Monday, July 13, 2009

TEROPONG !!!!!

JENTERA PKR DAN PAS SUDAH JADI PELANCUNG POLITIK

PEHI 13 July- Pertambahan jentera PKR dan Pas secara mendadak menunjukkan Pas amat terdesak untuk mempertahankan N41 Manek Urai, mungkin esok hari terakhir untuk Pas. Apa yang sedang berlaku semenjak pagi tadi hingga sekarang petugas luar dari Kelantan, iaitu dari PKR dan Pas tidak mempunyai tujuan yang khusus atau pedoman untuk memulakan gerakan. Mereka kebanyakannya menjadi 'pelancung politik', mengunjungi gerai-gerai yang dibina oleh Pas, yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.


Jentera luar PKR dan Pas tadi terjadi demikian kerana jentera Pas tempatan sudah menolak secara total pertolongan mereka. Jentera Pas tempatan yang mulai memahami hasrat tersembunyi PKR dan DAP menyokong Pas habis-habisan kerana mempunyai matlamat untuk menghapuskan Melayu dari bumi ini. Mereka datang dengan menunjukkan segala kemewahan seperti kereta besar, berbelanja hebat, bercakap macam orang kaya-kaya, sedangkan jentera tempatan 'kering kontang' atau 'kija saja', 'bare nya behe ke demo'.

No comments:

Post a Comment