Friday, August 21, 2009

TUDUHAN NIK AZIZ BAHAWA MAJLIS FATWA TIDAK PROFESIONAL DAN DIPENGARUHI OLEH PIHAK LAIN DALAM MEMBERIKAN KENYATAAN BERKENAAN SYURGA DAN NERAKA.

Ustaz Mohd Afandi Yusof

Pemuda UMNO Malaysia menyokong sepenuhnya, keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja Melayu, bahawa ketentuan syurga neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Maknanya Allah berkuasa untuk menganugerahkan syurga atau neraka berdasarkan kepada amalan soleh dan perbuatan dosa yang dilakukan didunia. Perkara ini cukup jelas dalam al Quran dan hadis.

Hujah Nik Aziz mengatakan kalau rasuah, hisap dadah belum tentu masuk syurga atau neraka, memang benar kerana ketentuan masuk syurga atau neraka berdasarkan kepada perhitungan dosa dan pahala serta neraca timbangan amal kebajikan diakhirat. Sesiapa yang banyak melakukan dosa didunia, tidak kira UMNO atau Pas, maka nerakalah tempatnya, demikianlah juga bagi manusia yang beramal soleh, banyak amalan kebajikan semasa didunia, syurgalah tempatnya. Itulah maksudnya “hak mutlak Allah”, bukan hak mutlak Nik Aziz.

Jadi kalau Nik Aziz nak syer kuasa dalam urusan pengagihan syurga neraka, itu suatu perkara yang menyeleweng dalam urusan agama. Barangkali syurga yang didakwa oleh Nik Aziz itu “syurga Pas”, manakala syurga yang diputuskan Majlis Fatwa adalah “Syurga Allah”.

Persoalannya, kenapa hanya ahli UMNO sahaja yang tidak masuk syurga? Sedangkan ahli PKR dan DAP yang beragama Islam dijamin oleh Nik Aziz sebagai selamat. Pemuda UMNO mencabar Nik Aziz mengeluarkan fatwa, apakan status ahli kedua parti itu masuk syurga atau neraka kerana kedua-dua parti tersebut langsung tiada agenda perjuangan untuk Islam. Bagaimana status ahli Pas, PKR dan DAP yang rasuah, yang salah guna kuasa, yang menipu, mereka akan masuk syurga atau neraka?

Apa yang dilakukan oleh Nik Aziz sekarang, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menghidupkan semula isu takfir, isu menolak hukum hudud Allah, isu agama suku politik suku, kerana disitulah tunjang kekuatan Pas yang sebenarnya, namun kini, semua tuduhan palsu tersebut sudah terkena atas batang hidung Pas sendiri.

Kalau lah Pas dan GMI mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah ISA, sedangkan ISA itu bukan merupakan perintah mutlak Allah dalam al Quran, kenapa Pas tidak mengadakan demonstrasi mendesak kerajaan di negeri Pakatan Rakyat melaksanakan hukum hudud, mengikut fiqh awlawiyyat, itu lebih utama daripada membantah ISA kerana hudud adalah hukum Allah. Pas dicabar berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment