Monday, June 29, 2009

NIK AZIZ BOLEH DIPANAH

Menk Urai Lama 27 Jun – Pas mengumumkan calunnya Fauzi sebagai calun Pas yang akan bertanding pada 14 Julai nanti. Semasa mengumumkan calun Pas terdapat empat pemimpin Pas memberi ucapan. Diantaranya Saifudin, Lim Ka Sing, Hadi dan Nik Aziz. Kesemua penceramah Pas menyentoh mengenai royalti minyak kecuali Nik Aziz mengulagi lagi dengan mengatakan UMNO Parti Komunis.

Kehadiran penyokong Pas lebih kurang 5,000 orang, ramai dan hebat. Tapi setelah risikan dibuat rupa-rupanya Nik Aziz mengupah RM50 seorang penyokong Pas Pengkalan Chepa supaya hadir dalam majlis tersebut. Nik Aziz mengerahkan 3,000 penyokong Pas luar Manek Urai membanjiri perhimpunan itu. Kenapa Nik Aziz melakukan demikian?

Nik Aziz terpaksa mengupah penyokong Pas kerana takut atau bimbang majlis tersebut tidak ramai yang hadir. Kerana Nik Aziz takut kepada kehebatan Tok Pa sebagai pemimpin yang diterima oleh Rakyat Kelantan.

Nik Aziz sudah ’troma’ dengan kekalahan Pas dalam PRU 2004. Termasuk pengundi Manek Urai memberi sokongan kepada BN dibawah pimpinan Tok Pa dalam PRU 2004.

Perkara yang menarik dalam ceramah semalam dan muktakhir ini ialah mengenai perangai Nik Aziz yang semakin ‘pelek’. Mengikut orang tua-tua ada dua sebab kenapa seseorang itu berubah perlakuannya secara mendadak. Pertama kerana terlampau gembira dapat maki hamun kepada musuh. Kedua kerana sudah hampir mati.

Nik Aziz masih mengatakan dalam ceramahnya semalam UMNO adalah Perti Komunis. Siapapun tidak boleh menerima kenyataan itu sama ada orang UMNO atau Pas sendiri. Kerana dunia sudah mengetahui kekejaman komunis di negara ini. Komunis telah membunuh Melayu, komunis telah ‘bela’ perut wanita Melayu yang mengandung. Komunis lah yang mendera dan menghina orang Melayu. Apakah Nik Aziz jahil sejarah?

Biasanya apabila seseorang itu bercakap ’pelek-pelek’ itu adalah tanda dia nak mati. Ada logiknya Nik Aziz boleh mati bila-bila masa. Dan penyokong Pas dinasihatkan supaya menjaga Nik Aziz dengan baik dan mematuhi beberapa perkata. Pertama Nik Aziz sudah tua umur 80 tahun lebih, tarikh lahir Nik Aziz 1939 adalah tak betul kata seorang tua yang tinggal di Pulau Melaka dekat dengan rumah Nik Aziz. Sepatutnya Nik Aziz seusia dengan ’ambo’ umur 84 tahun sekarang. Kedua kesihatan Nik Aziz tidak mengizinkan beliau berkeliaran kesana-kemari. Dalam tubuh Nik Aziz ada ’batteri’ yang kuasanya semakin lemah sekarang. Batteri itu perlu ditukar atau ’charges’ semula. Yang membimbangkan batteri itu boleh disambar kilat atau petir, nyanya Nik Aziz.

Selepas majlis pengistiharan calun Pas semalam, ada sebuah kedai kopi di Manek Urai Baru yang dipenuhi dengan penyokong Pas seramai 20 orang , semua pakai ’kopiah’ sama dengan ’kita’. Mereka beranggapan kita juga ’orang Pas’ sebab kita pakai serban. Ada suara sedih dan marah keluar dari salah seorang kumpulan itu dengan mengatakan Tok Guru munafik kerana sebelum ini telah berjanji calun Pas terdiri dari anak tempatan Manek Urai, tapi bagi kepada Fauzi budak DUN Gucil. Ahli Pas Manek Urai kecewa.

No comments:

Post a Comment