NAJIB SEORANG NEGARAWAN
KG BESUT 7 Ogos- Kamus Dewan edisi keempat (2007) negarawan ialah :orang yang mahir benar dengan cara-cara pemerintahan negara. "
"Pemimpin politik yang sangat dihurmati kerana sifat-sifatnya (seperti kebijaksanaan, kejujurannya, dll) yang unggul."
Pidato dan percakapan adalah sebahagian daripada kepimpinan maka bahasa adalah mengambarkan keperibadian bangsa. Penggunaan bahasa percakapan Najib telah mengatasi bahasa yang digunakan oleh seorang ulamak. Kaedah berbahasa Nik Aziz harus belajar dari Najib.
(Petikan UM 6 Ogos 2009)
Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata: "Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyumnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap corridor of power untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya.
Ditanya sama ada kenyataan seumpama itu dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, Perdana Menteri berkata, hubungan dengan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang bukan hubungan yang perlu dibangunkan dari segi keserasian, yang bererti ia tidak boleh berlaku pada tahap keserasian yang tinggi dalam masa yang singkat.
Tetapi katanya, apa yang penting keikhlasan dan sikap saling hormat menghormati yang dapat ditunjukkan oleh kedua-dua pemimpin.
"Inilah yang menjadi hasrat saya dan ini saya buat secara ikhlas kerana yang saya pentingkan ialah rakyat, rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya kerana sebagai Perdana Menteri saya juga Perdana Menteri kepada semua, saya mahu berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment