Saturday, August 29, 2009

KONVENSION FACEBOOK MELAYU (FBM) DALAM ’BICARA MELAYU’
PADA 1 SEPT 2009 : SATU MELAYU

Penyertaan terbuka kepada Peserta Dan Ahli Panel FB Melayu (diwajibkan memaparkan gambar sebenar di FB)
Urusetia Maya: Mat Nasir Mohamed ..*messag/chat untuk tentative program

Tentatif Program:
Tempat: dirumah/dimana anda berada

Pre Konvention: Jam 10 Pagi Solat Hajat & Bacaan Yassin

1. Jam 11 Pagi – 12 tengahari
Tajuk: Melayu Dalam Sejarah Perjuangan Bangsa

2. Jam 12 T/Hari – 1 Petang
Tajuk: Melayu Dalam Perkhidmatan Awam

3. Jam 3 Ptg-4ptg
Tajuk:Melayu Dalam IPTA & IPTS

4. Jam 4ptg-5ptg
Tajuk Melayu Dalam Keusahawanan

5. Jam 5ptg-6ptg
Tajuk Melayu Dalam Pengekalan Kuasa

SAYA MENJEMPUT UNTUK SAMA2 MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KONVENSION FB MELAYU SECARA MAYA

Friday, August 28, 2009

POLITICAL TESTAMENT BETWEEN UMNO, MCA & MIC

POLITICAL TESTAMENT BETWEEN UMNO, MCA & MIC

Diatas adalah dokumen yang asal Suruhanjaya Reid!
Kepada sedara2 PAS n PKR.. bacalah... dan fahamilah... Dokumen ini bukanlah palsu... bukanlah yang direka... bacalah... igtlah... ini tanah melayu.

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun
yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu
dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di
jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara
tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan
memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah
Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan
Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan
Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam
pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan
calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan
India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan
orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin.Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh,bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu
(Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan
Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21.Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.


22. Sekolah rendah
Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai
bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah
menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.


23. Di pihak
mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka
menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik
balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan
sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan
kepada semua rakyat.


24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman
ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka.
Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa
terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan
hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk
perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan
lain-lain kaum Bumiputera sahaja.


25. Demikian walaupun Bahasa
Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas
digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di
mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun
tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.


26.
Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap
warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di
mana-mana sahaja.


27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan
di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur
di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi
kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu
atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi
para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi
bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.


28. Islam adalah
agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut
masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam
mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi
mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan
Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan
terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.


29.
Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service)
dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang
diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan
profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak
mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi
jawatan-jawatan tersebut.


30. Hasilnya pada awal kemerdekaan
terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi
jawatan dalam Divisyen Satu.


31. Yang Di-Pertuan Agong atau
Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang
Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau
lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.


32.
Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan.
Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja
Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.


33. Raja-raja akan
menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh
Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan
dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.


34.
Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen
digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang
diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah
mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu
dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.


35.
Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana
Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang
memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada
apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara
dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan
India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik
sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.


36.
Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi
merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di
Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui
pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik
UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili
sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak
Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan
mereka terhadap persefahaman ini.


37. Suruhanjaya Reid diberi
penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan
dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti
meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan
dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat
ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada
tahun 1957.


38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai
Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini
di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan
Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga
perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan
orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang.
Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo
tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan
semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan
apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang
Melayu tetap tidak berubah.


39. Oleh itu pembentukan kontrak
sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud
samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada
penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak
sosial yang asal.


40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan
adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak
sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap
Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak
sosial ini.


41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah
seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan,
tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.


42.
Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang
mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang
kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan
ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah
dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

Saturday, August 22, 2009

Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM

(dipetik dari blog Khairil Jalaluddin)



Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM


1. Tuduhan kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.

Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964. Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.

2. Membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.

Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.

Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan polotik suku agama suku."

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang berbeza.

Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam sembahyang dan lain-lain.

Tetapi selepasa wafat Nabi Muhammad, ketika itu negara Islam sudah meluas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak dan berkemampuan,

Seorang yang menjadi kadhi tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.

Nabi sendiri pun telah memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).

3. Menuduh kerajaan BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah.

Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."

Menjalankan hukum Allah mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki, cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji). Hukum Allah menghendaki begitu. Hadi Nabi menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam negara kamu."

Walaubagaimanapun, hukum Islam berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut kemampuan yang ada.

4. Menuduh kerajaan BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.

Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."

Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.

5. Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.

Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.

6. Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.

Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.

Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.

7. Sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.

Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.

Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah menegaskan demikian. Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.

8. Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.

Fatwa ini mula dicipta dan disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat, dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal ummah.

9. Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.

Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah.

Fatwa ini jelas bertentangan dengan hukum dan bercanggah dengan akidah. Surah Al-Hujarat ayat ke 11 dengan jelas menyatakan maksud ini.

Memang benar Allah pernah mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan seumpama itu tidak bleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca, kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada Allah Yang Maha Suci.

Kata-kata Allah itu adalah merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun, kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik. Tidak kepada orang yang sujud kepada Allah.

Ahli Sunnah Wal-Jammah telah membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian dan kesempurnaan Allah.

10. Fatwa-fatwa sampingan

Kesan daripada fatwa-fatwa di atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan pendalaman:

a) Tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.

b) Diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.

c) Tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN

d) Tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.

Friday, August 21, 2009

TUDUHAN NIK AZIZ BAHAWA MAJLIS FATWA TIDAK PROFESIONAL DAN DIPENGARUHI OLEH PIHAK LAIN DALAM MEMBERIKAN KENYATAAN BERKENAAN SYURGA DAN NERAKA.

Ustaz Mohd Afandi Yusof

Pemuda UMNO Malaysia menyokong sepenuhnya, keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu, bahawa ketentuan syurga neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Maknanya Allah berkuasa untuk menganugerahkan syurga atau neraka berdasarkan kepada amalan soleh dan perbuatan dosa yang dilakukan didunia. Perkara ini cukup jelas dalam al Quran dan hadis.

Hujah Nik Aziz mengatakan kalau rasuah, hisap dadah belum tentu masuk syurga atau neraka, memang benar kerana ketentuan masuk syurga atau neraka berdasarkan kepada perhitungan dosa dan pahala serta neraca timbangan amal kebajikan diakhirat. Sesiapa yang banyak melakukan dosa didunia, tidak kira UMNO atau Pas, maka nerakalah tempatnya, demikianlah juga bagi manusia yang beramal soleh, banyak amalan kebajikan semasa didunia, syurgalah tempatnya. Itulah maksudnya “hak mutlak Allah”, bukan hak mutlak Nik Aziz.

Jadi kalau Nik Aziz nak syer kuasa dalam urusan pengagihan syurga neraka, itu suatu perkara yang menyeleweng dalam urusan agama. Barangkali syurga yang didakwa oleh Nik Aziz itu “syurga Pas”, manakala syurga yang diputuskan Majlis Fatwa adalah “Syurga Allah”.

Persoalannya, kenapa hanya ahli UMNO sahaja yang tidak masuk syurga? Sedangkan ahli PKR dan DAP yang beragama Islam dijamin oleh Nik Aziz sebagai selamat. Pemuda UMNO mencabar Nik Aziz mengeluarkan fatwa, apakan status ahli kedua parti itu masuk syurga atau neraka kerana kedua-dua parti tersebut langsung tiada agenda perjuangan untuk Islam. Bagaimana status ahli Pas, PKR dan DAP yang rasuah, yang salah guna kuasa, yang menipu, mereka akan masuk syurga atau neraka?

Apa yang dilakukan oleh Nik Aziz sekarang, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menghidupkan semula isu takfir, isu menolak hukum hudud Allah, isu agama suku politik suku, kerana disitulah tunjang kekuatan Pas yang sebenarnya, namun kini, semua tuduhan palsu tersebut sudah terkena atas batang hidung Pas sendiri.

Kalau lah Pas dan GMI mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah ISA, sedangkan ISA itu bukan merupakan perintah mutlak Allah dalam al Quran, kenapa Pas tidak mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan di negeri Pakatan Rakyat melaksanakan hukum hudud, mengikut fiqh awlawiyyat, itu lebih utama daripada membantah ISA kerana hudud adalah hukum Allah. Pas dicabar berbuat demikian.

        TOK PA KERJA KUAT DI PERMATANG PASIR

        PERMATANG PASIR 20 Ogos- Suk UMNO Jeli Roslan melaporkan program Tok Pa pada 20 Ogos di Permatang Pasir.

        3.00 PETANG - TIBA DI PERMATANG PASIR / PETI UNDI SAMA GAGAH

        - PROGRAM BACAAN YASIN (3 TEMPAT) – KAK LONG

        4.30 PETANG - SOLAT ASYAR DI RUMAH PEMIMPIN TEMPATAN – SUK KEL

        - LAWATAN KE RUMAH ORANG TUA / UZUR / SAKIT / TERPINGGIR (KAK LONG)

        6.00 PETANG - PERJUMPAAN DENGAN JENTERA PETI UNDI, UMNO BAGAN DAN UMNO KELANTAN (SUK KEL)

        7.00 MALAM - PERJUMPAAN DENGAN URUSETIA DAN PETUGAS KELANTAN DI RUMAH KELANTAN (SUK JELI)

        7.30 MALAM - SOLAT MAGHRIB DI MASJID (DICADANGKAN OLEH DATOK KETUA BHG BAGAN)

        8.30 MALAM - SOLAT ISYAK BERJEMAAH DI RUMAH PEMIMPIN TEMPATAN (SUK KEL)

        10.00 MALAM - MESYUARAT PENYELARASAN PETI UNDI DI BILIK GERAKAN PETI UNDI (SUK KEL)

11.30 MALAM - MESYUARAT DI COMAND CENTRE.

Jaga cucu lagi baik

NIK AZIZ KECUNDANG

KOTA BHARU 21 Ogos -

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Abdul Shukor berkata, ia adalah selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh jawatankuasa itu pada tahun 2000 iaitu ketentuan seseorang Islam memasuki syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah.

Komen: Perjalanan politik Nik Aziz sesat di penghujung usia...kembalilah kepangkal jalan dengan meletakkan jawatan semua dalam kerajaan dan parti.

Thursday, August 20, 2009

Nik Aziz sedia bersemuka dengan Majlis Fatwa

20/08/2009 6:47pm
KOTA BAHARU 20 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

“Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul,” katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

“Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.- BERNAMA

Komen: untuk maklumat terus sampai kepada rakyat perjumpaan itu disiarkan oleh semua siaran tv.

Wednesday, August 19, 2009

Kerajaan Selangor Salah Guna Wang Zakat?
SHAH ALAM 19 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri ini.
Komen: tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan BN Tuanku Sultan terpaksa menitahkan supaya wang zakat dikawal dengan ketat. Kerajaan Anwar dengan sokongan Pas terlalu bahaya kepada dana Islam yang boleh disalah gunakan kepada orang bukan Islam, yakni terkeluar dari 9 hasnah.

Monday, August 17, 2009

GOBALAKRISHNAN PAKAH PAS MASUK SURGA....NIK AZIZ


GOBALAKRISHNAN SAKIT TENAT
PERMATANG PASIR 17 Ogos-
Setiap kali pilihanraya Nik Aziz akan jual syurga dan negara, macam dajal akhir zaman. Biasalah negaka untuk UMNO syurga untuk Pas. Nik Aziz perlu sedar ajak lah masuk syurga ramai-ramai kerana syurga Allah itu luas mesti boleh muat. Tapi Nik Aziz juga kena sedar neraka Allah itu juga luas puak Pas masuk ramai-ramai pun boleh muat lagi.

Nik Aziz sakit....... ahli UMNO tak akan masuk syurga???

PAS MENANG AKAN LAKSANAKAN HUKUM HUDUD DI PULAU PINANG

PERMATANG PASIR 18 Ogos- Semalam adalah hari penamaan calun yang mengesahkan pertandingan dua penjuru antara BN dan Pas. Penyokong Pas semalam tidak menampakkan orang China dan India turut serta, kenapa ianya berlaku?
Penyokong tua Pas amat bersemangat dengan mengatakan jika Pas menang maka hukum Hudud akan dilaksanaka di Pulau Pinang. Lim Guan Eng sudah berbincang dengan Nik Aziz untuk melaksanakannya. Lim Guan Eng yang diberi gelaran Umer Abdul Aziz oleh Nik Aziz amat memahami hukum Hudud. Maka berilah kemenangan kepada Pas untuk melaksanakan hukum Allah iaitu Hudud.
Sambutan hari Hudud baru beberapa hari dirayakan di Kelantan maka itulah umpan yang akan dijaja oleh Nik aziz di Permatang Pasir.
Teringat pantun bekas wakil Rayat Pas Ustaz Bunyamin Yaakub yang telah kembali kerahmatullah;
wau-wau bule (bulan)
wau bule teraju tiga
mari pakat pakah bule (Pas)
mati sesok masuk syurga
Beliau sekarang berada dalam kubur.....mungkin Nik Aziz boleh cerita apa yang sedang berlaku kepada pemimpin Pas kesayangannya itu...mungkin Nik Aziz sudah bermimpi Ustaz Bunyamin sudah berada dalam syurga bersama bidadari yang comel-comel belaka. wallahualam....takbir.

Sunday, August 16, 2009

Tan Sri Datuk Mohd Asri Haji Muda adalah bekas Yang DiPertua Agung (kini dipanggil Presiden) PAS yang keempat. Beliau juga adalah Presiden PAS yang paling lama memegang teraju kepimpinan – sekitar 14 tahun. Akhirnya beliau menyokong UMNO.
KELOHAN BEKAS KETURUNAN PAS
(Ambo kutip dari Blog Abe Li Kapak Jangok.....terima kasih)
Assalamualaikum Abe Li, Ambo pun nak tegur juga PAS sikit.Ambo dulu orang kuat PAS, anak ambo ambo bui nama Burhanuddin Hilmi,sempena pengasa no.1 PAS. Tanah datok ambo, ambo wakaf buat pejabat pas sampai ke lo ni, dengan bangunan batu 2 tingkat, dekat bandar. Tanah sajo lambat ttawar rm300 ribu ore ambik. Lo ni Allah taala balik hati ambo benci-benci sungguh ko PAS, tak tahulah bakpo sebut PAS rasa geligut. Ambo tak setuju sebab no. satu Tok Guru kito bukan supo dulu, dulu Nik Aziz tak gi kenduri Rumah Dato Asri MB kelantan semasa kenduri kawin anak perempuan Dato Asri kerana ada acara nasyid Orkes Alsuraya Medan dijemput memeriahkan Majlis, Lo ni Tok Guru gi malis serah kain kuning tok cha ketik terbok (ambo pun gi jugak) , majlis tarian singa di Padang Bandaran Ipoh Bandaran Ipoh tahun baru China baru ni. Meluluskan pembinaan berhala yang melebihi ketinggian menara masjid di Negeri serambi mekah, bumi tadahan wahyu. Ada dua yang melebihi 12 tingkat bangunan. Berhala tawang yang tertinggi diAsia Tenggara, Berhala jubakau dan berhala terbak, dan banyak lagi sedang diperelok dengan kelulusan kerajaan negeri. Kalimah Allah PAS kata boleh digunakan oleh gereja buat dakwah orang islam masuk kristian, Pera babi selangor pun Tok Guru Kata tak pa, DAP kata ISLAM AGAMA lANCAUPUN, TAK PA SEBAB GU KITA. SAMA ISLAM NAK PAKAT TOK GURU MARAH-MARAH SUNGGUH, LEBIH MARAH DARIPADA KIT SIANG. Dulu tok guru takkan naik atas rumah hok dinding ada tepek gambar, waima gambat keluarga sebesar tapak tangan, la ni gambar tok guru sendiri lebih besar dari saiz manusia ada dicerok mana sampai atas balasah, surau masjid, jalan, rumah ,wakaf,tepi jambatan atas jambatan. Dulu kutok UMNO sebab kongsi dengan kafir, kutok UMNO pera babi di Melaka, kutok umno Hino islam, kata UMNO kafir, La ni Allah terbalik kot semua tu atas batu jemala tok-tok guru dan ustaz-ustaz PAS. Tok Guru kata selsema Babi ialah bala Allah, kerana ulamah tak tegur kesilapan manusia. Tetapi tak terfikirkah Kelulusan pembinaan berhala adalah sangat -sangat dimurkai Allah dan kerajaan bumi tadahan wahyu yang menyain kelulusan pembinaan itu tak boleh lari dari mendapat kemurkaan dan kutukan Allah. Membenarkan DAP hina Islam, Tak apa sebab dia tak faham Islam, Sebenarnya tak pa sebab dia gu kita.Berbaik dengan Kaum Nabi Luth. Maka Bala AH1N1 sebenarnya adalah Kod kepada perkongsian A=Anwar + H1= Hadi sore + N1 = Nik Aziz sore maka jadi AH1N1. Maka orang kafir boleh pijak Isle. Mohon ampun kepada Allah jika teguran ini berdosa dan jika teguran ini boleh menyedarkan manusia maka ambo berpahala. Wallahuaklam.
August 15, 2009 10:40 PM

Surat MPKB bertarikh 20 July 2009
MPKB(L)9/1995/(61)

NIK AZIZ TIPU LAGI RAKYAT KELANTAN
KOTA DARULNAIM KOTA BHATU 16Ogos - Isu Nik Aziz menyokong DAP menghina Islam masih panas diperbincangkan dikedai kopi seluruh Kelantan. Isu beer masih tidak selesai di Selangor dimana jualan beer begitu meluas sekali semenjak PR memerintah. Isu terbaru yang berlaku diKelantan ialah Nik Aziz mengarahkan supaya sesuatu iklan yang dipamirkan DIWAJIBKAN MENGADAKAN TULISAN JAWI BERUKURAN LEBIH BESAR ATAU SAMA BESAR DENGAN HURUF-HURUF BAGI PERKATAAN LAIN DAN DILETAK DIBAHAGIAN ATAS DAN TULISAN LAIN DIBAHAGIAN BAWAH.
Sehubungan dengan itu Kerajaan kelantan memberi tempoh sehingga 31 Disember 2009 untuk membetulkan iklan-iklan dipremis masing-masing. Sekiranya gagal berbuat demikian MPKB Bandaraya Islam akan mengambil tindakan yang tegas.
Soal tulisan jawi Nik aziz gagal selaraskan dengan negeri-negeri pembangkang yang lain terutama Selangor. Di Selangor Khalid dan DAP dengan disokong oleh PAS membuang semua tulisan jawi.

Amoi China dan Pas yang menghapus tulisan jawi di Selangor.

Ini adalah penipuan terbaru Nik Aziz yang memerintah Kelantan mengguna pendekatan IT (Ikut Telitas). Nik Aziz beranggapan bile Pas Kelantan bertegas dengan tulisan Jawi maka rakyat Kelantan yang terdiri dari orang Melayu menyokong Pas, sebaliknya yang berlaku dinegeri lain ialah menghapus tulisan Jawi untuk mendapatkan sokongan orang China dan India.
Rakyat Kelantan yang terdiri dari peniaga-peniaga Melayu amat marah dan kecewa dengan pemerintahan Nik Aziz yang berkecamuk dan kelamkabut.

Thursday, August 13, 2009

NIK AZIZ-DAP BOLEH HINA ISLAM

PULAU MELAKA 14 Ogos - Sekarang ini Nik Aziz huyung hayang mempertahankan fatwa barunya DAP boleh hina Islam. Kesian Nik Aziz, mana ulamak Pas yang lain membisu seribu bahasa. Kalau senyap maknanya setuju dengan Nik Aziz. Mana Harun Din, mana Harun Taib, mana Mat Iraq, mana Mat Yaacob, mana Mat Mustapa, mana Azizan, ??????

