Monday, June 29, 2009

TUAN AZIZ KAMI ANGGAP MACAM ANAK SENDIRI

Manik Urai- “Makcik menitiskan air mata bila mendapat tahu Tuan Aziz di umumkan calon yang bertanding, dia baik dan layak”. Begitulah luahan seorang pengundi wanita di Manik Urai apabila mengetahui Tuan Aziz diumumkan sebagai calon BN untuk pilihanraya Kecil DUN Manik Urai. Malah ketika diumumkan sebagai calon yang akan bertanding hampir 4000 orang yang hadir melaung hidup Tuan Aziz menunjukkan bahawa pemilihan Tuan Aziz adalah pilihan rakyat bertetapan dengan slogan rakyat didahulukan.

Your browser may not support display of this image.

Sebelum itu teka teki siapakah wakil BN yang akan menentang calon PAS terjawab apabila Tuan Aziz Tuan Mat diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi BN di Kampung Sungai Sok Luar, dekat sini semalam.

Muhyiddin yakin Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai itu dapat memastikan BN menawan kerusi Manek Urai dan menjadikan ia sebagai titik permulaan kebangkitan parti itu di Kelantan.

"Kita yakin beliau berkemampuan, ada pengalaman dan kelulusan yang tinggi serta biasa dengan masyarakat setempat dan saya percaya beliau boleh menjadi wakil yang berkesan untuk seluruh pengundi di Manek Urai,'' katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman itu.

No comments:

Post a Comment