Kuala Krai : Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin telah menghadiri majlis satu perjumpaan khas bersama jentera Barisan Nasional di Peti Undi yang berlangsung di SMK Laloh. Majlis ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Pehubungan Umno Negeri Kelantan Dato Mustapha bin Mohamed, Timbalan Pengerusi Senator Dato Dr Awang Adek Hussin beserta Ahli Badan Perhubugan Negeri, ketua Bahagian Umno K. Krai Dato Ramzi, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia YB Dato Razali Ibrahim, beserta sayap sayap pergerakan Umno Negeri dan juga bekas Ketua Umno Bahagian K. Krai Dato Wan Zaid.
Menurut orang Nombor 2 negara ini keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Manek Urai sangat penting kerana Manek Urai akan melakarkan satu sejarah baru kebangkitan Umno dan Barisan Nasional seandainya mendapat kemenangan dalam PRK ini. Ini merupakan landasan yang terbaik bagi Umno untuk menebus kekalahan di PRK kecil sebelumnya melalui 5 PRK BN hanya memenangi 1 kerusi daripadanya dan kerusi di Dun Penanti BN tidak menghantar calon. Penentuan keputusan PRK ini adalah satu hadiah yang terbaik bagi ahli Umno seluruh Malaysia. Kemenangan ini merupakan satu ubat bagi merawat luka dan juga satu suntikan semangat baru bagi mengukuhkan kedudukan Umno dalam negara.
Kemenangan Umno dan BN adalah tidak mustahil seandainya ahli Umno berikrar sehidup dak mustahilsemati bersama berjuang demi Umno dengan mencurah bakti jiwa dan raga, rela berkorban dalam pelbagai aspek moral maupun material yang diperlukan dalam PRK Manek Urai. TPM juga yakin dengan kebolehan dan semangat Dato Pa yang dilantik khas menjadi pengarah pilihanraya pada kali ini walupun pada kebiasaannya TPM yang akan menjadi pengarah pilihanraya. Pemilihan Dato Pa ini diharap dapat mencipta satu gelombang baru dalam arena politik di Kelantan Maupun di Malaysia.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin Umno dan BN pastinya dapat merealisasikan impian dan harapan tetapi dengan syarat hubungan perpaduan di kalangan Ahli Umno dapat ditingkatkan pada tahap tertinggi dengan menyelesaikan politik dalaman parti dalam suasana harmoni dan dengan semangat kekeluargaan. Ahli Umno juga dituntut supaya saling hormat menghormati, percaya mempercayai antara satu sama lain. Contoh terbaik seperti berlaku pada majlis ini dimana bekas Ketua Umno Bahagian K. Krai dan Ketua Bahagian Umno sekarang dapat duduk semeja berbincang untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.
Tan Sri juga menyentuh soal siapa calon yang terpilih itu adalah keputusan pucuk pimpinan parti setelah membuat penelitian yang terperinci. Kita sebagai ahli Umno yang berpegang teguh pada parti seharusnya memberikan dukungan dan sokongan padu kepada calon BN yang akan bertanding. Dengan komitmen yang tinggi, kesungguhan serta usaha yang gigih tidak mustahil Manek Urai akan menjadi salah satu kubu kuat Umno dan Barisan Nasional. Majlis diakhiri dengan jamuan teh dan beramah mesra gengan pemimpin Umno setempat. Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur Tan Sri sempat solat Asar di Masjid Laloh.
No comments:
Post a Comment