Wednesday, July 22, 2009


NAJIB PERLU MEMPERKASAKAN MAJLIS FATWA.

PENGKALAN KUBUR 22 July – Rakyat dinegara kita sekarang sedang dikelirukan oleh banyak 'fatwa' yang dikeluarkan oleh orang yang mengaku dia itu 'Ulamak', terutama 'Ulamak Politik'. Disamping itu isu yang lebih rumit ialah tahap penglibatan orang Islam dalam upacara ibadan agama lain, yang boleh menjejaskan akidah seseorang Islam.

Nik Aziz pernah menghadiri upacara bakar mayat buddha, Nik Aziz pernah menyampaikan 'kain kuning' atas perlantikan sami buddha, perkara ini disanggah sendiri oleh Ketua Ulamak Pas masa itu Mat Iraq. Bulan lepas Nik Aziz mengeluarkan fatwa bahawa UMNO tolak Islam. Harun Taib juga mengatakan perkara yang sama. Fatwa terbaru ialah yang dikeluarkan oleh Ustaz Husam Jamnapari Musa, yang membolehkan Niza mengikuti upacara Kristian.

Kerajaan sebelum ini banyak memperkasakan institusi tertentu seperti Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegah Rasuah, kebetulan sesuai dengan kehendak dan tuntutan pembangkang, maka sekarang sampai masanya kerajaan memperkasakan kembali Majlis Fatwa Kebangsaan yang dijadikan pusat rujukan tunggal mengenai sesuatu hukum.

Apa yang menyedihkan sekarang ialah Ulamak Pas (Parti Ajaran Sesat) dilihat lebih 'berautoriti'. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa yang mengelirukan rakyat. Hadi dengan fatwanya sehingga wujud solat dua imam dalam satu masjid. Nik Aziz dengan fatwanya, Tuhan mencarut, Tuhan samseng dan lain-lain lagi.

Apa yang membimbangkan ialah umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya keliru dengan fatwa Pas sehingga orang bukan Islam menjadi berani menyanggah hal-hal agama Ialam. Seperti LimGuan Eng mempersendakan orang lelaki Islam boleh kawin empat, sedangkan wanita Islam tidak boleh, dikatakannya 'Islam double stunderd'. Orang Bukan Islam mulai berani menggunakan Ayat Al Quran untuk berhujah menentang orang Islam (UMNO) untuk kepentingan politik DAP.

Suasana ini tidak boleh dibiarkan tanpa had. Yang menerima akibah ialah umat Islam sendiri sama ada dalam Pas atau UMNO. Apa yang penting Najib harus memperkasa Majlis Fatwa dengan menguatkuasakan undang undang yang sedia ada dan jika perlu digubal undang-undang yang baru, supaya rakyat mendapat keadilan yang sewajarnya. Majlis Raja-Raja boleh memainkan peranan lebih aktif dalam soal ini. Ternyata sekarang bukan setakat isu fatwa sahaja
dipermain-mainkan oleh Pas dan DAP tetepi institusi Raja juga mulai dipertikaikan.

Memperkasakan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah jalan terbaik untuk keadilan dan kesejahtareaan rakyat, sejajar dengan selogan Satu Malaysia.

Kupasan mengenai istilah, skop fatwa, dan bagaimana fatwa dikeluarkan adalah sudah termaktub dalam peraturan yang sedia ada seperti yang terdapat dalam e -fatwa.

Dari segi Bahasa

memberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama

Dari Segi Istilah

Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.

Fatwa

Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.
Proses Mengeluarkan Keputusan

Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah samada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan.

Syariat Fatwa Dalam Islam

Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

Skop Fatwa

Isu atau maalah yang timbul dalam msayarakat dan belum jelas hukum mengenainya.P endapat yang berbeza antara ulama yang memerluan pemilihan(tarjih).

Isu-isu yang telah difatwakan di negar-negara lain yang perlu isesiakan mengikut keadaan setempat.

Isu-isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam.

Fatwa Di Malaysia

Fatwa adalah satu unsur penting dalam kehidupan masyarakat Islam. Kemajuan Sains dan Teknologi yang dinamik di Malaysia telah menimbulkan beberapa persoalan baru yang memerlukan huraian menerusi fatwa.

Jabatan Mufti negeri-negeri di seluruh Malaysia memainkan peranan penting bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) bagi mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebagai sekretariat, Jabatan Mufti dan JAKIM mengadakan persidangan dan muzakarah semasa bagi membincangkan sesuatu isu dan perkara yang belum diputuskan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam. Jawatankuasa ini akan mengundang pihak tertentu mengikut bidangnya yang boleh membantu bagi membincang dalam usaha menyelesaikan sesuatu permasalahan. Beberapa asatizah dan cendekiawan yang berpengalaman juga merupakan ahli di dalam jawatankuasa ini bagi tujuan memperluaskan perbincangan dan sebagai usaha menjadikan mereka pelapis di masa hadapan.

Bagaimanakah Fatwa dikeluarkan

1. Perlu dikaji dan dibentangkan di dalam jawatankuasa.
2. Lazimnya mengikut pendapat muktamad dalam mazhab Syafie Jawatankuasa Fatwa berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3. Mengikut kaedah fiqh Al-Aulawiyyat iaitu meletakkan sesuatu pada kedudukan yang sewajarnya samada dari segi hukum, nilai mahupun pelaksanaanya.Perkara/Amalan yang lebih utama hendaklah didahulukan berdasarkan penilaian syariat dan akal.
4. Jawatankuasa fatwa akan merujuk kepada pendapat-pendapat, sahabat,tabiin, imam imam mazhab dan fuqaha dengan mengadakan penelitian dalil-dalil dan implikasinya.

SUMBER RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim
Al-Sunnah Al-Nabawiyyah
Al-Ijmak
Al-Qiyas
Ijtihad Ahli Al-Fuqaha Semasa

No comments:

Post a Comment