Friday, July 31, 2009

MAT SABU CALON PAS PERMATANG PASIR



Siapa nak jadi calon Pas manusia dua orang ini akan menentukan...bodeklah mereka.

PULAU MELAKA 31 July- Kekosongan kerusi Permatang Pasir merupakan peluang terbaik untuk Mat Sabu mencari tapak dalam kerajaan Pulau Pinang. Lim Guang Eang boleh menerima Mat Sabu berdasarkan beliau seorang 'ulamak upahan Nik Aziz' yang mudah 'kiro' untuk menghalalkan cara.

Tetapi situasi sekarang agak berbaza, kalau kerusi Kuala Trengganu Nik Aziz mencadangkan Mat Sabu, tapi belum tentu di Permatang Pasir. Nik Aziz masih marah kepada Mat Sabu kerana beliau kacau daun bila Husam Jamnapari kalah dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam Muktamar yang lepas, gara-gara kerana Mat Sabu bertanding, kalau dua penjuru Husam jamnapari ada harapan?

Mat Sabu perlu sujud kepada Nik Aziz, kalau dulu Mat sabu pernah kena tangkap basah di Hotel Perdana Kelantan Nik Aziz lepaskankan dengan mudah. Setakat calun mudah saja bagi Mat Sabu....kencing sikit pun tak apa.
ULAMAK DAN PERANAN..............SILA KE.............. imamkelantan.blogspot.com....

Wednesday, July 29, 2009

AYAH JID SEMAKIN KERAS 'PEDAL'


Rakyat Kelantan harus bertenang diatas apa yang sedang dilakukan oleh Nik Aziz. Mungkin keras 'pedal' nya berkurangan setelah dia 'kaba'.






Nik Aziz akan 'kaba' setelah dia ingat semula dan muhasabah diri.

NIK AZIZ MENENTANG QURAN

Apabila Nik Aziz menolak salam persaudaraan UMNO-Pas, dan mengatakan pergi jahnam UMNO, jelas Nik Aziz menolak quran dan Islam. Ayat 10 dalam surah al-Hujrat yang berbunyi,

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."

Tuesday, July 28, 2009

SEBAGAI KAWAN LAMA USTAZ OMAR KHALID MENEGUR NIK AZIZ

NIK AZIZ SUDAH JADI PELACUR POLITIK MURAHAN

KEDAI LALAT 29 July- Semua akhbar, blog dan media lain mengutip perjalanan politik Nik Aziz. Katanya dan 'fatwa' Nik Aziz turut dipaparkan dan diulas oleh banyak pihak. Penyokong Pas yang taksub sudah pasti menyokong secara membabi buta apa sahaja yang diperkatakan oleh Nik Aziz, semuanya baik. Penyokong UMNO tentunya terguris dan terkilan diatas permainan politik Nik Aziz yang selalu berdolak dalik, sekejap nak sekejap tak nak.
Kumpulan yang penting dalam membahas isu Nik Aziz ialah kumpulan atas pagar yang terdiri dari gulongan pertengahan umur dan remaja. Mereka ini menerima kepimpinan Nik Aziz denagn berfakta dan menilai dengan akal yang waras. Setiap hujah Nik Aziz dinilai dengan penuh akademik sesuai dengan penampilan Nik Aziz yang kononnya pemimpin berilmu dan digelar ulamak.
Adakah tindakan Nik Aziz yang bukan sahaja berkeras menolak kerjasama dengan sesama Islam (UMNO) malah mengeluarkan kata-kata 'pergi jahanamlah UMNO' itu sejajar dengan Quraan dan hadith atau disokong oleh fakta yang kukuh?
Apa yang jelas sebagai pemimpin dan ahli potitik Nik Aziz cuba menunjulkan dia lebih hebat dari Hadi. Sebagai ulamak dia cuba menjadikan dirinya gah dan sempurna. Sebab itulah setiap kali fatwa yang dikeluarkan walaupun bercangah dari hukum Islam tapi mendapat kredit politik peribadi.
Nik Aziz lebih popular dari Hadi sekarang gara-gara strategi politik yang digunakan oleh beliau iaitu Parti Pas mengatasi Islam.
Strategi meletakkan Pas mengatasi Islam, Nik Aziz berjaya menyakinkan DAP bahawa Pas untuk semua sesuai untuk msayarakat majmuk dan berbagai agama masa kini. Apa sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz semenjak dulu sampai sekarang, beliau berjaya meletak Pas mengatasi Islam. Penyokong Pas taksub kepada Nik Aziz mengatasi Islam, walaupun hujah Nik Aziz bertentangan dengan Islam.
Nik Aziz memang patut dilupakan oleh Pas bukan sahaja kerana beliau gagal membawa perpaduan dalam partinya sendiri tetapi juga tidak pernah ikhlas menjayakan perpaduan ummah. Jika Nik Aziz berterusan dengan meletakkan Pas mengatasi Islam maka, Nik Aziz adalah seorang pelacur politik murahan.


Hadi enggan bersalam dengan calun BN yang beragama Islam, tapi memilih kafir harbi untuk berpelukan....sama perangai dengan Nik Aziz.

JEMAAH ULAMAK KELANTAN - TENTUKAN 'FATWA NIK AZIZ'

LUNDANG 28 July - Dalam kekalutan menangani isu UMNO tolak Islam dan UMNO sama dengan Ajaran Sesat Ayah Pin yang di 'Fatwakan oleh Nik Aziz' adalah wajar pihat tertetu menyelesaikan secara Islam yang sebenar.

Di Kelantan ada Jawatankuasa fatwa atau Jamaah Ulamak Kelantan yang merupakan institusi terulung dinegara ini yang telah ditubuhkan pada 24 Januari 1918.

Antara fungsi institusi tersebut ialah menangani persoalan hukum yang berlaku dalam masyarakat.

Dengan ini bila Nik Aziz mengatakan UMNO tolak Islam dan sama dengan ajaran Ayah Pin maka wajarlah institusi ini mengeluarkan 'fatwa' mengenai 'fatwa Nik Aziz' yang mengelirukan rakyat atau umat Islam dinegeri Kelantan khasnya, dan diseluruh negara amnya.


Umat Islam keliru bila Ulamak Nik Aziz menghalalkan perbuatan ini. Nizar pemimpin Pas yang beragama Islam mengikuti upacara kematian seorang penganut Kristian.


MUZAKARAH HUKUM-HUKUM ISLAM DALAM ISU SEMASA

BACHOK 29 July- Semakin hari semakin tegang dan serabut mengenai 'fatwa' yang dikeluarkan oleh orang yang bergelar 'Ulamak' seperti Nik Aziz, yang sedihnya orang yang tidak berwibawa sebagai ulamak pun mengeluarkan 'Fatwa' seperti Husam Musa.

Umat Islam menjadi keliru. Isu hukum dan menghukum dalam isu semasa perlu mendapat perhatian semua ulamak seluruh negara. Ulamak harus bangkit menentukan sama ada kenyataan seseorang itu seperti Nik Aziz benar atau tidak.

Dengan adanya Muzakarah hukum-hukum Islam dalam isu semasa maka dapat menentukan siapa benar. Jika semua kenyataan Nik Aziz didapati menepati Quran dan hadith atau ijmak ulamak maka rakyat harus terima dengan terbuka. Begitu juga jika kenyataan Nik Aziz selama ini mengenai hukum Islam yang dinyatakannya tidak betul maka rakyat juga wajib menerima dengan terbuka.

Nik Aziz mesti berani berdepan dengan Himpunan Ulamak seluruh negara untuk menyatakan kebenaran.

Muzakarah ini sesuai bermula di Kelantan, kerana ramai Ulamak Kelantan yang tidak puas hati dengan kenyataan Nik Aziz diakhir-akhir ini.

Beberapa orang Ulamak Kelantan yang telah ditemui bersetuju Muzakarah yang seperti ini diadakan segera. Kita berharap Muzakarah Hukum-hukum Islam dalam isu semasa menjadi realiti tidak berapa lama lagi.

Sebaik-baiknya setiap kali 'fatwa' yang dikeluarkan oleh Nik Aziz yang mengelirukan umat Islam maka wajar Kumpulan Ulamak Kelantan mengadakan Muzakarah untuk menentukan kesahihan 'fatwa' tersebut.

Dengan adanya Kumpulan Ulamak Kelantan yang bertindak sebagai mencari kebenaran hakiki, harus diterima oleh semua pihak.

Monday, July 27, 2009

NIK AZIZ - BERASA HEBAT ?



PENGKALAN KUBUR 28 July- Nik Aziz menolak Islam.Perjuangan Nik Aziz sudah sampai kepenghujung jalan. Nik Aziz sedang menuju ke Pengkalan Kubur bukan ke Putera Jaya. Nik Aziz menolak kerjasama dengan UMNO dan mengekalkan kerjasama dengan DAP. Nik Aziz menolak seruan Islam dan Rasul. supaya umat Islam bersatu.

Yang jelas Umat Islam bersama UMNO dan kafir bersama dengan DAP. Tetapi DAP yang menjadi pilihan. Nik Aziz dengan angkuh dan sombong dengan menganggap UMNO menolak Islam. Apakah DAP menerima Islam?.

DAP secara terbuka menentang Islam yang menyamai kafir harbi...untuk meruntuhkan Sah Kepimpinan Islam. Nik Aziz sanggup bersekongkol dengan DAP..
.......Siapa Nik Aziz sebenarnya....pejuang Islam atau pejuang Yahudi?

Tok Pa disenangi Rakyat Kelantan

RAKYAT KELANTAN DAH KENAL LAMA SIAPA NIK AZIZ

PASIR TUMBUH 28 July- Nik Aziz tersohor sebagai seorang yang berketurunan kaki judi dan sabung ayam. Sejak dulu lagi rakyat Pulau Melaka tahu siapa keturunan Nik Aziz. Orang yang bengis dan panas baram seperti amalan syaitan.

Rakyat dikawasan kampong Pulau Melaka juga tahu apa makanan utama beliau. Mengikut seorang tua yang suka mengikuti Nik Aziz memburu tupai, beliau mengatakan Nik Aziz hobinya menembak tupai. Tupai yang gemok dimasak atau dibakar untuk dijadikan makanan, beliau suka sangat makan tupai.


Ulamak Kelantan mempertikaikan makan tupai haram, tapi Nik Aziz kata halal. Analoginya mudah Nik Aziz kata ayam yang makan taik (najis) boleh dimakan, sedangkan tupai makan buah-buahan lagi bersih dan sudah tentu boleh makan.

Ulamak Nik Aziz yang menghalalkan makan binatang yang tak suci maka apa lagi percakapannya amat berbau jahat lebih dari syaitan.

Ulamak Nik Aziz ada ustaz kata menyamai bapa syaitan, yang mengingkari Islam. Nik Aziz selalu menghalalkan yang haram. Bermula dengan berbagai perkara terutama menyentuh dengan agama Islam;

Mat Sabu yang bersekedudukan dengan Norma yang masih menjadi isteri orang di Hotel Perdana, Nik Aziz kata halal.

Buku syit bagus dan Tuhan juga mencarut, Tuhan juga samseng.

Kemenangan Pas tahun 1990 kerana kerjasama melaikat dilangit dengan manusia dibumi.

Boleh berkawan walaupun dengan syaitan

Elezeberth wong bogel boleh walaupun bersama dengan lelaki Islam.

Menghadiri upacara agama keristian dan buddha boleh termasuk Nik Aziz sendiri bersama sami buddha.

UMNO sama dengan ajaran ayah pin dan komunis

Dalam kalangan Ulamak Kelantan kebanyakanya menolak pendirian Nik Aziz. Nik Aziz telah menjadikan Islam sebagai bahan politik. Nik Aziz mengamalkan bukan setakat teori menghalalkan cara tetapi lebih dari itu, iaitu menghalalkan Islam dalam apacara sekalipun.

Cuba teliti kata-kata Nik Aziz yang terbaru mengenai kerjasama Umat Islam dalam UMNO dan Pas. Apa yang jelas ialah Nik Aziz menolak persaudaraan sesama Islam. Ini bererti Nik Aziz menolak Islam.

'Pergi jahanamlah UMNO' - Nik Aziz

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''

Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.

Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Nada Nik Aziz amat berbeza dengan kenyataannya pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang menyamakan UMNO sebagai tunjang utama kepada Barisan Nasional (BN) dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng.

Katanya lagi, walau apa sekali pun, Kerajaan Pusat perlu membantu kerajaan negeri kerana ia termaktub dalam Perlembagaan di bawah sistem federalisme.

"Negeri ini bukan hak UMNO, kalau tak bantu, dia kena bantu negeri ini bukan dengan sukarela, tetapi dengan Perlembagaan.

"Kalau tak buat kita gulinglah. Pandailah kita guling, misal yang selalu saya kata, nak pergi ke Kuala Krai, tapi pemandu bawa bas ke Terengganu. Adakah boleh dengan riuh rendah sahaja. Kita kena tolak pemandu ambil stereng dan pandailah kita buat," katanya.

Komen:

Tok Pa amat cepat memahami tipu helah Nik Aziz, sebab itulah selepas Nik Aziz menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dengan UMNO, Tok Pa terus membuat kenyataan keesokannya strategi UMNO untuk menawan Kelantan yang disiarkan muka hadapan akhbar Sinar Harian. Jelas Tok Pa bijak menghidu politik kotor Nik Aziz, seorang ulamak usuk-jahat. Sebenarnya Nik Aziz troma dengan kepimpinan Tok Pa. Nik Aziz tahu rakyat Kelantan lebih mesra dengan Tok Pa dari Nik Aziz yang sombong dan bongkak.

Sunday, July 26, 2009

PEMUDA TAHAN LASAK BARU - 10 NILAI CITARASA RAKYAT KELANTAN

DEMIT 27 July - Tenaga muda adalah penting untuk memperkuatkan gerakan sesebuah parti. Semenjak tahun 1959 Kelantan dibawah pemerintahan pembangkang Pas kecuali tahun 1978 hingga 1990 Kelantan ditadbir oleh BN. Dalam tempoh masa yang lama Kelantan dibawah pembangkang sehingga boleh menjejaskan jatidiri dan semangat juang pemuda UMNO Kelantan.

Sudah sampai masanya Pemuda UMNO bangkit dengan semangatjuang yang baru berdasarkan pendekatan Pemuda Tahan Lasak (PTL). Kehebatan dan kekuatan PTL telah banyak menyumbangkan jasa dalam memperkasakan UMNO dalam kalangan rakyat Kelantan.

Walaubagaimana pun Pemuda Tahan Lasak versi baru ini perlu dimurnikan dengan nilai-nilai murni yang menjadi citarasa rakyat Kelantan.

Terdapat 10 citarasa rakyat Kelantan iaitu pemuda yang jurus, mudah baso, sene kiro, kuat semangat, ikut suruh, berani, hurmat orang tua, segak, cerdik, pemurah dan amanah.

10 citarasa ini sejajar dengan seruan Tok Pa yang ingin melihat semangatjuang yang lebih tinggi dari apa yang telah ditunjukkan dalam pilihanraya Manek Urai.

Dengan PTL versi 10 citarasa maka rakyat Kelantan dalam pilihanraya yang akan datang akan memberi kemenangan kepada BN untuk memerintah negeri Kelantan.




Tok Pa langkah Perkasa-Nik Aziz mulai mengelentar

Kokta 25 July-Tok Pa mula mengorak langkah perkasa dengan strategi hebat yang penuh yakin dapat menawan Kelantan dalam pilihanraya yang akan datang. Kelantan boleh ditembusi sekiranya semangat dan daya juang ahli-ahli UMNO ditingkatkan semaksima mungkin. Pejuang parti tulin perlu mempunyai semangat yang berbeza dengan orang Pas da saya menunggu saat itu supaya kita dapat menguasai semula Kelantan.....Tok Pa

Saturday, July 25, 2009


Nik Aziz menyambut Tok Pa

NIK AZIZ MULAI 'KABA'

PULAU SERATUS July 26- Dalam minggu ini ada sesuatu yang menarik telah berlaku dalam arena politik tanah air. Perkembangan terbaru dalam PKR dimana setelah Zaid masuk PKR, bekas menteri, diikuti oleh Chua juga bekas menteri dan terbaru Subra bekas Setiausaha Parlimen juga masuk PKR. Apa yang jelas seorang orang Melayu masuk PKR, dua bukan Melayu masuk PKR. Ini menandakan bukan Melayu semakin nampak peluang untuk memegang kuasa dinegara ini melalui PKR kerana Melayu dalam PKR tidak mendominasikan kuasa lagi.

Perkembangan ini perlu diperhatikan oleh Pas. Pas tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kemasukan bukan Melayu dalam PKR. Strategi yang dilakukan oleh Anwar itu adalah untuk mengekalkan penguasaan kerusi atau kuasa sebagai parti pembangkang mengatasi Pas dan DAP. PKR berusaha bersungguh-sungguh untuk mendominasikan wakil parlimen dalam pilihanraya yang akan datang.

Apa maknanya ini semua?

Anwar sudah 'cucuk' belakang Nik Aziz dan Karpal Sing. Pas ternyata gagal memujuk Zaid supaya menyertai mereka, manakala DAP gagal memikat Chua dan Subra supaya menyertai DAP.

Pemimpin Pas dan DAP yang 'bijak sana' perlu berhati-hati dengan stretagi PKR !!!.

Mungkin atas perkembangan inilah yang membuatkan Nik Aziz mulai berlembut dengan UMNO.

Nik Aziz perlu mengambil sebagai iktibar, apa yang telah berlaku di Perak, jika Pas bersetuju menubuh kerajaan bersama dengan UMNO, sudah pasti kerajaan campuran Pas UMNO masih teguh sehingga sekarang. Tapi kerana Pas tamak dan angkuh maka Allah telah meruntuhkan kerajaan jijik campuran Pas DAP. Allah merestui penubuhan kerajaan BN di Perak. Insyaallah akan kekal selama-lamanya.

Nik Aziz selalu menyebut ayat quraan yang bermaksud;' orang mukmin itu bersaudara'. tapi Nik Aziz ingkar ayat Allah dengan menolak UMNO (Islam) dan menerima kafir (DAP). Jika Nik Aziz berdegil untuk mengamalkan ayat tadi tunggu lah seksaan Allah...dan sekasaan Allah itu amat pedih.








PERPECAHAN PAS -UMNO KEJAYAAN YAHUDI KATA NIK AZIZ


Petikan penulisan 'SIKAP SAYA' - Al Ustaz Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Ketua Dewan Ulamak Pas 15 Des 1977.

'Perlu diingat bahawa perbahasan hangat di dalam parlimen kita di permulaan tahun (1977) ini mengenai Pertubuhan Yahudi Sedunia yang dikenali dengan nama Freemanson sedikit sebanyak menimbulkan irihati dan dendam musuh Islam terhadap tenaga Islam dinegara ini, manakala anasir-anasir anti taqwa yang sedia ada disini menunggu bila-bila masa saja untuk menyerkap dan memusnahkan sama sekali pengaruh Islam dimana saja.

Komen: Siapa musuh Islam sekarang? jawapannya DAP. Siapa agen Yahudi sekarang? jawapannya PKR

Oleh itu perpecahan Umat Islam atau orang Melayu, Pas-UMNO, telah memberi kejayaan gilang gemilang kepada mereka manakala anasir-anasir yang dahulunya berlindung dibukit bukau setelah ditentang mati-matian oleh pasukan bersenjata kita, akan beroleh nafas baru menyambung usaha mereka memperhambakan manusia untuk manusia.'

Komen: Kenapa 32 tahun yang lalu Nik Aziz menyebut Umat Islam atau Orang
Melayu?


Kenapa sekarang Nik Aziz menyebut Umat Islam lain dan Orang Melayu
lain?

Komen: Siapakah yang berusaha ingin membawa balik pemimpin
komunis
Cheng Peng kembali kenegara ini? Jawapannya AnwarIbrahim.





SIAPA SEBENARNYA NIK AZIZ?......siri pendedahan wajah sebenar seorang insan yang di panggil Tuan Guru....tunggu !!!!!

Tok Pa sedang menyampaikan ucapan dalam
MESYUARAT PERWAKILAN UMNO JELI 2009
25 JULY JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI KOMPLEKS UMNO JELI ..... "hampir menang di Manek Urai merupakan petanda awal untuk BN memerintah Kelantan dalam pilihanraya yang akan datang...insyallah."

NIK AZIZ HIDUPKAN SEMULA KERAJAAN PERPADUAN.

PULAU MELAKA July 25 – Nik Aziz ‘serabut’ atau pening kepala bila memikirkan kemenangan tipis Pas dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai. Strategi Pas nampak jelas mengelabah apabila Tok Pa dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang baru. Jangkaan Nik Aziz tepat, iaitu jika Tok Pa yang menerajui UMNO Kelantan, maka Pas akan menerima akibat yang buruk, seperti mana Pas hampir kalah dalam piliharaya yang ke 12.

Sekarang ini nasib Nik Aziz tidak baik kerana pemimpin seperti Tok Pa amat disenangi oleh rakyat Kelantan sehingga boleh menandingi kepimpinan Pas Kelantan. Ujian pertama ialah di Manek Urai, walau pun Fatah mengatakan Pas boleh menang dengan majoriti 2,000 undi, tetapi ternyata pandangan itu takbur semata-mata, hanya 65 undi sahaja Pas menang.

Namun begitu hati kecil Nik Aziz sudah tahu akan kehebatan kepimpinan Tok Pa, sebab itu lah Nik Aziz menyerang UMNO habis-habisan bukan menyerang peribadi Tok Pa. Peribadi Tok Pa bersih dan tidak ada isu yang boleh digunakan oleh Nik Aziz dalam kempen pilihanraya. Ternyata tanggapan dan strategi Nik Aziz benar, Pas boleh kalah di Manek Urai kalau beliau tidak menyerang UMNO secara membabi buta.

Hari ini Nik Aziz mulai membawa nada yang berbaza. Beliau mulai nak berbaik-baik dengan UMNO atau kerajaan persekutuan. Nik Aziz sedar bahawa kaedah menyerang membabi buta amat dibenci oleh rakyat Kelantan.

Jika Nik Aziz ingin melihat perpaduan Ummah, Melayu dan rakyat Melaysia keseluruhannya maka cadangan Hadi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan patut dihidupkan semula. Nik Aziz boleh menggerakkan era Perpaduan Islam di Malaysia ini.
Nik Aziz sedia lupa sengketa politik dengan Pusat
25/07/2009 2:30pm
KOTA BAHARU 25 Julai — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah Pas dengan kerajaan Pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.
Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan Pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.
“Seperti mana biasa, pertembungan pendapat dan idelogi timbul pada saat-saat menjelang pilihan raya,” katanya.

Komen: dah tau nak kalah (65 undi sahaja menang) baru nak mengalah....kenapa sebelum dan semasa PRK Manek Urai Nik Aziz mengatakan UMNO tolak Islam, macam ajaran Ayah Pin dan sama dengan komunis?. Tapi selepas PRK baru tau langit itu tinggi atau rendah, yang mentukan kuasa ialah Allah. Sedarlah Nik Aziz... rakyat Melayu yang bijak amat benci dengan ulamak yang berperangai macam itu, sanggup membelakangkan bangsa sendiri.

Friday, July 24, 2009



IMEJ ISLAM TERCEMAR - NIK AZIZ TOLONG SELESAIKAN NASIB IBU TUNGGAL YANG DI ZALIMI OLEH WAKIL RAKYAT PAS.

BALAI ISLAM July 24- Dalam perbicaraan semalam, Siti Aishah Abdullah bersama dua anaknya Wan Ahmad Firdaus dan Wan Nor Salwa di Mahkamah Rendah Syariah, Kota Bharu, hakim telah menangguhkan lagi perbicaraan sehingga 19 Januari tahun depan.

Siti Aishah yang merupakan mualaf berketurunan Cina Kemboja hadir ke mahkamah bersama dua anaknya, Wan Ahmad Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, kecewa kerana kes tersebut ditangguhkan lagi.

''Kali ini kes ditangguhkan dalam tempoh yang agak lama sedangkan saya memerlukan nafkah anak-anak untuk digunakan sebagai perbelanjaan.

''Walaupun pada perbicaraan bertarikh 18 Februari lepas, mahkamah telah memerintahkan bekas suami (Wan Ismail Jusoh ADUN Melor Kelantan) membayar nafkah sementara sebanyak RM500 sebulan kepada dua anak tetapi dia gagal memenuhinya mengikut turutan bulan,'' katanya.


MENGAPA PAS DISINGKIR DARI BN
(sedutan penting)

Ucapan Tun Hussen Onn
Desember 9, 1977.
Bertempat di Dewan Tuanku Ab Rahman, KualaLumpur.

”UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah pucuk pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghurmati kehendak-kehendak pucuk pimpinan Pas yang medakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga Pas. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan Pas dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.”

Thursday, July 23, 2009


Wednesday, July 22, 2009












TAUBAT PERDANA NIK AZIZ DAN RAKAN-RAKAN

PENGKALAN KUBUR July 23 - Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengigati orang mati adalah satu perbuatan haram disisi agama kata mufti Perak. Tambahnya lagi Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang Kristian. (Sinar harian 23 July).

Bagaimana dengan kehadiran Nik Aziz dalam upacara bakar mayat di Wat Siam?. Itu juga memuja orang yang sudah mati, yang mengamalkan ajaran Buddha. Khalid juga hadir dalam upaca Hindu dengan menyalakan api.

Maka jelaslah Majlis Taubat Perdana perlu diadakan segera oleh pemimpin Pas dan PKR, yang terdiri daripada Nik Aziz, Nizar, Anwar, Khalid, Salahuddin dan ramai lagi yang pakai kopiah turut berada dlam majlis yang sama.

Nik Aziz Harus Di Pecat sebagai Mursyidul Am Pas.

BANDAR JEMBAL July 22- Nik Aziz juga harus ditegur setelah beliau menyampaikan 'kain kuning' kepada perlantikan Sami Buddha. (lihat apa beza Nik Aziz dengan Niza)


Kata Harun Taib, "Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini."

Walau pun PAS sudah ada peraturan tapi beliau tidak mempedulikannya. Peraturan Pas kecil sahaja, sedangkan Quran dan hadith dia tidak pakai. Dengan ini Nik Aziz harus dipecat sebagai Murshidul Am Pas. Apa yang dilakukan oleh Nik Aziz dengan Nizar sama sahaja, yang membezakan mereka ialah Nik Aziz dikatakan 'Ulamak' dan Niza jelas 'jahil'.

Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.

Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.

“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.


NAJIB PERLU MEMPERKASAKAN MAJLIS FATWA.

PENGKALAN KUBUR 22 July – Rakyat dinegara kita sekarang sedang dikelirukan oleh banyak 'fatwa' yang dikeluarkan oleh orang yang mengaku dia itu 'Ulamak', terutama 'Ulamak Politik'. Disamping itu isu yang lebih rumit ialah tahap penglibatan orang Islam dalam upacara ibadan agama lain, yang boleh menjejaskan akidah seseorang Islam.

Nik Aziz pernah menghadiri upacara bakar mayat buddha, Nik Aziz pernah menyampaikan 'kain kuning' atas perlantikan sami buddha, perkara ini disanggah sendiri oleh Ketua Ulamak Pas masa itu Mat Iraq. Bulan lepas Nik Aziz mengeluarkan fatwa bahawa UMNO tolak Islam. Harun Taib juga mengatakan perkara yang sama. Fatwa terbaru ialah yang dikeluarkan oleh Ustaz Husam Jamnapari Musa, yang membolehkan Niza mengikuti upacara Kristian.

Kerajaan sebelum ini banyak memperkasakan institusi tertentu seperti Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kebetulan sesuai dengan kehendak dan tuntutan pembangkang, maka sekarang sampai masanya kerajaan memperkasakan kembali Majlis Fatwa Kebangsaan yang dijadikan pusat rujukan tunggal mengenai sesuatu hukum.

Apa yang menyedihkan sekarang ialah Ulamak Pas (Parti Ajaran Sesat) dilihat lebih 'berautoriti'. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa yang mengelirukan rakyat. Hadi dengan fatwanya sehingga wujud solat dua imam dalam satu masjid. Nik Aziz dengan fatwanya, Tuhan mencarut, Tuhan samseng dan lain-lain lagi.

Apa yang membimbangkan ialah umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya keliru dengan fatwa Pas sehingga orang bukan Islam menjadi berani menyanggah hal-hal agama Ialam. Seperti LimGuan Eng mempersendakan orang lelaki Islam boleh kawin empat, sedangkan wanita Islam tidak boleh, dikatakannya 'Islam double stunderd'. Orang Bukan Islam mulai berani menggunakan Ayat Al Quran untuk berhujah menentang orang Islam (UMNO) untuk kepentingan politik DAP.

Suasana ini tidak boleh dibiarkan tanpa had. Yang menerima akibah ialah umat Islam sendiri sama ada dalam Pas atau UMNO. Apa yang penting Najib harus memperkasa Majlis Fatwa dengan menguatkuasakan undang undang yang sedia ada dan jika perlu digubal undang-undang yang baru, supaya rakyat mendapat keadilan yang sewajarnya. Majlis Raja-Raja boleh memainkan peranan lebih aktif dalam soal ini. Ternyata sekarang bukan setakat isu fatwa sahaja
dipermain-mainkan oleh Pas dan DAP tetepi institusi Raja juga mulai dipertikaikan.

Memperkasakan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah jalan terbaik untuk keadilan dan kesejahtareaan rakyat, sejajar dengan selogan Satu Malaysia.

Kupasan mengenai istilah, skop fatwa, dan bagaimana fatwa dikeluarkan adalah sudah termaktub dalam peraturan yang sedia ada seperti yang terdapat dalam e -fatwa.

Dari segi Bahasa

memberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama

Dari Segi Istilah

Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.

Fatwa

Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.
Proses Mengeluarkan Keputusan

Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah samada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan.

Syariat Fatwa Dalam Islam

Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

Skop Fatwa

Isu atau maalah yang timbul dalam msayarakat dan belum jelas hukum mengenainya.P endapat yang berbeza antara ulama yang memerluan pemilihan(tarjih).

Isu-isu yang telah difatwakan di negar-negara lain yang perlu isesiakan mengikut keadaan setempat.

Isu-isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam.

Fatwa Di Malaysia

Fatwa adalah satu unsur penting dalam kehidupan masyarakat Islam. Kemajuan Sains dan Teknologi yang dinamik di Malaysia telah menimbulkan beberapa persoalan baru yang memerlukan huraian menerusi fatwa.

Jabatan Mufti negeri-negeri di seluruh Malaysia memainkan peranan penting bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) bagi mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebagai sekretariat, Jabatan Mufti dan JAKIM mengadakan persidangan dan muzakarah semasa bagi membincangkan sesuatu isu dan perkara yang belum diputuskan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam. Jawatankuasa ini akan mengundang pihak tertentu mengikut bidangnya yang boleh membantu bagi membincang dalam usaha menyelesaikan sesuatu permasalahan. Beberapa asatizah dan cendekiawan yang berpengalaman juga merupakan ahli di dalam jawatankuasa ini bagi tujuan memperluaskan perbincangan dan sebagai usaha menjadikan mereka pelapis di masa hadapan.

Bagaimanakah Fatwa dikeluarkan

1. Perlu dikaji dan dibentangkan di dalam jawatankuasa.
2. Lazimnya mengikut pendapat muktamad dalam mazhab Syafie Jawatankuasa Fatwa berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3. Mengikut kaedah fiqh Al-Aulawiyyat iaitu meletakkan sesuatu pada kedudukan yang sewajarnya samada dari segi hukum, nilai mahupun pelaksanaanya.Perkara/Amalan yang lebih utama hendaklah didahulukan berdasarkan penilaian syariat dan akal.
4. Jawatankuasa fatwa akan merujuk kepada pendapat-pendapat, sahabat,tabiin, imam imam mazhab dan fuqaha dengan mengadakan penelitian dalil-dalil dan implikasinya.

