Monday, July 13, 2009



HARTA MILIK NIK AZIZ DAN KELUARGA BERNILAI RM10 JUTA

SEKOLAH MILIK NIK AZIZ BERNILAI RM 6 JUTA


KEDAI LALAT 13 July - Sekolah Agama persendirian kebanyakan yang ada di Kelantan adalah milik persendirian. Makna milik persendirian ialah tanah dan bangunan hak peribadi atau milik keluarga. Nik Aziz memiliki Kompleks Sekolah Maahad Darul Anwar ( sempena nama Anuwar Ibrahim). Nik Aziz membesar sekolah ini dengan cepat dalam tempoh 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan sebuah Kompleks Sekolah Agama terbesar milik persendirian di negara ini.

Sebelum ini sekolah Nik Aziz dapat menampung 500 orang murid sahaja. Tapi sekarang boleh menampung 2,000 orang pelajar dengan asrama disediakan. Setiap pelajar dikenakan bayaran mengikut tahun pengajian masing-masing.

Pada tahun 1990 Nik Aziz mengeluarkan arahan supaya mana-mana majlis rasmi yang dihadiri oleh beliau penganjur tidak perlu menyediakan hadiah atau saguhati, kerana itu duit rakyat. Tetapi pada tahun 2005 sebuah syarikat Cina telah membina secara percuma bangunan 4 tingkat dalam komplekas sekolah itu sebagai hadiah kepada Nik Aziz.




No comments:

Post a Comment