Saturday, August 8, 2009


ORANG MELAYU MULAI MENERIMA BAHAWA UMNO TIDAK ISLAM

PULAU MELAKA 8 Ogos- Sekarang ini banyak isu lama berjaya diperbaharui oleh pembangkang. Seperti isu ISA yang sudah lebih 50 tahun dilaksanakan dinegara ini. Isu DEB yang dimainkan oleh Anwar juga merupakan isu lama. Soalnya kenapakah orang Melayu baru sekarang membantah? Adakah bantahan yang ditunjukkan dalam demontrasi hapus Isa yang lepas merupakan isu pokok kepada isu yang sebenarnya?
UMNO masih belum menemui jawapan yang sebenarnya. Isu ISA,DEB,Kemiskinan, tol dan sebagainya adalah bukan isu sebenar. Isu sebenar ialah Pas berjaya menanam dalam hati orang Melayu bahawa UMNO tidak Islam.
Nik Aziz memainkan isu ini sejak dulu lagi, bukan setakat mengatakan UMNO tidak Islam, UMNO Sekular, UMNO sama dengan ajaran ayah pin, sama dengan Komunis bahkan Nik Aziz meletakkan UMNO tempat yang paling hina dengan mengatakan 'jahanam lah UMNO'.
Orang Melayu sudah boleh menerima Pas itu Islam, sebab itulah apa saja yang dikatakan oleh Nik Aziz mereka menerima semuannya. Pas sudah berjaya meletakkan Nik Aziz tempat yang tinggi sehingga tidak siapa pun berhak mengkritiknya walaupun Perdana Menteri.
Inilah isu yang sebenarnya. UMNO bukan Islam merupakan isu yang paling berat terpaksa diselesaikan segera oleh UMNO. Jasa dan kehebatan pemimpin UMNO membangunkan negara ini diiktiraf oleh antarabangsa dan negara islam lain tetapi UMNO bukan Islam. Orang Melayu menolak UMNO.
Sokongan yang diberi oleh orang Melayu selama ini kepada Pas ialah kerana Pas itu Islam dan UMNO bukan Islam. Sokongan orang melayu kepada UMNO semakin terhakis kerana UMNO tidak Islam.
Apakah benar UMNO tidak Islam dan Pas itu Islam?

No comments:

Post a Comment