Wednesday, August 5, 2009



KELANTAN 'PITIS' SUDAH HABIS - NIK AZIZ PENING KEPALA

KOTA LAMA 5 Ogos - Dua keratan akhbar yang membincangkan dua isu yang menarik yang sedang berlaku di Kelantan.
Isu pertama Husam minta Najib bayar royalti sebelum Aidilfitri !. Maknanya Kerajaan Nik Aziz dah 'gadai gobek' memerintah Kelantan. Semua ini berlaku angkara anak menantu dan keroni Nik Aziz dan perangcang strategi kewangan yang bijak Husam Musa.
Duit kerajaan Pas dah habis, semua projek rugi termasuk 'bela' kambing jamnapari pun rugi RM5 juta. Kerajaan Pas tersepit setelah berjanji membayar pampasan insuran takaful setelah rakyat Kelantan mati. Janji Nik Aziz jika mati Nik Aziz akan bayar RM3 ribu. Tapi yang berlaku setelah mati bayar RM500 sahaja. Nik Aziz telah menipu bukan sahaja orang hidup tapi juga orang yang telah mati. Sekarang duit untuk bayar pampasan insuran takaful terlalu banyak keluar sehingga tidak tertanggung lagi. Pitis sudah habis. Rakyat tetap akan menuntut janji.
Jika duit takaful ini tidak dibayar maka rakyat akan bangkit menentang Nik Aziz, maknanya pilihanraya yang ke 13 tersungkurlah Pas dipintu kubur.
Sebab itu lah Nik Aziz mengarahkan Husam minta duit royalti cepat-cepat. Mungkin Nik Aziz banyak kali dah bisik kepada Najib pasal duit itu.
Sepatutnya isu royalti merupakan senjata untuk pilihanraya yang ke 13, tapi kerana 'pitis' kering kote dah, maka terpaksa minta awal.
Rakyat Kelantan sedarlah Kelantan hancur dibawah Pas yang diterajui oleh Nik Aziz dan kroninya.



Isu yang kedua ialah kes jenayah di Kelantan meningkat. Kenapa jenayah semakin meningkat di Kelantan?. Ini adalah kerana tidak ada peluang pekerjaan yang disediakan oleh Nik Aziz, ramai remaja yang menganggur. Kemiskinan masih tidak dapat diselesaikan oleh Nik Aziz. Setelah ditanya kenapa rakyat kenapa Kelantan miskin, baso dia dah.
Dua isu ini merupakan 'hantu' kepada Nik Aziz. Rakyat akan bangkit menentang Pas dalam pilihanraya yang ke13 nanti.

No comments:

Post a Comment