SUMBER RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim
Al-Sunnah Al-Nabawiyyah
Al-Ijmak
Al-Qiyas
Ijtihad Ahli Al-Fuqaha Semasa

Tuesday, July 21, 2009

NAPOLEON HILL 22 JULY -

'Harmoni wujud dalam setiap perkara di alam semesta ini, kecuali dalam hubungan kemanusiaan'

Sifat alam ini adalah teratur dan harmuni, tetapi kita manusia mesti berjuang secara konsisten untuk mencapai sifat yang sama dalam hubungan kita. Hakikatnya, secara semula jadi, manusia kelihatan sukar untuk bekerjasama antara satu sama lain.

Orang yang berjaya merupakan orang yang telah mempelajari bagaimana hendak mengharungi arus, melakukan perkara-perkara yang enggan dilakukan oleh orang lain. Mereka telah belajar bahagiman hendak bekerja bersama demi kepentingan dan menafaat seluruh kumpulan.

.....mencapai harmoni dalam mana-mana jua hubungan - perniagaan, peribadi, atau profesional - memerlukan usaha. Sedarilah hakikat bahawa anda akan mencapai sesuatu yang lebih denagan bekerja bersama orang lain berbanding usaha menentang mereka.

Monday, July 20, 2009


APA PERBEZAAN ANTARA NIK AZIZ DENGAN NIZA ?
KEDUA-DUA MERAIKAN MAJLI AGAMA MEREKA

......Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami......

...cerita lanjut ...oneklate.blogspot.com


PM Mohd Noor Deris
(Penulis Jemputan onemanekurai)
KENYATAAN PAS BERBAU HASUTAN

KOTA BHARU 21 July- Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Talib yang mendakwa pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun tidak mengamalkan prinsip asas keislaman dianggap berbau hasutan dan fitnah.


Bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof Madya Mohd Noor Deris berkata, kenyataan itu tidak mempunyai asas kerana UMNO sebagai tonggak kepimpinan negara bertindak secara jelas dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah kepada negara umat Islam. “Kenyataan beliau (Harun) berbau hasutan dan fitnah kerana mengajak rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan berdasarkan kepada fakta yang tidak benar. “Pas sepatutnya menggunakan pendekatan membuktikan pihaknya lebih baik dalam usaha menarik sokongan rakyat dan bukannya dengan cara fitnah seperti itu,” katanya di sini, semalam.


Mohd Noor yang pernah menganggotai Dewan Ulama Pas Pusat dari 1981 hingga 1988 berkata, Pas yang ‘diuji’ Allah memerintah Kelantan dan Kedah perlu membuktikan telah melaksanakan tugas sebagai pemerintah Islam dengan sebaik-baiknya.


Menurutnya, jika diteliti apa yang berlaku di kedua-dua negeri itu ternyata Pas gagal melaksanakan tanggungjawab berdasarkan apa yang dilaung-laungkan.


“Jangan menyalahkan Kerajaan Pusat untuk menutup kegagalan sendiri. Pas sendiri gagal menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pilihan raya kecil Manek Urai supaya membuktikan UMNO tidak memperjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara."


“Pas sebenarnya tidak mempunyai bukti untuk menyahut cabaran itu kerana fakta sebenar adalah sebaliknya. "


"UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada Pas dengan memperjuangkan kemerdekaan negara yang juga tuntutan fardu kifayah,” katanya. Menurutnya, dalam Perlembagaan UMNO salah satunya adalah untuk menegakkan syiar Islam berdasarkan Fasal 3 Perlembagaan UMNO dengan jelas menyebut mengenai asas dan tujuan penubuhan UMNO yang antara lain, ‘menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama’.


Mohd Noor berkata, Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi bagi Malaysia adalah hasil perancangan UMNO. Katanya, fasal 3 Perlembagaan UMNO dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bukan secara kebetulan menyebut mengenai agama Islam tetapi membuktikan semua itu dirancang dan ditentukan oleh pemimpin UMNO.


Beliau berkata, Pas perlu menghentikan dakwaan mengatakan Kerajaan Pusat dan UMNO tidak mengamalkan dasar Islam kerana ia secara tidak langsung menyebabkan wujudnya kumpulan yang bertindak secara ekstrem menjatuhkan kerajaan yang sah.


“Lahirnya kumpulan ekstrem seperti al-Maunah, kumpulan militan, gerakan bawah tanah dan beberapa kumpulan yang mendakwa ‘jihad’ adalah berpunca daripada percaya bahawa Malaysia bukan negara Islam,” katanya.
NAPOLEON HILL - JULY 21

'Ingatlah bahawa nada anda sentiasa menyatakan dengan lebih tepat berbanding kata-kata'.

Mereka yang telah mencapai kejayaan dalam mana-mana organisasi merupakan mereka yang telah belajar mengawal emosi. Apabila anda mempunyai posisi sebagai seorang pemimpin, orang akan memerhatikan isyarat-isyarat yang anda hantar dengan lebih dekat. Anda mesti belajar mengurus diri anda dan cara anda menyampaikan mesej kepada orang lain. Jika anda ingin menginspirasikan mereka serta mengambil berat terhadap semua ahli organisasi anda.

Sunday, July 19, 2009

Tok Pa; RM2 juta baik pulih rumah di Manek Urai

KOTA BHARU - Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan hampir RM3 juta untuk program pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad berkata, daripada jumlah itu, RM2 juta diperuntukkan untuk membaik pulih rumah penduduk yang daif.

“Satu lagi isu yang dihadapi di Manek Urai ialah bilangan rumah yang menjadi milik orang miskin yang daif ini terlalu banyak. Ramai yang menyewa rumah daripada orang-orang berada. Ini juga satu perkara yang perlu kita atasi.

“Walaupun kita kalah di Manek Urai dan kita tahu rakyat di sana memerlukan bantuan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti rumah yang perlu dibaik pulih dan akan memulakan proses pembaikpulihan itu secepat mungkin.

“Setakat ini kita kenal pasti sebanyak 500 buah. Yang perlu mungkin banyak lagi, tetapi mana-mana yang uzur kita akan mulakan program pembaikan.

“Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi program ini dan setakat ini kita anggarkan RM3,000 untuk setiap buah rumah yang dibaik pulih,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan itu diperoleh sebelum pilihan raya tetapi tidak dilaksanakan kerana bimbang akan wujud tohmahan.

Katanya, Kerajaan Pusat akan mengurangkan kerenah birokrasi dan mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira ideologi politik.

“Ada beberapa peruntukan untuk lain-lain keperluan iaitu RM770,000 untuk turap jalan dan prasarana lain.

"Walaupun kita (BN) kalah dalam pilihan raya lalu, agenda pembangunan akan tetap diteruskan di Manek Urai,” katanya.

Komen dr lebai: Nik Aziz bila bila nak bantu rakyat Manek Urai....tak kan orang mene dok saja.?
NIK AZIZ TOLAK HUDUD DAN NEGARA ISLAM DEMI MENGHADAPI PILIHANRAYA KE 13

PANTAI SABA 19 July- Tahun 1993 adalah tahun isu hudud. Pas Kelantan meluluskan Deraf Hudud. Setelah dikritik oleh berbagai pihak Pas bersetuju meminda draf berkenaan. Ini menandakan bahawa Pas tidak yakin draf Hudud itu betul atau salah. Tetapi setelah dikritik Pas mendakwa siapa yang mengkritik draf Hudud Pas sebagai mencabar hukum Allah, menjadi murtad dan terkeluar dari Islam. Pada 25 Novenber 1993 Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan sebulat suara draf Enekmen Hudud. Apa jadi dengan Hudud Nik Aziz ?. Yang jelas hudud politik rekaan Nik Aziz untuk mengekalkan kuasa di Kelantan.

