Tuesday, August 11, 2009

Pas tetap setia walau prinsip tidak dihormati

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.
''Apa sahaja isu dan masalah yang timbul walaupun membabitkan prinsip kami tidak dihormati, kami tetap bersama pakatan pembangkang.
''Kami akan duduk berbincang dan menyelesaikan segala konflik yang melanda dengan bijak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Komen:
Pas hilang maruah dan merendahkan martabat Islam. Pas gagal menjunjung Islam sejak dulu lagi, hari ini Pas menyokong DAP yang jelas memijak Islam bererti Pas turut sama memijak Islam. Umat Islam sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Pas yang secara terang mangaku bahawa walau pun menggadaiakn prinsip Pas tetap setia kepada kafir harbi. Ingat prinsip Pas boleh digadai tapi Maruah dan Martabat Agama Allah wajib dipertahankan. Pas boleh hancur bila-bila masa tapi Islam kekal selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment