Tuesday, June 30, 2009

LAWATAN TOK PA KE SUNGAI SOK, MANEK URAI

Kuala Krai, 30 JUN 2009: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan Dato Mustapa Mohamed telah membuat lawatan ke Peti Undi Sg. Sok. Ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen pemimpin negeri ini dalam dalam melaksanakan tugas sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai.
Ini juga merupakan sokongan moral dari pemimpin negeri ini kepada seluruh jentera Barisan Nasional Dun Manek Urai dan menterjemahkan hasrat pucuk pimpinan parti kepada seluruh rakyat Kelantan. Pemimpin ini (Tok Pa) sangat komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada beliau demi melihat anak bangsa khususnya penduduk Manek Urai ini terbela dan mendapat manfaat yang menyeluruh daripada Kerajaan Pusat
.Tok Pa Menandatangani buku pelawat di peti undi Sg.Sok.

Tok Pa dalam mesyuarat di Pusat Operasi Barisan Nasional, Sg.Sok, Manek Urai.




No comments:

Post a Comment