NIK AZIZ - DAP BOLEH HINA ISLAM




Wednesday, August 12, 2009

DAP boleh hina Islam – Nik Aziz


Nik Aziz minum kopi China
Lim Kit Siang yang belanja
Dulu DAP dan syaitan sama saja
Sekarang DAP, PAS dan syaitan serupa juga

DAP boleh hina Islam – Nik Aziz
Aug 12th, 2009 By administrator Category: Berita Pilihan


KOTA BAHARU 12 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.
Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.
Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.
“Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan,” katanya.
Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.
Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.
“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katanya. – Bernama

Komen: Nik Aziz sedang menghadapi sindrom 'tua' yang amat berat. Apa sahja yang Nik Aziz cakap sudah tidak releven lagi dengan pemikiran yang waras. Nik Aziz telah menolak Al Quran dan Sunnah dengan meletakkan Kafir boleh hina Islam, fatwa terbaru Ulamak Besar Pas Nik Aziz.

Tuesday, August 11, 2009

Pas tetap setia walau prinsip tidak dihormati

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.
''Apa sahaja isu dan masalah yang timbul walaupun membabitkan prinsip kami tidak dihormati, kami tetap bersama pakatan pembangkang.
''Kami akan duduk berbincang dan menyelesaikan segala konflik yang melanda dengan bijak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Komen:
Pas hilang maruah dan merendahkan martabat Islam. Pas gagal menjunjung Islam sejak dulu lagi, hari ini Pas menyokong DAP yang jelas memijak Islam bererti Pas turut sama memijak Islam. Umat Islam sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Pas yang secara terang mangaku bahawa walau pun menggadaiakn prinsip Pas tetap setia kepada kafir harbi. Ingat prinsip Pas boleh digadai tapi Maruah dan Martabat Agama Allah wajib dipertahankan. Pas boleh hancur bila-bila masa tapi Islam kekal selama-lamanya.

Monday, August 10, 2009




Tok Pa disenangi rakyat semasa kempen di Manek Urai

KEJUTAN DI N11 PERMATANG PASIR

PASIR MAS 10 Ogos - Selalunya Pilihanraya Kecil (PRK) merupakan medan pertempuran yang sengit diantara parti poltik yang bertanding. PRK yang baru lepas ialah N41 Manek Urai. Pas menjangkakan menang mudah dengan majoriti melebihi 2.000, tetapi jangkaan itu di batalkan oleh Allah dan hanya memberi kemenangan dengan majoriti 65 undi sahaja.
Banyak faktor yang menyebabkan terjadi demikian, antaranya pengurusan berpuasat BN iaitu semua operasi BN dikendalikan melalui satu tempat. Pengarah operasi diberi kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan iaitu Tok Pa. Jentera BN mulai bersepakatan dalam operasi berkempen dan merayu undi. Ini adalah tiga faktor besar yang merubah jentera dan sehingga BN hanya tewas 65 undi dalam PRK N41 Manek Urai.

Calun Pas yang Nik Aziz cadangkan Mr John Sabu Kaki khalwat di Kelantan

Sentuhan formula ini akan digunakan sekali lagi oleh BN di N11 Permatang Pasir. Pas kalau di Manek Urai meletakkan kemenangan majoriti 2,000 maka di Permatang pasir Pas akan meletakkan 8,000 majoriti. Ini perangai Pas yang selalu mendahului takdir Allah. Tetapi realitinya Pas begitu takut dan kecut kerana inilah satu-satunya kerusi Pas yang ada di Pulau Pinang. Pas masih teroma kejutan di Manek Urai.

Orang Melayu Islam yang mengundi di Permatang Pasir ialah 72%, ini bermakna mereka berhak menolak Pas dengan mudah. Mereka sudah benci Pas kerana gagal menangangani isu yang dihadapi oleh mereka.

Isu besar yang dimurkai Tuhan terhadap Pas ialah gagal menegakkan syariat Islam seperti yang disalak oleh Nik Aziz saban hari. Sedangkan Pas Pulau Pinang menyokong Yahudi laknatullah dibawah pimpinan Lim Guan Eng DAP.

Pas gagal menunjukkan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa ulamat Pas mampu mengurus Yahudi DAP, tetapi yang terjadi Yahudi mengurus Ulamak Nik Aziz, sehingga Nik Aziz keliru antara Anjing dengan Kambing.

Pas gagal memajukan Islam dan dilaknat oleh Tuhan kerana menyokong DAP yang melarang membina surau iaitu 'Rumah Allah' dikawasan perumahan baru. Pas yang mengagalkan perkembangan Islam selama ini.

Nik Aziz jahil sejarah dan buta dengan penipuan DAP tunggulah kehancuran Pas yang akan dimusnahkan oleh rakyat Pulau Pinang. BN menang di N11 Permatang pasir Isayaallah....Takbir !!!!!

Sunday, August 9, 2009

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA MUZAKARAH HUKUM-HUKUM ISLAM DALAM ISU-ISU SEMASA

Kertas Kerja – 9: “AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)TIDAK BERCANGGAH DENGAN ISLAM”

Ketua: Ustaz Omar bin Khalid dan Pembantu: Ustaz Zukifli Teow

............ sila ke...............................www.imamkelantan.blogspot.com


OMAR KHALID MENARIK BALIK GELARAN TOK GURU KEPADA NIK AZIZ.

BEREK DUA BELAS 9 Ogos- Hari ini dengan rasminya Omar Khalid menarik balik gelaran 'Tok Guru' kepada tiga orang pemimpin Pas iaitu Fazil, Hadi dan Nik Aziz. Omar Khalid bersama Datuk Ghazali bertanggungjawab menamakan gelaran berkenaan kepada mereka sehingga menjadi panggilan kepada semua orang sehingga kehari ini. Omar Khalid yang merupakan orang paling kanan dan rapat dengan Nik Aziz, beliau membuat pengakuan penarikan balik gelaran itu dalam Program Muzakarah Hukum-Hukum Islam Dalam Isu-Isu semasa yang diadakan di Kota Bharu hari ini. Penarikan gelaran ini dibuat kerana beliau berpendapat terlalu banyak jenayah agama yang dilakukan oleh Nik Aziz sepertimana sembilan kertas kerja yang dibentangkan dalam Muzakarah berkenaan.
Kertas kerja itu telah mendapat persetujuan oleh semua ahli Muzakarah yang dianjurksan oleh Pakatan Ulamak Sunnah Wal Jamaah Negeri Kelantan. Sembilan kertas kerja itu telah diserah dengan rasminya oleh Omar Khalid sebagai meweakili Pakatan Ulamak kepada Tok Pa dalam sessi akhir muzakarah berkenaan.
Sembilan kertas tersebut seperti dibawah:

Saturday, August 8, 2009


Pakatan Ulamak Sunnah Wal Jamaah Negeri Kelantan

MUZAKARAH HUKUM-HUKUM ISLAM DALAM ISU-ISU SEMASA
9 Ogos 2009 jam 8.30 pagi hingga 5.00 ptg di Sutra Inn Kota Bharu Kelantan

PENGUCAPAN UMUM
Ustaz Omar Khalid
(Penulis Tafsir Mubin)

SENARAI PEMBENTANG KERTAS KERJA

Kertas Kerja 1; “Allah Tidak Mencarut “
Pembentang: Ustaz Zubir Che Mat
Pembantu: Ustaz Ab Latif Ab Rahman

Kertas kerja 2; ”Bersahabat Dengan Syaitan”
Pembentang: Ustaz Khairudin Mohamad
Pembantu: Ustaz Mohamad b. Nor

Kertas Kerja 3; ”UMNO Ajaran Sesat Atau Kafir”
Pembentang: Ustaz Ab Razak Mat Saat”
Pembantu: Ustaz Mat Haron Ab Rahman

Kertas Kerja 4: ”Melakukan Upacara Agama Lain (Budha)” dan
”Kehadiran Bakar Mayat Orang Kafir”
Pembentang: Ustaz Saifudin Abdul Rahman
Pembantu: Ustaz Mohd Nor Deris

Kertas Kerja 5: ”Kelahiran Pas Bercanggah Dengan Islam”
Pembentang: Ustaz Sukri Ab Rahman
Pembantu: Ustaz Azmi Ibrahim

Kertas Kerja 6: ”Bercakap Kasar Atau Buruk”
Pembentang: Ustaz Che Mat Che Kob
Pembantu: Ustaz Hj Hamzah Hj Ismail

Kertas Kerja 7:”Fatwa Halal Dan Haram”
Pembentang: Ustaz Abu Sufian Ab Ghani
Pembantu: Ustaz Mohd Fakhrurazi b. Ab Rahim.

Kertas Kerja 8: “Melaknat Atau Mendoa Kemusnahan Orang Lain”
Pembentang: Ustaz Lutfi Hj Nor
Pembantu: Ustaz Azmi Mashar Ishak

Kertas Kerja 9: “Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Tidak Bercanggah Dengan Islam”
Pembentang: Ustaz Omar Khalid
Pembantu: Ustaz Nik Zulkifli Teow

ORANG MELAYU MULAI MENERIMA BAHAWA UMNO TIDAK ISLAM

PULAU MELAKA 8 Ogos- Sekarang ini banyak isu lama berjaya diperbaharui oleh pembangkang. Seperti isu ISA yang sudah lebih 50 tahun dilaksanakan dinegara ini. Isu DEB yang dimainkan oleh Anwar juga merupakan isu lama. Soalnya kenapakah orang Melayu baru sekarang membantah? Adakah bantahan yang ditunjukkan dalam demontrasi hapus Isa yang lepas merupakan isu pokok kepada isu yang sebenarnya?
UMNO masih belum menemui jawapan yang sebenarnya. Isu ISA,DEB,Kemiskinan, tol dan sebagainya adalah bukan isu sebenar. Isu sebenar ialah Pas berjaya menanam dalam hati orang Melayu bahawa UMNO tidak Islam.
Nik Aziz memainkan isu ini sejak dulu lagi, bukan setakat mengatakan UMNO tidak Islam, UMNO Sekular, UMNO sama dengan ajaran ayah pin, sama dengan Komunis bahkan Nik Aziz meletakkan UMNO tempat yang paling hina dengan mengatakan 'jahanam lah UMNO'.
Orang Melayu sudah boleh menerima Pas itu Islam, sebab itulah apa saja yang dikatakan oleh Nik Aziz mereka menerima semuannya. Pas sudah berjaya meletakkan Nik Aziz tempat yang tinggi sehingga tidak siapa pun berhak mengkritiknya walaupun Perdana Menteri.
Inilah isu yang sebenarnya. UMNO bukan Islam merupakan isu yang paling berat terpaksa diselesaikan segera oleh UMNO. Jasa dan kehebatan pemimpin UMNO membangunkan negara ini diiktiraf oleh antarabangsa dan negara islam lain tetapi UMNO bukan Islam. Orang Melayu menolak UMNO.
Sokongan yang diberi oleh orang Melayu selama ini kepada Pas ialah kerana Pas itu Islam dan UMNO bukan Islam. Sokongan orang melayu kepada UMNO semakin terhakis kerana UMNO tidak Islam.
Apakah benar UMNO tidak Islam dan Pas itu Islam?

Thursday, August 6, 2009

NAJIB SEORANG NEGARAWAN

KG BESUT 7 Ogos- Kamus Dewan edisi keempat (2007) negarawan ialah :orang yang mahir benar dengan cara-cara pemerintahan negara. "

"Pemimpin politik yang sangat dihurmati kerana sifat-sifatnya (seperti kebijaksanaan, kejujurannya, dll) yang unggul."

Pidato dan percakapan adalah sebahagian daripada kepimpinan maka bahasa adalah mengambarkan keperibadian bangsa. Penggunaan bahasa percakapan Najib telah mengatasi bahasa yang digunakan oleh seorang ulamak. Kaedah berbahasa Nik Aziz harus belajar dari Najib.

(Petikan UM 6 Ogos 2009)

Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata: "Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap corridor of power untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya.

Ditanya sama ada kenyataan seumpama itu dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, Perdana Menteri berkata, hubungan dengan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang bukan hubungan yang perlu dibangunkan dari segi keserasian, yang bererti ia tidak boleh berlaku pada tahap keserasian yang tinggi dalam masa yang singkat.

Tetapi katanya, apa yang penting keikhlasan dan sikap saling hormat menghormati yang dapat ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin.

"Inilah yang menjadi hasrat saya dan ini saya buat secara ikhlas kerana yang saya pentingkan ialah rakyat, rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya kerana sebagai Perdana Menteri saya juga Perdana Menteri kepada semua, saya mahu berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia," katanya. - UTUSAN



Dalam surah Al-Maidah ayat ke-90, Allah berfirman, mafhumnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya"
.




NIK AZIZ BENARKAN MINUM DAN JUAL ARAK DI KELANTAN...dah lama



Orang China di Selangor yang berminat jual arak boleh datang ke Kelantan kalau Pas Selangor tidak benarkan atau membantah. Jumpa Khalid minta dia call Nik Aziz gerenti dapat.



Kalau orang China janji hendak undi Pas atau pakai baju T bulan lagi senang dapat lesen jual arak di Kelantan. Nik Aziz cukop suka orang China seperti ini.



Dont't worry brother Nik Aziz akan halal apa saja nak jual di Kelantan...please wel come to Kota Bharu Bandaraya Islam. Tunggu apa lagi jom jumpa Nik Aziz !!!

