
MANEK URAI ,29 Jun 2009 - Siapa kata pembangunan tidak diperlukan di Manek Urai ? ini rumah orang Melayu di Sungai Sok. Sudah 20 tahun diabaikan oleh Nik Aziz – memang Nik Aziz makan gaji buta
Satu Kampung, Satu Suara dan Satu Negeri...........Rakyat Didahulukan
Dahulu mereka mengatakan bahwasanya Umno ini tidak Islam kerana bergabung dengan parti komponen lain seperti MCA, MIC, GERAKAN dan lain lain lagi. Mereka berkata barang siapa yang berbaik baik dengan orang kafir mereka itu sebenarnya termasuk golongan orang orang kafir. Tapi kenyataannya sekarang apa yang sudah terjadi? Pemimpin Pas sudahpun pandai berkawan dengan orang bukan islam, berdakapan satu sama lain apakah ini yang dikatakan kepada Umno dulu kafir? Kalau dahulu umno dikatakan kafir sekarang ini apakah gelaran sesuai diberikan kepada PAS????????? Dua kali kafir.
Apa jenis politik yang digunakan oleh Pas, mereka sanggup menghalalkan segala cara, dahulu tidak boleh sekarang boleh, dahulu haram sekarang halal hanya untuk kepentingan peribadi mereka yang bernama pemimpin Pas yang bertopengkan Islam. Dimanakah slogan “ membangun bersama Islam” yang dilaungkan dan menjadi dasar kepada perjuangan mereka. Apakah mereka sebenarnya takut meneruskan agenda itu, atau mereka takut kepada DAP kerana Karpal Singh pernah berkata kalau Pas ingin mencadangkan Hukum Hudud dinegara ini pemimpin Pas harus langkah mayatnya dahulu. Apakah ini yang menyebabkan hukum hudud yang dicanangkan selama ini terkubur di tengah jalann.
Afandi juga ada menyentuh ucapan dasar Pemimpin Pas pada muktamar baru baru ini. Beliau amat tertarik ucapan Presiden Pas dan beliau merasakan Hj Abdul Hadi sudah melihat dan merenung dengan jauh sekiranya ingin melihat kejayaan orang melayu dan islam mereka harus bersatu padu. Umat Islam di Malaysia maupun di seluruh dunia harus bersatu padu demi melihat masa depan orang islam terus terbela dan maju. Cuba kita lihat di Palestin Umat Islam di sana berperang antara Hamas dan Fatah belum lagi mereka hendak melawan Israel. Bagimana mereka dapat mencapai kemenangan seandainya seluruh umat islam di Palestin saling bercakaran dan menjadi pengemis di tanah air sendiri.
Ini juga mungkin berlaku di Malaysia sekiranya orang Islam disini saling bercakaran, fitnah memfitnah dan saling memburukkan hingga merosakkan perpaduan di antara umat islam di Malaysia. Umno sudah melihat dan sentiasa menjaga kepentingan perpaduan rakyat Malaysia. Dengan kemajuan yang telah dirancang tanpa membelakangkan agama Negara Malaysia akan terus aman dan maju Baldatun Toyyibah Warobbun Ghofur dibawah panji Satu Malaysia itulah slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
KUALA KRAI 22/6: Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ustaz Shahbudin telah menerangkan dalam salah satu sesi ceramahnya yang berlangsung di petiundi Manek Urai Baru bahwasanya Umnolah yang sebenarnya memperjuangkan Islam di Malaysia.
Beliau menjelaskan kenapa rakyat harus mempertahankan Umno. Menurut beliau sudah sekian lama Umno telah terbukti memartabatkan Islam dan umat Melayu di Malaysia dengan membina prasarana prasarana seperti masjid, sekolah, university institusi keewangan dan lain lain lagi bersangkutan dengan pembangunan islam. Apakah itu tidak dinamakan Islam. Pakatan pembangkan pada dasarnya memang tidak melihat agama sebagai tunggak perjuangan kerana mereka menganggap agama itu sama rata. Menurut beliau rakyat harus pandai memilih pemimpin yang dapat memajukan Islam dan umat Melayu.
Beliau telah menyentuh tentang kepimpinan Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng dimana mereka tidak membenarkan surau dibina disetiap Perumahan yang baru dibina, walaupun pada dahulunya Kerajaan Barisan Nasional telah mewajibkan setiap perumahan wajib mempunyai surau. Mengapa Pas membisu, tidak berkata apa apa seperti lembu di cucuk hidung.
Melalui Pakatan Pembangkang Pas hanya mampu mendengar dan melihat seterusnya hanya terpaksa akur dengan agenda DAP dan PKR. Pas sudah kehilangan arah tuju dan menghilang bersama ’membangun bersama Islam’. Berlainan dengan Umno dan BN tetap ukuh dan padu demi memartabatkan bangsa agama, bangsa dan negara.
