Monday, June 29, 2009

PAS KUBURKAN CADANGAN MENUBUH NEGARA ISLAM

MANEK URAI22/6: Ustaz Affandi Yusoff dalam ceramahnya yang berlangsung dipusat khidmat rakyat Dun Manek Urai membidas dan menjawab persoalan yang berlegar dalam politik Pas. Menurut Affandi yang juga sebagi Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pilihanraya kali ini berbeza dengan pilihanraya yang lepas. Pilihanraya pada kali ini tidak kedengaran lagi isu isu kafir mengkafir, firaun laknatullah, kerana apa yang mereka katakan dulu (Pas) sekarang sudah mereka lakukan sekarang ini.

Dahulu mereka mengatakan bahwasanya Umno ini tidak Islam kerana bergabung dengan parti komponen lain seperti MCA, MIC, GERAKAN dan lain lain lagi. Mereka berkata barang siapa yang berbaik baik dengan orang kafir mereka itu sebenarnya termasuk golongan orang orang kafir. Tapi kenyataannya sekarang apa yang sudah terjadi? Pemimpin Pas sudahpun pandai berkawan dengan orang bukan islam, berdakapan satu sama lain apakah ini yang dikatakan kepada Umno dulu kafir? Kalau dahulu umno dikatakan kafir sekarang ini apakah gelaran sesuai diberikan kepada PAS????????? Dua kali kafir.

Apa jenis politik yang digunakan oleh Pas, mereka sanggup menghalalkan segala cara, dahulu tidak boleh sekarang boleh, dahulu haram sekarang halal hanya untuk kepentingan peribadi mereka yang bernama pemimpin Pas yang bertopengkan Islam. Dimanakah slogan “ membangun bersama Islam” yang dilaungkan dan menjadi dasar kepada perjuangan mereka. Apakah mereka sebenarnya takut meneruskan agenda itu, atau mereka takut kepada DAP kerana Karpal Singh pernah berkata kalau Pas ingin mencadangkan Hukum Hudud dinegara ini pemimpin Pas harus langkah mayatnya dahulu. Apakah ini yang menyebabkan hukum hudud yang dicanangkan selama ini terkubur di tengah jalann.

Afandi juga ada menyentuh ucapan dasar Pemimpin Pas pada muktamar baru baru ini. Beliau amat tertarik ucapan Presiden Pas dan beliau merasakan Hj Abdul Hadi sudah melihat dan merenung dengan jauh sekiranya ingin melihat kejayaan orang melayu dan islam mereka harus bersatu padu. Umat Islam di Malaysia maupun di seluruh dunia harus bersatu padu demi melihat masa depan orang islam terus terbela dan maju. Cuba kita lihat di Palestin Umat Islam di sana berperang antara Hamas dan Fatah belum lagi mereka hendak melawan Israel. Bagimana mereka dapat mencapai kemenangan seandainya seluruh umat islam di Palestin saling bercakaran dan menjadi pengemis di tanah air sendiri.

Ini juga mungkin berlaku di Malaysia sekiranya orang Islam disini saling bercakaran, fitnah memfitnah dan saling memburukkan hingga merosakkan perpaduan di antara umat islam di Malaysia. Umno sudah melihat dan sentiasa menjaga kepentingan perpaduan rakyat Malaysia. Dengan kemajuan yang telah dirancang tanpa membelakangkan agama Negara Malaysia akan terus aman dan maju Baldatun Toyyibah Warobbun Ghofur dibawah panji Satu Malaysia itulah slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

No comments:

Post a Comment