Monday, August 3, 2009



PERMATANG PASIR: RAKYAT BOSAN SENARIO 2004 BERMULA KEMBALI.

TANAH MERAH 4 Ogos- Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Permatang Pasir yang akan ditentukan tarikhnya oleh SPR tidak berapa lama lagi akan merupakan PRK yang lesu dan membosankan.

Rakyat Permatang Pasir terlalu muak dengan permainan politik Anwar dan PKR. Mereka beranggapan Pilihanraya sudah menjadi 'mainan' kanak-kanak.

Ini adalah pilihanraya kecil kali ketiga di kawasan Permatang Pauh sejak pilihanraya umum Mac 2008 . Pertama di kerusi parlimen Permatang Pauh berikutan perletakan jawatan Wan Azizah untuk memberi laluan kepada Anwar, Mereka menggunakan kerusi parlimen seperti harta pusaka dan rakyat diperkudakan. Kedua pilihanraya kecil Penanti ekoran perletakan jawatan Fairus pada 31 Mei. Untuk menyelesai krisis dalam PKR maka sekali lagi rakyat di perbodohkan.
Berdasarkan keputusan pilihanraya umum Mac 2008 kawasan DUN Permatang Pasir juga merupakan kawasan 'sukat' bagi Barisan Nasional. Calun Pas Hamdan menewaskan calon BN, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Terdapat seramai 20,350 pengundi di kawasan itu . PAS dapat 11,004 manakala BN 5,571.

Dalam pilihanraya umum 2004, Hamdan yang juga calonya mengalahkan calon BN Md.Isa Ramli dengan majoriti 679 undi. Majoriti yang kecil diperolehi oleh Pas dalam PRU 2004 menunjukkan asas kukuh rakyat Permatang Pasir boleh memberi kemenangan kepada BN.

Senario PRU 2008 menunjukkan kesukaran kepada BN tetapi angin perubahan sedang melanda Permatang pasir menyebabkan "pasir" akan berubah menjadi situasai PRU 2004. Jika rakyat kembali menunjukkan prestasi PRU 2004 maka Pas akan kecundang dalam PRK nanti.

Yang penting UMNO perlu bersatu dan bekerja. Kemenangan akan datang denagn sedirinya.

No comments:

Post a Comment