NIK AZIZ MULAI 'KABA'
PULAU SERATUS July 26- Dalam minggu ini ada sesuatu yang menarik telah berlaku dalam arena politik tanah air. Perkembangan terbaru dalam PKR dimana setelah Zaid masuk PKR, bekas menteri, diikuti oleh Chua juga bekas menteri dan terbaru Subra bekas Setiausaha Parlimen juga masuk PKR. Apa yang jelas seorang orang Melayu masuk PKR, dua bukan Melayu masuk PKR. Ini menandakan bukan Melayu semakin nampak peluang untuk memegang kuasa dinegara ini melalui PKR kerana Melayu dalam PKR tidak mendominasikan kuasa lagi.
Perkembangan ini perlu diperhatikan oleh Pas. Pas tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kemasukan bukan Melayu dalam PKR. Strategi yang dilakukan oleh Anwar itu adalah untuk mengekalkan penguasaan kerusi atau kuasa sebagai parti pembangkang mengatasi Pas dan DAP. PKR berusaha bersungguh-sungguh untuk mendominasikan wakil parlimen dalam pilihanraya yang akan datang.
Apa maknanya ini semua?
Anwar sudah 'cucuk' belakang Nik Aziz dan Karpal Sing. Pas ternyata gagal memujuk Zaid supaya menyertai mereka, manakala DAP gagal memikat Chua dan Subra supaya menyertai DAP.
Pemimpin Pas dan DAP yang 'bijak sana' perlu berhati-hati dengan stretagi PKR !!!.
Mungkin atas perkembangan inilah yang membuatkan Nik Aziz mulai berlembut dengan UMNO.
Nik Aziz perlu mengambil sebagai iktibar, apa yang telah berlaku di Perak, jika Pas bersetuju menubuh kerajaan bersama dengan UMNO, sudah pasti kerajaan campuran Pas UMNO masih teguh sehingga sekarang. Tapi kerana Pas tamak dan angkuh maka Allah telah meruntuhkan kerajaan jijik campuran Pas DAP. Allah merestui penubuhan kerajaan BN di Perak. Insyaallah akan kekal selama-lamanya.
Nik Aziz selalu menyebut ayat quraan yang bermaksud;' orang mukmin itu bersaudara'. tapi Nik Aziz ingkar ayat Allah dengan menolak UMNO (Islam) dan menerima kafir (DAP). Jika Nik Aziz berdegil untuk mengamalkan ayat tadi tunggu lah seksaan Allah...dan sekasaan Allah itu amat pedih.
No comments:
Post a Comment