KOTA BHARU 29 Jun – Berdasarkan kepada fakta kukuh calun BN Tuan Aziz boleh menang dalam pilihanraya kecil pada 14 July nanti. Peningkatan undi Melayu di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau adalah petanda yang positif, kebangkitan pengundi Melayu yang selama ini didodoi oleh pembangkang dengan berbagai isu yang dicipta dengan penuh penipuan. Disamping itu kemerosotan pengundi yang keluar mengundi DUN Penanti menandakan populariti pembangkang mulai merosot. Berdasarkan dua senario ini sudah cukop membuatkan Nik Aziz gundah gulana, ’bengkeng tak tentu pasal’.
Faktor calun juga memainkan peranan dalam menentukan kemenangan BN nanti. Dimana seorang Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini merupakan tokoh muda yang berwibawa dan dikenali ramai oleh pengundi yang berada dalam wilayah Kesedar.
Pemimpin BN, Muhyiddin yakin Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai itu dapat memastikan BN menawan kerusi Manek Urai dan menjadikan ia sebagai titik permulaan kebangkitan parti itu di Kelantan.
Alasan Muhyiddin ialah calun BN berkemampuan, ada pengalaman dan kelulusan yang tinggi serta biasa dengan masyarakat setempat dan saya percaya beliau boleh menjadi wakil yang berkesan untuk seluruh pengundi di Manek Urai.Malah katanya, pemilihan Tuan Aziz juga dilihat dapat membantu menarik lebih ramai sokongan kalangan muda yang dianggarkan sekitar 25 peratus daripada keseluruhan pengundi.
Kemenangan Tuan Aziz adalah kemenangan rakyat Manek Urai.
Manik Urai- “Makcik menitiskan air mata bila mendapat tahu Tuan Aziz di umumkan calon yang bertanding, dia baik dan layak”. Begitulah luahan seorang pengundi wanita di Manik Urai apabila mengetahui Tuan Aziz diumumkan sebagai calon BN untuk pilihanraya Kecil DUN Manik Urai. Malah ketika diumumkan sebagai calon yang akan bertanding hampir 4000 orang yang hadir melaung hidup Tuan Aziz menunjukkan bahawa pemilihan Tuan Aziz adalah pilihan rakyat bertetapan dengan slogan rakyat didahulukan.
Sebelum itu teka teki siapakah wakil BN yang akan menentang calon PAS terjawab apabila Tuan Aziz Tuan Mat diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi BN di Kampung Sungai Sok Luar, dekat sini semalam.
Muhyiddin yakin Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai itu dapat memastikan BN menawan kerusi Manek Urai dan menjadikan ia sebagai titik permulaan kebangkitan parti itu di Kelantan.
"Kita yakin beliau berkemampuan, ada pengalaman dan kelulusan yang tinggi serta biasa dengan masyarakat setempat dan saya percaya beliau boleh menjadi wakil yang berkesan untuk seluruh pengundi di Manek Urai,'' katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman itu.
TUAN AZIZ BIN TUAN MAT
Nama: Tuan Aziz Tuan Mat
Umur: 39 tahun
Nama Isteri: Suzana Husin
Anak: 3 orang
Pendidikan:
Sekolah Rendah Sultan Yahya Petra Kuala Krai
Sekolah Menengah Sultan yahya Petra Kuala Krai
Sekolah Menengah Teknik Trengganu
Kelulusan
Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Teknologi
Universiti Teknologi Malaysia (1988-1993)
Pengalaman Kerja:
Pegawai Kontena Nasional (1993)
Pegawai Mejati Corporation Sdn Bhd (1996)
Penolong Pengurus Bahagian Kesedar (1997)
Ketua Eksekutif Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (2005)
Pengurus Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Kesedar (2007-2009)
Jawatan Politik:
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai
Pengalaman Kegiatan Masyarakat:
Naib Pengerusi Majlis Belia Jajahan Kuala Krai (2002-2004).
Naib Pengerusi MAYC Kuala Krai (2002-2004)
Pengerusi MAYC Gua Musang (2005-2007)SUNGAI SOK, Manek Urai, 28 Jun; Pada 26 Jun Husam cuba menjadi imam solat jumaat disebuah Masjid Sungai Sok, tapi kejahilannya terserlah setelah tiga kali di tegur oleh ma’mum masih lagi lupa dan tak dapat meneruskan surah yang dibaca.
Untuk menunjukkan hebatnya dan khusyuknya semasa solat Husam telah sujud terlalu lama menyebabkan ada ma’mum yang bangun.
Solat jumaat pada hari berkenaan tidak sempurna gara-gara orang politik murahan ingin mencari publisiti.
Selepas solat Jumaat berkenaan Husam telah menyampaikan ceramah politik, jemaah yg mendengar hanya 2 saf , yang lain turun meninggalkan masjid.
Rakyat Sungai Sok amat marah kepada Husam kerana menganggu mereka terutama dalam solat jumaat.
Menk Urai Lama 27 Jun – Pas mengumumkan calunnya Fauzi sebagai calun Pas yang akan bertanding pada 14 Julai nanti. Semasa mengumumkan calun Pas terdapat empat pemimpin Pas memberi ucapan. Diantaranya Saifudin, Lim Ka Sing, Hadi dan Nik Aziz. Kesemua penceramah Pas menyentoh mengenai royalti minyak kecuali Nik Aziz mengulagi lagi dengan mengatakan UMNO Parti Komunis.
Kehadiran penyokong Pas lebih kurang 5,000 orang, ramai dan hebat. Tapi setelah risikan dibuat rupa-rupanya Nik Aziz mengupah RM50 seorang penyokong Pas Pengkalan Chepa supaya hadir dalam majlis tersebut. Nik Aziz mengerahkan 3,000 penyokong Pas luar Manek Urai membanjiri perhimpunan itu. Kenapa Nik Aziz melakukan demikian?
Nik Aziz terpaksa mengupah penyokong Pas kerana takut atau bimbang majlis tersebut tidak ramai yang hadir. Kerana Nik Aziz takut kepada kehebatan Tok Pa sebagai pemimpin yang diterima oleh Rakyat Kelantan.
Nik Aziz sudah ’troma’ dengan kekalahan Pas dalam PRU 2004. Termasuk pengundi Manek Urai memberi sokongan kepada BN dibawah pimpinan Tok Pa dalam PRU 2004.
Perkara yang menarik dalam ceramah semalam dan muktakhir ini ialah mengenai perangai Nik Aziz yang semakin ‘pelek’. Mengikut orang tua-tua ada dua sebab kenapa seseorang itu berubah perlakuannya secara mendadak. Pertama kerana terlampau gembira dapat maki hamun kepada musuh. Kedua kerana sudah hampir mati.
Nik Aziz masih mengatakan dalam ceramahnya semalam UMNO adalah Perti Komunis. Siapapun tidak boleh menerima kenyataan itu sama ada orang UMNO atau Pas sendiri. Kerana dunia sudah mengetahui kekejaman komunis di negara ini. Komunis telah membunuh Melayu, komunis telah ‘bela’ perut wanita Melayu yang mengandung. Komunis lah yang mendera dan menghina orang Melayu. Apakah Nik Aziz jahil sejarah?
Biasanya apabila seseorang itu bercakap ’pelek-pelek’ itu adalah tanda dia nak mati. Ada logiknya Nik Aziz boleh mati bila-bila masa. Dan penyokong Pas dinasihatkan supaya menjaga Nik Aziz dengan baik dan mematuhi beberapa perkata. Pertama Nik Aziz sudah tua umur 80 tahun lebih, tarikh lahir Nik Aziz 1939 adalah tak betul kata seorang tua yang tinggal di Pulau Melaka dekat dengan rumah Nik Aziz. Sepatutnya Nik Aziz seusia dengan ’ambo’ umur 84 tahun sekarang. Kedua kesihatan Nik Aziz tidak mengizinkan beliau berkeliaran kesana-kemari. Dalam tubuh Nik Aziz ada ’batteri’ yang kuasanya semakin lemah sekarang. Batteri itu perlu ditukar atau ’charges’ semula. Yang membimbangkan batteri itu boleh disambar kilat atau petir, nyanya Nik Aziz.
Selepas majlis pengistiharan calun Pas semalam, ada sebuah kedai kopi di Manek Urai Baru yang dipenuhi dengan penyokong Pas seramai 20 orang , semua pakai ’kopiah’ sama dengan ’kita’. Mereka beranggapan kita juga ’orang Pas’ sebab kita pakai serban. Ada suara sedih dan marah keluar dari salah seorang kumpulan itu dengan mengatakan Tok Guru munafik kerana sebelum ini telah berjanji calun Pas terdiri dari anak tempatan Manek Urai, tapi bagi kepada Fauzi budak DUN Gucil. Ahli Pas Manek Urai kecewa.Manik Urai-25 Jun. Pengundi di DUN Manek Urai kecewa. Orang Melayu di Manek Urai cukup merasa terkilan dengan keputusan PAS menarik diri saat akhir pembentukan kerajaan perpaduan. Tindakan PAS yang melebihkan kepentingan diri dan kebendaan telah menunjukkan berlawanan dengan kehendak, hasrat dan inspirasi majoriti orang melayu yang mahukan kerjasama erat antara UMNO dengan PAS bagi memwujudkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
Asalnya idea kerajaan perpaduan adalah daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merasakan idea itu selaras dengan tuntutan dan kehendak Islam bagi mengatasi perpecahan. Akan tetapi hasrat murni itu berkubur apabila perbincangan PAS dengan Pakatan Pembangkang yang lain memutuskan idea itu ditolak tatkala semua orang menyokong termasuk dari UMNO, NGO, Mahasiswa, ahli Agama termasuk Mufti.2009 All Rights Reserved One Manekurai. One Murai. One Kelate..
Templates created by Deluxe Templates • Modify by Najib'Palace