Saturday, July 11, 2009

TEROPONG !!!!!

GURU YIK DIPAKSA OLEH NIK AZIZ KE MANEK URAI


SUNGAI PAS 11 July - Dua minggu yang lepas Yayasan Islam Kelantan (YIK) mengadakan program Guru YIK seramai 200 orang bersama Nik Aziz di Perdana Resort PCB Kota Bharu Kelantan. Dalam ucapan Nik Aziz, beliau telah mengarahkan semua Guru YIK menyokong perjuangan Pas dan berkhidmat terus dalam pilihanraya DUN Manek Urai.

Guru Yik berkeliaran seluruh Manek Urai. Tinjauan telah dibuat dalam kalangan Guru YIK yang bertugas dalam kawasan pilihanraya kecil sekarang ini didapati program perjumpaan kelompok kecil yang dibuat tidak mendapat sambutan penduduk tempatan, kecuali ziarah dari rumah kerumah kerana ada habuan dan 'RM'. Perjumpaan demi perjumpaan, Guru YIK telah bertukus lumus untuk menarik perhatian penduduk supaya menyokong Pas tetapi mereka masih kecewa.

Dalam kalangan Guru YIK sendiri didapati ada yang tidak berminat untuk berkerja kepada Pas.

No comments:

Post a Comment