Wednesday, August 5, 2009


Tok Pa Amat Disenangi Rakyat Kelantan

BILA TOK PA JADI PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN

KOTA BHARU 6 Ogos- Rakyat Kelantan kadang kala 'dialihkan' fokus dalam menyambut kehadiran seseorang pemimpin yang baru di negeri ini. Apabila Tok Pa dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berbagai isu telah berbangkit dalam negeri Kelantan atau luar Kelantan, yang sekali gus seolah-olah mencabar kewibawaan beliau.

Apabila Tok Pa dilantik ujian pertama ialah Pilihanraya Kecil Manek Urai. Dalam tempoh PRK itu Nik Aziz melenting membabi buta. Antaranya isu yang terjadi ialah kerajaan perpaduan, UMNO sama dengan ajaran Ayah Pin dan komunis. Isu Datuk Zaid masuk PKR juga merupakan isu besar bagi politik Kelantan.

Isu yang masih hangat yang dipalu oleh Pas ialah soal royalti minyak. Nik Aziz berusaha untuk mendapat 'duit mudah' itu dari kerajaan persekutuan. Tengku Razaligh menyokong dan menyatakan Kelantan berhak mendapatkan royalti itu. Katanya beliau masih ingat sejak dulu lagi. Persoalannya kenapa sekarang Tg Razaligh memperakukan?

Penganalisis dan penulis blog mulai memberi pendapat bahawa kepentingan rakyat perlu diutamakan dari kepentingan politik dalam soal royaliti itu. Itu lah perangai blogges pro Pas. Kalau isu kepentingan Islam dan Melayu tidak dibela bahkan menyokong DAP untuk kepentingan Pas. Amat sempit pemikiran mereka walaupun tersohor sebagai penulis yang terkenal tapi dangkal idea dan hujah.

Kenapa semua itu terjadi semasa Tok Pa jadi Pengerusi UMNO Kelantan?


Ibrahim pejuang bangsa

Walaupun begitu Tok Pa harus berterima kasih kepada Dato Ibrahim Ali kerana sepanjang PRK Manek Urai beliau bukan beban kepada UMNO Kelantan.

Itulah senario politik setakat ini di Kelantan.


KELANTAN 'PITIS' SUDAH HABIS - NIK AZIZ PENING KEPALA

KOTA LAMA 5 Ogos - Dua keratan akhbar yang membincangkan dua isu yang menarik yang sedang berlaku di Kelantan.
Isu pertama Husam minta Najib bayar royalti sebelum Aidilfitri !. Maknanya Kerajaan Nik Aziz dah 'gadai gobek' memerintah Kelantan. Semua ini berlaku angkara anak menantu dan keroni Nik Aziz dan perangcang strategi kewangan yang bijak Husam Musa.
Duit kerajaan Pas dah habis, semua projek rugi termasuk 'bela' kambing jamnapari pun rugi RM5 juta. Kerajaan Pas tersepit setelah berjanji membayar pampasan insuran takaful setelah rakyat Kelantan mati. Janji Nik Aziz jika mati Nik Aziz akan bayar RM3 ribu. Tapi yang berlaku setelah mati bayar RM500 sahaja. Nik Aziz telah menipu bukan sahaja orang hidup tapi juga orang yang telah mati. Sekarang duit untuk bayar pampasan insuran takaful terlalu banyak keluar sehingga tidak tertanggung lagi. Pitis sudah habis. Rakyat tetap akan menuntut janji.
Jika duit takaful ini tidak dibayar maka rakyat akan bangkit menentang Nik Aziz, maknanya pilihanraya yang ke 13 tersungkurlah Pas dipintu kubur.
Sebab itu lah Nik Aziz mengarahkan Husam minta duit royalti cepat-cepat. Mungkin Nik Aziz banyak kali dah bisik kepada Najib pasal duit itu.
Sepatutnya isu royalti merupakan senjata untuk pilihanraya yang ke 13, tapi kerana 'pitis' kering kote dah, maka terpaksa minta awal.
Rakyat Kelantan sedarlah Kelantan hancur dibawah Pas yang diterajui oleh Nik Aziz dan kroninya.



Isu yang kedua ialah kes jenayah di Kelantan meningkat. Kenapa jenayah semakin meningkat di Kelantan?. Ini adalah kerana tidak ada peluang pekerjaan yang disediakan oleh Nik Aziz, ramai remaja yang menganggur. Kemiskinan masih tidak dapat diselesaikan oleh Nik Aziz. Setelah ditanya kenapa rakyat kenapa Kelantan miskin, baso dia dah.
Dua isu ini merupakan 'hantu' kepada Nik Aziz. Rakyat akan bangkit menentang Pas dalam pilihanraya yang ke13 nanti.

Tuesday, August 4, 2009

Relevenkah ISA



ISA SEJAJAR DENGAN TUNTUTAN ISLAM PEMERINTAH WAJIB MEMPERTAHANKANNYA

Disalin oleh: Omar bin Khalid

Bantahan termasuk melakukan rusuhan yang dilancarkan oleh sesetengah pihak terhadap akta ini sama ada atas nama parti Islam atau NGO adalah hasil daripada kegagalan mereka dalam memahami perbezaan dan fungsi antara dua kuasa, iaitu: kuasa eksekutif (al-Sultah al-Tanfiziah) dan kuasa perundangan al-Sultah al-Qadhiah. Kedua-dua bidang ini mempunyai bidang kuasa dan pendekatan yang berbeza dalam menjalankan fungsi masing-masing disebabkan peranan dan tanggungjawab yang berbeza. Para ulama yang membicarakan berkenaan sistem politik Islam atau al-Siasah al-Syariyyah telah menghuraikan peranan serta bidang kuasa ketua negara dalam menjalankan tugasnya.

  • Al-Imam al-Qarafi menyatakan: Pemerintah adalah orang yang diserahkan kepadanya mentadbir seluruh urusan rakyat, menjaga kepentingan umum dan membanteras segala yang merosakkan, mengekang penjenayah, membunuh penderhaka dan menguruskan penempatan rakyat dalam negara dan perkara-perkara lain yang seumpama dengannya.
  • Al-Imam al-Juwaini menyatakan bahawa antara tanggungjawab pemerintah ialah: Memelihara akidah dan amalan agama umat Islam sejauh mana yang boleh dilakukan, menghapus kekeliruan yang dibawa oleh penyeleweng agama, membanteras amalan bidaah serta penganjur-penganjurnya.

Daripada dua huraian yang dibuat oleh dua orang ulama ini dapatlah disimpulkan bahawa tanggungjawab pemerintah dalam Islam begitu besar dan luas. Ia merangkumi kepentingan-kepentingan yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan agama seperti keamanan negara, keselamatan nyawa dan harta benda penduduk serta kebajikan mereka, keselamatan akidah serta kemudahan menunaikan pemerintah agama.

