Friday, August 28, 2009

POLITICAL TESTAMENT BETWEEN UMNO, MCA & MIC

POLITICAL TESTAMENT BETWEEN UMNO, MCA & MIC

Diatas adalah dokumen yang asal Suruhanjaya Reid!
Kepada sedara2 PAS n PKR.. bacalah... dan fahamilah... Dokumen ini bukanlah palsu... bukanlah yang direka... bacalah... igtlah... ini tanah melayu.

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun
yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu
dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di
jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara
tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan
memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah
Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan
Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan
Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam
pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan
calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan
India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan
orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin.Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh,bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu
(Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan
Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21.Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.


22. Sekolah rendah
Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai
bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah
menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.


23. Di pihak
mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka
menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik
balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan
sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan
kepada semua rakyat.


24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman
ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka.
Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa
terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan
hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk
perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan
lain-lain kaum Bumiputera sahaja.


25. Demikian walaupun Bahasa
Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas
digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di
mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun
tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.


26.
Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap
warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di
mana-mana sahaja.


27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan
di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur
di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi
kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu
atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi
para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi
bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.


28. Islam adalah
agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut
masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam
mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi
mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan
Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan
terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.


29.
Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service)
dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang
diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan
profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak
mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi
jawatan-jawatan tersebut.


30. Hasilnya pada awal kemerdekaan
terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi
jawatan dalam Divisyen Satu.


31. Yang Di-Pertuan Agong atau
Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang
Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau
lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.


32.
Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan.
Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja
Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.


33. Raja-raja akan
menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh
Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan
dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.


34.
Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen
digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang
diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah
mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu
dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.


35.
Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana
Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang
memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada
apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara
dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan
India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik
sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.


36.
Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi
merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di
Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui
pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik
UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili
sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak
Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan
mereka terhadap persefahaman ini.


37. Suruhanjaya Reid diberi
penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan
dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti
meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan
dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat
ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada
tahun 1957.


38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai
Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini
di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan
Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga
perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan
orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang.
Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo
tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan
semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan
apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang
Melayu tetap tidak berubah.


39. Oleh itu pembentukan kontrak
sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud
samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada
penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak
sosial yang asal.


40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan
adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak
sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap
Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak
sosial ini.


41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah
seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan,
tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.


42.
Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang
mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang
kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan
ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah
dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

No comments:

Post a Comment