Sunday, July 12, 2009


NASHARUDIN DAH TIBA DI MANEK URAI - HUSAM MASIH MURKA

CUCH PUTERI 12 July - Jentera Pas masih bercakap mengenai kehadiran Nasharudin datang ke Manek Urai untuk berkempen membantu Husam. Walau pun Husam tidak setuju tapi terpaksa tunduk kepada kehendak pucuk pimpinan Pas yang memutuskan bahawa Nasharudin harus datang ke Manek Urai walau pun Nasharudin terpaksa sujud dan cium tangan kepada Nik Aziz.

Jentera Pas yang pro Nasharudin mengatakan bahawa kehadiran Nasharudin mengambarkan Husam sudah hilang kuasa setelah kalah dalam pertandingan merebut jawatan Tim Presiden Pas. Nik Aziz mulai menerima hakikat bahawa kuasa sebenar berada dalam tangan Hadi. Kehadiran Nasharudin juga mengambarkan bahawaPas Kelantan meragui kepimpinan Husam. Perkara ini juga menyebabkan Nik Aziz menerima kenyataan bahawa Pas akan kalah pada 14 Julai nanti jika kelompok Husam masih menguasai Manek Urai. Husam banyak melakukan kesilapan sehingga menyebabkan Pas goyah. Pas harus kenal siapa Husam?

No comments:

Post a Comment