Hasil daripada membangkitkan Isu Hudud Pas menawan Kelantan dan Trengganu 1999. Kedua-dua negeri yang diperintah oleh Pas masing-masing mengemukakan Enekmen Hudud. Terdapat perbezaan Hudud Kelantan dan Hudud Trengganu. Umat Islam menjadi keliru setelah dua tok guru mencipta hudud yang berbaza.

Apapun Pas sudah berjaya menggerakkan Hukum Allah. Pas tidak sepatutnya undur kebelakang. Kalau dulu Nik Aziz seorang diri berani membentangkan Enekmen Hudud dan diluluskan di Kelantan tetapi sekarang Pas menguasai Kedah. Pakatan Rakyat menguasi Selangor dan Pulau Pinang. Pas sepatutnya memainkan peranan yang lebih aktif mempromosikan Hudud yang menjadi kewajipan kepada Pas.

Pas harus yakin hukum Allah mesti dipertahankan walau pun ditentang hebat oleh DAP. Nik Aziz bertanggung jawab kepada Allah kerana telah berjanji menegakkan Hudud jika Pas memerintah negeri Kelantan, Trengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Hudud Kelantan yang masih ada ialah memperingati bulan Hudud. Adakah cukop mengan amalan sedemikian?. Sebelum menang pemimpin Pas menggunakan isu Hudud, tetapi selepas menang lain jadinya. Pas Trengganu di bawah Hadi tidak sempat menyiapkan draf Hudud. Azizan Pas Kedah awal-awal lagi tidak berhajat untuk menyediakan draf hudud, Niza Pas Perak (9 bulan) bukan sahaja tidak nak hudud bahkan menyatakan Pas tidak berhajat untuk melaksanakan hukum Islam. Pulau Pinang tanpa hudud, tapi diberi gelaran 'Umar Abdul Aziz' kepada Lim Guan Eng, anak kepada bapa menentang Islam dan Hudud. Khalid dan Hasan Ali Pas Selangor tidak terlintas untuk melaksanakan Islam, bahkan tulisan jawi pun dihapuskan.

Itu lah senario perjuangan Nik Aziz yang penuh dengan penipuan dan angan-angan kosong. Nik Aziz selalu bertindak menggunakan IT (bukan information teknologi) tapi IKUT TERLINTAS. Sebab itu lah mana-mana ucapan Nik Aziz tidak berlandaskan fakta, semuanya emosi semata-mata.

Sebenarnya Nik Aziz berdolak dalik mengenai hudud setelah ditentang oleh DAP demi untuk menghadapi pilihanraya yang ke 13. Nik Aziz sanggup tolak hudud dan pembentukan Negara Islam demi DAP.
NIK AZIZ SOKONG ISA 1985

KEDAI LALAT 19 July - Semasa Nik Aziz menjadi Ahli Parlimen, semasa persidangan Parlimen meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri pada April 1985 beliau turut menyokong Akta tersebut dan Akta ISA itu dilluluskan tanpa bahas.

Ketika ditemuramah oleh Akhbar WATAN terbitan 2-5 April 1985;

Wartawan; " Ada kalangan menuduh Ustaz (masa itu belum Tuan Guru) amat jarang sekali bercakap atau berhujah diParlimen. Mereka mendakwa Ustaz menyokong setiap dasar yang dibuat oleh Parlimen.Boleh Ustaz jelaskan sedikit."

Jawab Nik Aziz;"Saya tidak akan bercakap sekiranya dasar yang dibuat itu menepati landasan Parti (Pas), sesuai dengan kehendak keIslaman. Sekiranya ia bertentangan, saya tetap menentangnya. Saya bukannya suka memberi sebarang pujian yang tidak menentu."

Jadi jawapan Nik Aziz itu menunjukkan beliau bersetuju deangan segala akta undang-undang yang digubal dan dipinda semasa beliau berada dalam Parlimen selaku wakil rakyat Pas selama 15 tahun termasuk ISA.

Tetapi yang anehnya kenapa sekarang Nik Aziz begitu lantang menentang ISA? .... Dulu boleh sekarang tak boleh ?. Dulu Nik Aziz tidak menentang bahkan menyokong ISA.

Saturday, July 18, 2009











Nizar mengikut amalan Kristian kerana berguru dengan Nik Aziz.
Nik Aziz mengikut amalan Buddha.....kira ok daaah tu


NAPOLEON HILL 19 JULY

'Pasukan bola sepak yang baik banyak bergantung kepada kerjasama berbanding kemahiran individu'.

Kerja berpasukan ialah usaha sama-sama semua ahli pasukan untuk mencapai matlamat bersama. Kata kunci dalam definisi ini ialah 'USAHA SAMA'. Tanpa sokongan seluruh anggota, tiada pasukan yang akan kekal lama. Para pemain bola sepak mengetahui bahawa tiada seorang pun ahli pasukan yang dapat menjadi bintang dalam setiap permainan. Kebanyakan saat kecemerlangan dibina setelah melalui beberapa siri permainan, setiap satunya dimenangi secara komited, penuh azam, menghalang dan mengelecek.

Pasukan yang menang dianggotai oleh ahli-ahli yang menyedari bahawa apabila seorang ahli pasukan untuk mencapai kejayaan, maka seluruh pasukan juga akan berjaya. Begitu juga, cara yang paling pasti untuk mencipta porak poranda ialah dengan menghasilkan persaingan sesama sendiri. Apabila semua ahli memberi yang terbaik dalam setiap keadaan - sama ada mereka membawa bola atau memberi laluan kepada rakan sepasukan - pasukan itu akan menang, dan setiap dari ahli pasukan itu juga turut menang.
Hak istimewa Melayu tetap dipertahan selagi UMNO berkuasa - Muhyiddin

KUALA KANGSAR 18 Julai - Segala hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara akan terus dipertahankan selagi UMNO berkuasa, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“UMNO sedar tanggungjawabnya sebagai parti yang membela orang Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas dekat sini hari ini.

“Itulah perjuangan kita dahulu, sekarang dan insya-Allah pada masa-masa yang akan datang. Ini adalah perkara yang cukup penting yang kita tidak boleh abaikan,” katanya. - Bernama

Komen: Nik Aziz awal-awal lagi menolak dominasi orang Melayu. Belum memerintah Malaysia, Hak Istimewa Orang Melayu (HIOM) Nik Aziz akan hapuskan.

Nik Aziz akan hapuskan, tapi sahabat karib yang bergelar 'Umar Abdul Aziz' Lim Guan Eng sudah hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu di Pulau Pinang, 30% hak bumiputra dihapuskan. Bukan setakat itu sahaja kedudukkan Agama Islam pun sudah tergugat. Seperti pembinaan Surau atau Musalla tidak diwajibkan dalam kawasan perumahan yang baru di Pulau Pinang.

Pemimpin Pas bukan buta mata tapi buta hati
LONGGOKAN SAMPAH DALAM TONG PKR

KUALA LUMPUR 18 Julai – Bekas Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng hari ini mengisytiharkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau membuat pengumuman itu pada satu forum anjuran PKR yang turut dihadiri Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini. - Utusan.

Seorang lagi bekas menteri yang sudah menyertai Tong Sampah PKR ialah Zaid Ibrahim. Cuma beza antara mereka ialah Chua keluar parti tapi Zaid di tendang dari parti.
JEMAAH ULAMAK KELANTAN - TENTUKAN 'FATWA NIK AZIZ'

LUNDANG 18 July - Dalam kekalutan menangani isu UMNO tolak Islam dan UMNO sama dengan Ajaran Sesat Ayah Pin yang di 'Fatwakan oleh Nik Aziz' adalah wajar pihat tertetu menyelesaikan secara Islam yang sebenar. Di Kelantan ada Jawatankuasa fatwa atau Jamaah Ulamak Kelantan yang merupakan institusi terulung dinegara ini yang telah ditubuhkan pada 24 Januari 1918. Antara fungsi institusi tersebut ialah menangani persoalan hukum yang berlaku dalam masyarakat. Dengan ini bila Nik Aziz mengatakan UMNO tolak Islam dan sama dengan ajaran Ayah Pin maka wajarlah institusi ini mengeluarkan 'fatwa' mengenai 'fatwa Nik Aziz' yang mengelirukan rakyat atau umat Islam dinegeri Kelantan khasnya, dan diseluruh negara amnya. Jawatankuasa ini perlu memanggil Nik Aziz untuk menentukan betul atau salah 'Fatwa' tersebut menurut hukum Islam.
dr lebai

Tok Pa; Penduduk Manek Urai tidak dilupakan.

