Thursday, July 9, 2009

ADUN galas kini uzur hidap barah perut
Posted on Julai 9, 2009 by HermanSamsudeen

Che Hashim Sulaima KOTA BHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS kawasan Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaima, 45, kini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat kanser perut.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau telah menghubungi Che Hashim semalam dan bertanya khabar mengenai keadaan ADUN itu.

“Semalam saya hubungi dia, memang dia sakit barah dan uzur sekarang ini. Dia menjalani proses kimoterapi di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di Kota Darulnaim di sini Khamis.

Menurut sumber rakan terdekat Che Hashim berkata beliau kini sentiasa berulang-alik dari kawasannya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi penyakitnya itu, yang kini berada di tahap empat.

Komen: Nik Aziz memang tertekan dengan ujian Allah diatas keangkuhan dan menfitnah sesama Islam. Jika diizinkan Allah N41 Manek Urai dimenangi oleh BN maka ......Lebih mudah BN untuk memenangi kerusi DUN Galas, kerana itu adalah kubu kuat BN 'kalau kerusi DUN Galas kosong'. Jadi Nik Aziz akan bermati matian untuk mengekalkan kemenangan Pas di DUN Manek Urai.

No comments:

Post a Comment