi sendiri pun telah memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).

3. Menuduh kerajaan BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah.

Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."

Menjalankan hukum Allah mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki, cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji). Hukum Allah menghendaki begitu. Hadi Nabi menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam negara kamu."

Walaubagaimanapun, hukum Islam berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut kemampuan yang ada.

4. Menuduh kerajaan BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.

Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."

Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.

5. Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.

Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.

6. Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.

Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.

Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.

7. Sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.

Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.

Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah menegaskan demikian. Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.

8. Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.

Fatwa ini mula dicipta dan disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat, dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal ummah.

9. Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.

Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah.

Fatwa ini jelas bertentangan dengan hukum dan bercanggah dengan akidah. Surah Al-Hujarat ayat ke 11 dengan jelas menyatakan maksud ini.

Memang benar Allah pernah mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan seumpama itu tidak bleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca, kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada Allah Yang Maha Suci.

Kata-kata Allah itu adalah merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun, kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik. Tidak kepada orang yang sujud kepada Allah.

Ahli Sunnah Wal-Jammah telah membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian dan kesempurnaan Allah.

10. Fatwa-fatwa sampingan

Kesan daripada fatwa-fatwa di atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan pendalaman:

a) Tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.

b) Diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.

c) Tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN

d) Tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.