18/07/2009 5:15pm

KULA KRAI 18 Julai - Kerajaan Barisan Nasional akan cuba membantu memenuhi sebahagian daripada keperluan penduduk Manek Urai meskipun tewas dalam pilihan raya kecil pada 14 Julai lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan pertama dengan masyarakat setempat di Manek Urai petang ini. - Utusan

Komen: Tok Pa selepas 4 hari terus kengunjungi Manek Urai, Nik Aziz bila nak melawat ?. banyak janji nak ditunaikan kepada pengundi disana. Gambar bawa!!!! jangan lupa? pahala untuk rakyat yang melihat gambar Nik Aziz.





NAPOLEON HILL - 18 JULY
'Persahabatan mengenali keburukan rakan-rakan, tetapi tidak menyataknnya kepada orang lain.'

Friday, July 17, 2009




RAKYAT KELANTAN MINUM AIR TERCEMAR - NIK AZIZ GAGAL

TELAGA BATA 18 July- Rakyat Kelantan selalu merungut kerana Pas gagal membekal air selamat kepada mereka. Nik Aziz berjanji dalam pilihanraya tahun 1999, 'mempertingkatkan mutu dan menyediakan bekalan air bersih yang mencukupi kepada seluruh rakyat Kelantan.'

Proses Rawatan Tidak Sempurna

Sebahagian besar loji beroperasi di Kelantan tidak mempunyai proses rawatan penuh. Sekurang-kurangnya terdapat lima peroses yang perlu dilakukan seperti pengudaraan, pengentalan, pemendapan, penurasan dan pengklorinan. Kebanyak loji mengambil punca air daripada tanah, dan hanya melakukan satu peroses sahaja iaitu pengklorinan sahaja. Menurut sumber tertentu 73 % daripada air yang dibekalkan ke kawasan Kota Bharu tidak melalui rawatan penuh.

Air Tidak Selamat

Sehingga akhir tahun 2002 bancian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan liputan bekalan air bersih (tak semestinya selamat) keluar bandar 82.58% sahaja paling rendah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang bertanggung jawab membekal air selamat kepada rakyat Kelantan pada tahun 2002 menunjukkan 0.2% air yang dibekalkan itu dicemari kuman najis yang dipanggil 'Fecal Ciloform'. Sebanyak 9.5% contoh air yang diambil menunjukkan tahap baki klorin yang rendah dari sepantutnya dan sebanyak 37.8% contoh air megandungi kandungan zat besi (ferous) yang tinggi.

Penyakit akibat air tidak selamat

Terdapat 5 jenis penyakit berjangkit akibat air tidak selamat iaitu keracunan makanan, demam kepialu (typhoid), taun (cholea), disenteri dan hepatitid A.

Pemfluoridaan di hentikan untuk jimat kos.

Kejadian karies (gonggok) gigi berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun, akibat daripada tindakan ini. Aktiviti ini di hentikan semenjak tahun 1995. Purata kerosokan gigi kanak-kanak bawah 12 tahun meningkat kepada 56%.


Kesan air tidak bersih

Aktiviti pembersihan yang menggunakan air bersih seperti pengguna awam, masjid, hospital, pejabat kerajaan, hotel dan lain-lain dilaksanakan dengan tidak sempurna.

Semua kilang pakaian yang beroperasi di Kelantan telah tutup, pindah kenegeri lain atau luar negara.

Unjuran bekalan air 2000 hingga 2020

Kerajaan Pas Kelantan mengunjurkan tahun 2010 hanya 90% air bersih hanya di Kota Bharu, sedangkan kawasan lain 70% sahaja. Jelas menunjukkan kegagalan Pas menyediakan air selamat kepada rakyat Kelantan.

BN bantu Pas Kelantan

Peruntukan sebanyak RM674,597,462.75 diluluskan untuk Kerajaan Pas Kelantan.

Rumusan

Kejadian penyakit disebabkan oleh pencemaran bekalan air minum di Kelantan amat ketara dan membimbangkan. Satu langkah drastik perlu dilakukan bagi meningkatkan kualiti air untuk diminum oleh rakyat. Pas gagal mengurus air dengan cekap dalam keadaan kewangan yang tidak mencukopi pembangunan sistem pengairan terbaik tidak dapat dilakukan. Sampai masanya rakyat menilai semula kuasa yang telah diberikan kepada Pas selama hamopir 20 tahun tapi masalah air tidak dapat diselesaikan.

Abdullah mahu ISA dimansuh


SINTOK 17 Julai - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar dimansuh dan diganti dengan perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan terhadap tertuduh.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, undang-undang baru itu mampu menjamin hak asasi rakyat apatah lagi ISA sering dikaitkan dengan persepsi negatif.

Beliau berkata, ISA memberi skop kuasa yang terlalu besar kepada pihak berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Oleh itu, akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja dan mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya.


Komen: Dah cukop apa yg Tun buat selama Tun jadi PM, tak payah nak mengarut lagi. Bagi peluang kepada Najib membaiki 'kerosakan' yang Tun buat selama ini. Elok lah Pak Lah lontar idea mansuh ISA, kemudian menantu sambut, tak perlu mansuh, hanya pinda....buang masa...banyak lagi kerja pemuda perlu dibuat.



PAS KELANTAN HANCUR BERSAMA NIK AZIZ

KOTA DARULNAIM 17 July- Keputusan pilihanraya Kecil N41 Manek Urai yang masih dipertikaikan kesahihannya, ianya merupakan permulaan tanda kejatuhan Pas di Kelantan. Dalam keputusan itu BN telah berjaya menambah undi sebanyak 899, berbanding dengan Pas mengalami kemerosotan 397 undi. Perkara ini berlaku dalam tempoh 15 bulan sahaja. selepas Pilihanraya Umum 2008. Jadi sementara menanti pilihanraya yang ke 13 maka Nik Aziz bolehlah berkemas dari sekarang untuk mengosongkan Kota Darulnaim kerana 'Tuan' asal akan kembali mendudukinya.

Terdapat lima fakta kukuh yang boleh mensabikan kekalahan teruk Pas Kelantan dalam pilihanraya yang akan datang antaranya ialah;

1. Nik Aziz sudah tua, Pilihanraya yang akan datang beliau berumur 84 tahun, terlalu banyak kekurangan yang ada pada Nik Aziz termasuk mental dan fizikal.

2. Pas sekarang dikuasai oleh bukan pemimpin Pas Kelantan. Semua dasar akan ditentukan oleh Pas Pusat yang tidak lagi 'faver' kepada Kelantan.

3. Penyokong Pas Kelantan benci kepada tokoh Pas yang bertanding di Kelantan. Dengan ini Pas Kelantan akan memutuskan semua kerusi Negeri atau Parlimen akan ditandingi oleh pemimpin Pas Kelantan sahaja. Ini bermakna Nasharudin, Salahudin, Hatta, Nasution mesti balik bertanding di negeri masing-masing.

4. Ada tiga kabilah dalam kepimpinan Pas Kelantan sekarang. Pemimpin Pas itu sekarang sudah dibenci olek rakyat Kelantan.

5. Pupuslah 'specis ulamak' dalam Pas Kelantan.

Lima fakta ini juga yang menyebabkan Pas runtuh di Manek Urai. Perangai orang Kelantan 'jelas' apabila dia benci....dan' jelas' apabila dia sayang. Nik Aziz jatuh sama dengan usianya, niat untuk menjadi Menteri Besar sampai mati mungkin tercapai.




