KUALA KRAI 22/6: Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ustaz Shahbudin telah menerangkan dalam salah satu sesi ceramahnya yang berlangsung di petiundi Manek Urai Baru bahwasanya Umnolah yang sebenarnya memperjuangkan Islam di Malaysia.
Beliau menjelaskan kenapa rakyat harus mempertahankan Umno. Menurut beliau sudah sekian lama Umno telah terbukti memartabatkan Islam dan umat Melayu di Malaysia dengan membina prasarana prasarana seperti masjid, sekolah, university institusi keewangan dan lain lain lagi bersangkutan dengan pembangunan islam. Apakah itu tidak dinamakan Islam. Pakatan pembangkan pada dasarnya memang tidak melihat agama sebagai tunggak perjuangan kerana mereka menganggap agama itu sama rata. Menurut beliau rakyat harus pandai memilih pemimpin yang dapat memajukan Islam dan umat Melayu.
Beliau telah menyentuh tentang kepimpinan Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng dimana mereka tidak membenarkan surau dibina disetiap Perumahan yang baru dibina, walaupun pada dahulunya Kerajaan Barisan Nasional telah mewajibkan setiap perumahan wajib mempunyai surau. Mengapa Pas membisu, tidak berkata apa apa seperti lembu di cucuk hidung.
Melalui Pakatan Pembangkang Pas hanya mampu mendengar dan melihat seterusnya hanya terpaksa akur dengan agenda DAP dan PKR. Pas sudah kehilangan arah tuju dan menghilang bersama ’membangun bersama Islam’. Berlainan dengan Umno dan BN tetap ukuh dan padu demi memartabatkan bangsa agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment