Saturday, July 18, 2009

Hak istimewa Melayu tetap dipertahan selagi UMNO berkuasa - Muhyiddin

KUALA KANGSAR 18 Julai - Segala hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara akan terus dipertahankan selagi UMNO berkuasa, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“UMNO sedar tanggungjawabnya sebagai parti yang membela orang Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas dekat sini hari ini.

“Itulah perjuangan kita dahulu, sekarang dan insya-Allah pada masa-masa yang akan datang. Ini adalah perkara yang cukup penting yang kita tidak boleh abaikan,” katanya. - Bernama

Komen: Nik Aziz awal-awal lagi menolak dominasi orang Melayu. Belum memerintah Malaysia, Hak Istimewa Orang Melayu (HIOM) Nik Aziz akan hapuskan.

Nik Aziz akan hapuskan, tapi sahabat karib yang bergelar 'Umar Abdul Aziz' Lim Guan Eng sudah hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu di Pulau Pinang, 30% hak bumiputra dihapuskan. Bukan setakat itu sahaja kedudukkan Agama Islam pun sudah tergugat. Seperti pembinaan Surau atau Musalla tidak diwajibkan dalam kawasan perumahan yang baru di Pulau Pinang.

Pemimpin Pas bukan buta mata tapi buta hati

No comments:

Post a Comment