Thursday, July 16, 2009


Kota Darulnaim melambai ....... BN

N41 MANEK URAI BN MENANG 35 UNDI-NIK AZIZ SEDIH?



TOK UBAN 17 July- Peti undi Manek Urai Lama di mana Barisan Nasional (BN) sepatutnya dikatakan menang dengan majoriti 289 undi tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Berdasarkan keputusan yang ada pada wakil BN di peti undi berkenaan, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 1,008 undi manakala calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 719 undi dan undi rosak sebanyak 19, oleh itu, kita menang dengan majoriti 289 undi.

Tetapi ketika pengumuman dibuat di pusat penjumlahan undi, BN hanya menang dengan majoriti 189 undi. Ini yang menimbulkan tanda tanya kenapa keputusan tersebut berubah di pusat penjumlahan undi sedangkan di peti undi kita menang dengan majoriti 100 undi.

Note: Jika perkiraan diatas benar maka BN menang dengan majoriti 35 undi.


...rakyat didahulukan....Tok Pa

UJIAN PERTAMA TOK PA CEMERLANG


BUKIT TA 16 July - Pilihanraya Kecil (PRK) N41 Manek Urai tirainya sudah berlaboh. Pahit maung sama-sama dirasai oleh semua pihak. Terutama jentera yang bekerja bertukus lumus, siang dan malam, dengan harapan dapat mengalas kemenangan.

Situasi hampir menang BN dalam PRK Manek Urai, merupakan pencapaian yang amat cemerlang. Walau pun hampir menang dengan ketinggalan 65 undi rasa penat mulai terubat.

Tok Pa mempunyai karisma kepimpinan yang tersendiri, UMNO bertuah mempunyai seorang pemimpin yang amat istimewa. Istimewa yang dimaksudkan ialah dalam hal personaliti, pemikiran, penguasaan ilmu, pentadbir yang disegani dan sahabat yang setia.

Personaliti 'mudah baso' telah menambat hati rakyat Jeli khasnya dan rakyat Kelantan amnya, rakyat semuanya merasai 'aura' kehadiran Tok Pa sebagai seorang pemimpin berwibawa. Keistimewaan itu jugalah yang telah mengugat Pas Kelantan dalam Pilihanraya Umum 2004. Pada masa itu beliau memegang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Setelah Tok Pa dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang baru tahun ini, tak sempat 'kemas' pejabat lagi, berlaku PRK Manek Urai. Walau pun begitu kebolehan beliau memimpin PRK Manek Urai tidak boleh dipertikaikan lagi.

Dengan keputusan PRK itu sekali lagi terbukti keistimewaan Tok Pa terserlah. Berupaya membuatkan Nik Aziz troma dan tersandar sepertimana PRU 2004.

Apa pun komen dari segenap lapisan masyarakat, Tok Pa dapat melepasi ujian pertama dengan cemerlang.




Wednesday, July 15, 2009


Agama untuk politik...beliau berjaya

NIK AZIZ PATUT DI TAHAN ISA

PULAU MELAKA 16 July- Sejarah telah membuktikan bahawa setiap tahanan ISA yang telah dikenakan keatas individu atau kumpulan tertentu berdasarkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Istilah keselamatan negara adalah merangkumi tiga aspek tadi. Kecelaruan yang dilakukan orang awam tidak seteruk kesalahan yang dilakukan oleh individu yang mempunyai kuasa atau memegang jawatan tertentu sama ada dalam kerajaan atau luar kerajaan.

Dalam kalangan orang politik mereka melakukan atau mencetuskan ketegangan semasa hampir dengan pilihanraya. Mungkin mereka berpendapat berbuat demikian maka kerajaan tidak berani mengambil tindakan, kerana risikonya amat tinggi. Isu penangkapan pemimpin tertentu dibawah akta hasutan boleh menyebabkan parti politik pembangkang menjadikan isu pilihanraya.

Setiap kali pilihanraya semenjak tahun 1990 Nik Aziz telah banyak kali mengeluarkan kata-kata kesat, tuduhan yang tidak berasas kepada pemimpin kerajaan atau parti kerajaan. Tuduhan terbaru Nik Aziz baru-baru ini ialah UMNO tolak Islam dan sama dengan komunis. Nik Aziz juga menyokong pemimpin DAP (China) membaca ayat Al Quran.

Isu yang disentuh oleh Nik Aziz ialah isu Agama, bangsa dan negara. Dalam konteks agama Nik Aziz mencelarukan pemikiran Umat Islam dengan mengeluarkan pendapat yang boleh dianggap fatwa oleh fanatik Pas. Seperti menuduh UMNO menolak Islam. Dari segi bangsa, Nik Aziz dengan jelas tidak menerima bangsa Melayu sebagai mendominasi kekuatan politik negara ini, asalkan dia Islam tanpa mengira agama dan bangsa dia boleh menjadi Perdana Menteri. Kenyataan ini amat mengelirukan rakyat. Dalam soal Nik Aziz menyamakan UMNO dengan komunis, ini merupakan isu yang boleh mengugakkan negara. Sehingga ada pemimpin pembangkang membela Ketua Parti Komunis Malaya Cheng Peng dibenarkan kembali ke Malaysia.

Berdasarkan tiga fakta kukuh tadi sudah sampai masanya Nik Aziz ditahan dibawah Isa. Jangan tunggu hampir dengan pilihanraya ke 13 baru kerajaan hendak bertindak. Ketika itu saya yakin Nik Aziz akan mengeluarkan lagi 'fatwa' untuk kepentingan politik Pas, walaupun boleh menjejaskan agama, bangsa dan negara.

Tuesday, July 14, 2009

TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG BLOG ONEMANEKURAI, ONEMURAI DAN ONEKLATE

KOPITIAM KB 15 July- Pertamanya saya ingin memanjat syukur kehadrat Ilahi kerana menggerakkan hati saya untuk melahirkan blog ini yang baru berusia 21 hari yang lalu. Walaupun muda tapi dah dikunjungi oleh 2,500 sahabat. Khusus untuk Tun, myadha, jeffry dan waris pahang terima kasih dan selamat berjuang. Saya akan selalu mengikuti blog saudara untuk menambahkan ilmu sebagai seorang pelajar.

TAHNIAH KEPADA TUAN AZIZ

PASAR BESAR KB 15 July- Pagi tadi di pasar ada suara yang nyaring mengatakan, 'Tuan Ajid masih muda, budak ada maso depe politik sebelah selate'. Rupa-rupanya 3 orang penjual durian sedang membicarakan tokoh muda BN, Tuan Aziz. Itulah komen akar umbi mengenai beliau, tahniah kepada Tuan Aziz. Tuan tokoh masa depan.
KEPUTUSAN MENGEMBIRAKAN RAKYAT KELANTAN

MASJID MAAHAD MUHAMADI 15 July- Keputusan rakyat Manek Urai memberi undi yang luarbiasa kepada BN, menceriakan rakyat Kelantan, dimana kepuitusan itu sama dengan keputusan PRU 2004. Pada masa itu rakyat Kelantan sudah bersedia memberi undi kepada BN untuk memerintah Kelantan iaitu 9 dari 14 kerusi parlimen Kelantan dimenangi oleh BN. Cuma nasib tak menyebelahi BN, BN kurang satu DUN dengan tewan 2 undi. Selera yang sama telah ditunjukkan oleh pengundi Manek Urai, seperti fakta dibawah;

N41 - DUN MANEK URAI (12,293)

KEPUTUSAN RASMI
PILIHANRAYA KECIL (2009)
-Md. Fauzi Abdullah (PAS) : 5,348
-Tuan Aziz Tuan Mat (BN) : 5,283
Majoriti : 65
Jumlah mengundi : 10,631
Peratus : 87%
Undi rosak : 117
PILIHANRAYA UMUM KE-12 (2008)
-Ismail Yaacob (PAS) : 5,746
-Zulkepli Omar (BN) : 4,394
Majoriti : 1,352
PILIHANRAYA UMUM KE-11 (2004)
-Zulkepli Omar (BN) : 4,362
-Md Zamzuri Lazim (PAS) : 4.309
Majoriti : 53
Sumber - BERNAMA