Wednesday, August 5, 2009


Tok Pa Amat Disenangi Rakyat Kelantan

BILA TOK PA JADI PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN

KOTA BHARU 6 Ogos- Rakyat Kelantan kadang kala 'dialihkan' fokus dalam menyambut kehadiran seseorang pemimpin yang baru di negeri ini. Apabila Tok Pa dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berbagai isu telah berbangkit dalam negeri Kelantan atau luar Kelantan, yang sekali gus seolah-olah mencabar kewibawaan beliau.

Apabila Tok Pa dilantik ujian pertama ialah Pilihanraya Kecil Manek Urai. Dalam tempoh PRK itu Nik Aziz melenting membabi buta. Antaranya isu yang terjadi ialah kerajaan perpaduan, UMNO sama dengan ajaran Ayah Pin dan komunis. Isu Datuk Zaid masuk PKR juga merupakan isu besar bagi politik Kelantan.

Isu yang masih hangat yang dipalu oleh Pas ialah soal royalti minyak. Nik Aziz berusaha untuk mendapat 'duit mudah' itu dari kerajaan persekutuan. Tengku Razaligh menyokong dan menyatakan Kelantan berhak mendapatkan royalti itu. Katanya beliau masih ingat sejak dulu lagi. Persoalannya kenapa sekarang Tg Razaligh memperakukan?

Penganalisis dan penulis blog mulai memberi pendapat bahawa kepentingan rakyat perlu diutamakan dari kepentingan politik dalam soal royaliti itu. Itu lah perangai blogges pro Pas. Kalau isu kepentingan Islam dan Melayu tidak dibela bahkan menyokong DAP untuk kepentingan Pas. Amat sempit pemikiran mereka walaupun tersohor sebagai penulis yang terkenal tapi dangkal idea dan hujah.

Kenapa semua itu terjadi semasa Tok Pa jadi Pengerusi UMNO Kelantan?


Ibrahim pejuang bangsa

Walaupun begitu Tok Pa harus berterima kasih kepada Dato Ibrahim Ali kerana sepanjang PRK Manek Urai beliau bukan beban kepada UMNO Kelantan.

Itulah senario politik setakat ini di Kelantan.

No comments:

Post a Comment