KOTA BHARU 29 Jun – Berdasarkan kepada fakta kukuh calun BN Tuan Aziz boleh menang dalam pilihanraya kecil pada 14 July nanti. Peningkatan undi Melayu di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau adalah petanda yang positif, kebangkitan pengundi Melayu yang selama ini didodoi oleh pembangkang dengan berbagai isu yang dicipta dengan penuh penipuan. Disamping itu kemerosotan pengundi yang keluar mengundi DUN Penanti menandakan populariti pembangkang mulai merosot. Berdasarkan dua senario ini sudah cukop membuatkan Nik Aziz gundah gulana, ’bengkeng tak tentu pasal’.
Faktor calun juga memainkan peranan dalam menentukan kemenangan BN nanti. Dimana seorang Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Program Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini merupakan tokoh muda yang berwibawa dan dikenali ramai oleh pengundi yang berada dalam wilayah Kesedar.
Pemimpin BN, Muhyiddin yakin Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai itu dapat memastikan BN menawan kerusi Manek Urai dan menjadikan ia sebagai titik permulaan kebangkitan parti itu di Kelantan.
Alasan Muhyiddin ialah calun BN berkemampuan, ada pengalaman dan kelulusan yang tinggi serta biasa dengan masyarakat setempat dan saya percaya beliau boleh menjadi wakil yang berkesan untuk seluruh pengundi di Manek Urai.Malah katanya, pemilihan Tuan Aziz juga dilihat dapat membantu menarik lebih ramai sokongan kalangan muda yang dianggarkan sekitar 25 peratus daripada keseluruhan pengundi.
Kemenangan Tuan Aziz adalah kemenangan rakyat Manek Urai.
No comments:
Post a Comment