Bagi melaksanakan tanggungjawab yang besar ini, ketua negara sudah tentu mempunyai bidang kuasa yang diperlukan tanpa diikat oleh prosedur-prosedur ketat seperti dalam bidang kehakman. Menjelaskan hal ini, Imam al Qarafi menyatakan: Ketua negara mempunyai kuasa kehakiman dan kuasa mengeluarkan fatwa. Ia juga boleh melakukan perkara-perkara yang tidak bersifat fatwa dan kehakiman seperti menghimpunkan tentera, mengisytiharkan peperangan, memungut hasil dan membelanjakannya pada tempat yang sesuai dan betul, melantik pegaawai-pegawai, membunuh penderhaka, iaitu tugas yang banyak dan tidak boleh dilakukan oleh hakim dan juga mufti.”

Antara bidang kuasa yang menjadi tanggungjawab ketua negara ialah kuasa hisbah. Ini merangkumi tanggungjawanb mengeluarkan perintah dan peraturan yang bertujuan menjaga kepentingan umum, menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan negara, ketenteraman awam, ekonomi, pengangkutan, perusahaan dan sebagainya.

Menjelaskan kuasa hisbah ini, Ibn al-Qayyim dalam kitabnya al-Thuru al Hukmiyah menyatakan: Bahawa hukum-hukum yang dijalankan di bawah kuasa hisbah merupakan hukum-hukum syarak. Hukum-hukum tersebut mempunyai kaedah-kaedah pelaksanaan di sisi syarak. Kepentingan umat mungkin tidak dapat dijaga dengan sempurna tanpanya. Pelaksanaan seperti ini tidak memerlukan pendakwa dan orang yang didakwa. Jika prosedur sedemikian tidak diikuti, maka kepentingan umat akan musnah dan sistem pemerintahan akan menjadi kucar kacir. Pihak berkuasa boleh menjalankan kuasa ini berasaskan petanda-petanda dan alamat-alamat yang jelas serta hubung kait yang boleh dijadikan keterangan (circumstantial evidence),

Maka di bawah kuasa hisbah ini, pemerintah dalam Islam boleh menahan seseorang tanpa dibicara atas sebab-sebab kepentingan umum dan keselamatan negara. Menghuraikan persoalan ini, Dr. Sajd bin Said ad-Duraib dalam kitabnya al -Tanzim al-Qadha, Fi al-Mamlakah as-Saudiyyah menyatakan: Sesungguhnya ketua negara dengan kuasa eksekutifnya boleh mengeluarkan perintah membekukan harta atau membelanjakannya. Ia juga boleh mengasingkan (memenjara atau memencilkan) orang yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar r.a terhadap Sobiq bin Asal kerana usahanya mengelirukan orang ramai tentang al-Quran. Pemerintah juga boleh menahan dan membuang daerah sesiapa yang pada pandangannya boleh memudaratkan masyarakat.”

Para imam mazhab telah membincangkan persoalan ini dalam kitab-kitab mereka seperti yang disebut oleh as-Syatibi dalam kitabnya ”al-I’tisom”: Sesungguhnya para ulama berbeza pendapat tentang keharusan memukul tertuduh dengan tuduhan jenayah. Imam Malik r.a berpendapat harus memenjarakan seseorang yang dituduh melakukan jenayah sekalipun pemenjaraan itu merupakan sejenis penyeksaan, malah sebahagian ulama Maliki berpendapat bahawa pukul(dera) juga harus. Hukum ini pada pandangan ulama Maliki samalah dengan hukum yang menetapkan supaya tukang yang mengambil upah perlu menggantikan bahan yang diserahkan kepadanya oleh pelanggan jika rosak atau hilang, kerana tanpa pukul(dera) dan penjara ketika ada tuduhan yang kuat, tidak mungkin dapat dikembalikan harta daripada tangan pencuri dan perompak. Ini memandangkan bukti keterangan kadang-kadang sukar diadakan. Maka terdapat kepentingan umum untuk mengenakan seksaan terhadap tertuduh sebagai cara mendapatkan kembali harta yang dicuri dengan menunjukkan harta tersebut disembunyikan dan membuat pengakuan.”

As-Syatibi seterusnya menolak anggapan bahawa undang-undang seperti ini boleh membuka pintu penyeksaan kepada orang yang tidak bersalah dengan katanya: Jika dikatakan: ini membuka ruang bagi menyeksa orang yang tidak bersalah.” Jawapannya ialah: Tanpa berbuat demikian harta benda tidak dapat dikembalikan kepada pemilikmya.. Malah tidak melaksanakan seksaan seperti itu lebih besar mudaratnya. Sebenarnya seseorang itu tidak diseksa dengan wujudnya dakwaan semata-mata, sebaliknya perlu disertai dengan petanda-petanda (qarinah) yang kuat dalam diri hingga menimbulkan sangkaan yang kuat di dalam hati. Jadi seksaan pada lazimnya tidak menimpa orang yang tidak bersalah dan jika pun terkena, ia dimaafkan seperti dimaafkan pada hukum mewajibkan ganti ke atas tukang-tukang yang merosakkan barang pelanggan.”

Al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam as-Sultaniyah menyatakan bahawa tindakan yang sedemikian hanyalah boleh diambil oleh Amir iaitu kuasa eksekutif. Manakala Qadi atau hakim hanya boleh mengenakan hukuman seksaan setelah disabit tuduhan dalam perbicaraan di mahkamah mengikut prosedur keterangan yang ditetapkan oleh undang-undang sahaja.

Adalah jelas daripada perbincangan para ulama ini, jika penahanan tanpa bicara diharuskan dalam kes harta benda, maka dalam kes-kes yang membabitkan keamanan dan keselamatan negara adalah lebih utama tindakan sedemikian diharuskan. Malah jika pemerintah berpendapat bahawa tanpa penggunaan ISA, keamanan dan keselamatan negara akan terjejas. Maka pada ketika itu menggunaannya adalah wajib. Ini ialah berasaskan satu kaedah usul fiqah yang berbunyi: ”Apa apa perkara yang tidak sempurna perkara yang wajib melainkan dengannya, maka perkara itu adalah wajib.”

Mengharuskan penetapan harga kepada pihak kerajaan pada saat perlu mencegah monopoli sesetengah pihak ke atas sesuatu yang boleh memudaratkan manusia seperti makanan, pakaian dan kesemua bahan-bahan keperluan asas yang lain.

Semua ini menunjukkan betapa keperluan berpegang dengan maslahah hajiyah. Ia mengkhususkan perkara yang umum dan berdasarkan kepada kaedah dan perbandingan-perbandingan umum.



[1] Koleksi Kertas Kerja JAKIM siri (1) ms 27

Monday, August 3, 2009



PERMATANG PASIR: RAKYAT BOSAN SENARIO 2004 BERMULA KEMBALI.

TANAH MERAH 4 Ogos- Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Permatang Pasir yang akan ditentukan tarikhnya oleh SPR tidak berapa lama lagi akan merupakan PRK yang lesu dan membosankan.

Rakyat Permatang Pasir terlalu muak dengan permainan politik Anwar dan PKR. Mereka beranggapan Pilihanraya sudah menjadi 'mainan' kanak-kanak.

Ini adalah pilihanraya kecil kali ketiga di kawasan Permatang Pauh sejak pilihanraya umum Mac 2008 . Pertama di kerusi parlimen Permatang Pauh berikutan perletakan jawatan Wan Azizah untuk memberi laluan kepada Anwar, Mereka menggunakan kerusi parlimen seperti harta pusaka dan rakyat diperkudakan. Kedua pilihanraya kecil Penanti ekoran perletakan jawatan Fairus pada 31 Mei. Untuk menyelesai krisis dalam PKR maka sekali lagi rakyat di perbodohkan.
Berdasarkan keputusan pilihanraya umum Mac 2008 kawasan DUN Permatang Pasir juga merupakan kawasan 'sukat' bagi Barisan Nasional. Calun Pas Hamdan menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Terdapat seramai 20,350 pengundi di kawasan itu . PAS dapat 11,004 manakala BN 5,571.

Dalam pilihanraya umum 2004, Hamdan yang juga calonya mengalahkan calon BN Md.Isa Ramli dengan majoriti 679 undi. Majoriti yang kecil diperolehi oleh Pas dalam PRU 2004 menunjukkan asas kukuh rakyat Permatang Pasir boleh memberi kemenangan kepada BN.

Senario PRU 2008 menunjukkan kesukaran kepada BN tetapi angin perubahan sedang melanda Permatang pasir menyebabkan "pasir" akan berubah menjadi situasai PRU 2004. Jika rakyat kembali menunjukkan prestasi PRU 2004 maka Pas akan kecundang dalam PRK nanti.

Yang penting UMNO perlu bersatu dan bekerja. Kemenangan akan datang denagn sedirinya.

Sunday, August 2, 2009

PAS PERLU DIHARAMKAN

PENGKALAN KUBUR 3 Ogos- Gerakan Pas amat terangcang dan boleh membahayakan ketenteraman awam. Pas telah menubuhkan skuad amal yang menyamai Jamaah Islamiah (JI) yang telah diharamkan oleh kerajaan. Pasukan ini dianggarkan seramai 20 ribu seluruh negara, yang kebanyaknya terdiri daripada ahli Pas dan penyokong Pas yang berumur kurang dari 4o tahun.

Gerakan kumpulan ala JI ini memang dirancang oleh Nik Aziz dan rakan-rakan dalam Pas. Aktiviti mereka selalu 'melebihi' daripada penguasa undang-undang negara. Gerakan ini adalah saki baki gerakan JI yang dipelopori oleh Nik Abduh anak Nik Aziz.

Kumpulan inilah digunakan untuk melakukan keganasan setiap kali berlaku demontrasi. Anwar cekap melihat kekuatan skuad amal ini dan digunakan untuk menentang kerajaan secara terbuka.


Remaja skuad amal yang diperalatkan oleh Pas



Skuad Amal barisan hadapan demontrasi hapus ISA

Kumpulan ini memang dilatih sebagai kumpulan penentang kerajaan BN atau UMNO secara total dan kekerasan termasuk pembunuhan. Perkadiran Pas ini ganas dan kasar serta bersikap gangster.



Demonstrasi 3 hari lepas menunjukkan kehadiran skuad amal secara terbuka. Pas telah menggunakan kekuatan (skuad amal) mereka untuk meruntuhkan kerajaan BN yang dipilih secara demokrasi.



Di kampong kumpulan ini kelihatan warak dan tertib, tetapi berkelakuan jahat semasa menyertai demontrasi.

Dengan jumlah ahli skuad amal ini semakin meningkat maka ianya merbahaya kepada ketenteraman awam dan masa depan negara. Pemimpin Pas bertanggungjawab atas pembentukan gerakan ganas skuad amal yang berselindung disebalik gerakan dakwah Islamiah.

Skuad amal harus diharamkan dan Pas juga harus diharamkan jika meneruskan gerakan anti Kerajaan Islam dibawah pimpinan UMNO.



Bimbang kalau ini yang sedang berlaku dalam kalangan anak orang Pas atau UMNO.

NIK AZIZ!!! APA FATWA KAMU?

CERANG 2 Ogos- Sekarang Islam semakin dipersendakan oleh orang bukan Islam-kafir. Baru saja china Keristian baca ayat Quran untuk menjatuhkan kerajaan Islam UMNO, kononnya dia telah rujuk kepada Nik Aziz. Kini kafir China semakin berani mengeluarkan 'fatwa' tanpa merujuk kepada Nik Aziz. Inilah akibat daripada ulamak usuk dan jahat diakhir zaman ini yang telah dilakukan oleh pemimpin Pas. Kafir berani mengeluarkan fatwa menghalalkan benda haram.

Bila 'Ulamak' Ronnie Liu mengeluarkan fatwa beer tak haram. Apa kata Nik Aziz ???

Tapi semua ini tidak pelik pada Nik Aziz kerana di Kota Bharu pun beer sampai dengan lori panjang dan kedai jual arak berleluasa.

Sudah sampai masanya Islam harus bersatu dengan UMNO menentang kezaliman DAP dan Yahudi. Tinggal lah perjuangan Pas yang jelas bukan menentang Yahudi tapi menjadi alat Yahudi.

Petikan Sinar Haian - SHAH ALAM – Penduduk sekitar Shah Alam terutamnya di Seksyen 8, dekat sini mendesak Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu memohon maaf atas kenyataannya mengenai bir bukan minuman keras seperti yang dilaporkan dalam akbar Sinar Harian, semalam.

Penduduk mendakwa kenyataan Ronnie itu meragukan dan mengguris hati penduduk di bandar raya Shah Alam apabila menyatakan bir bukan minuman keras kerana ia akan mengelirukan penduduk sekitar terutamanya generasi muda.

Seorang penduduk, Mohd Khalil Abu Hassan berkata, kenyataan Ronnie itu mengelirukan dan bakal memberikan implikasi yang buruk kepada generasi muda khususnya remaja Melayu kerana bir adalah minuman yang memabukkan.



“Kenyataan beliau bahawa bir bukan minuman keras mengguris perasaan penduduk sekitar iaitu kira-kira 95 peratus penduduk Melayu berada di sekitar Seksyen 8 dan kenyataannya itu merupakan penghinaan kepada umat Islam.