Manik Urai-25 Jun. Pengundi di DUN Manek Urai kecewa. Orang Melayu di Manek Urai cukup merasa terkilan dengan keputusan PAS menarik diri saat akhir pembentukan kerajaan perpaduan. Tindakan PAS yang melebihkan kepentingan diri dan kebendaan telah menunjukkan berlawanan dengan kehendak, hasrat dan inspirasi majoriti orang melayu yang mahukan kerjasama erat antara UMNO dengan PAS bagi memwujudkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu.
Asalnya idea kerajaan perpaduan adalah daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merasakan idea itu selaras dengan tuntutan dan kehendak Islam bagi mengatasi perpecahan. Akan tetapi hasrat murni itu berkubur apabila perbincangan PAS dengan Pakatan Pembangkang yang lain memutuskan idea itu ditolak tatkala semua orang menyokong termasuk dari UMNO, NGO, Mahasiswa, ahli Agama termasuk Mufti.
No comments:
Post a Comment