Wednesday, July 15, 2009


Agama untuk politik...beliau berjaya

NIK AZIZ PATUT DI TAHAN ISA

PULAU MELAKA 16 July- Sejarah telah membuktikan bahawa setiap tahanan ISA yang telah dikenakan keatas individu atau kumpulan tertentu berdasarkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Istilah keselamatan negara adalah merangkumi tiga aspek tadi. Kecelaruan yang dilakukan orang awam tidak seteruk kesalahan yang dilakukan oleh individu yang mempunyai kuasa atau memegang jawatan tertentu sama ada dalam kerajaan atau luar kerajaan.

Dalam kalangan orang politik mereka melakukan atau mencetuskan ketegangan semasa hampir dengan pilihanraya. Mungkin mereka berpendapat berbuat demikian maka kerajaan tidak berani mengambil tindakan, kerana risikonya amat tinggi. Isu penangkapan pemimpin tertentu dibawah akta hasutan boleh menyebabkan parti politik pembangkang menjadikan isu pilihanraya.

Setiap kali pilihanraya semenjak tahun 1990 Nik Aziz telah banyak kali mengeluarkan kata-kata kesat, tuduhan yang tidak berasas kepada pemimpin kerajaan atau parti kerajaan. Tuduhan terbaru Nik Aziz baru-baru ini ialah UMNO tolak Islam dan sama dengan komunis. Nik Aziz juga menyokong pemimpin DAP (China) membaca ayat Al Quran.

Isu yang disentuh oleh Nik Aziz ialah isu Agama, bangsa dan negara. Dalam konteks agama Nik Aziz mencelarukan pemikiran Umat Islam dengan mengeluarkan pendapat yang boleh dianggap fatwa oleh fanatik Pas. Seperti menuduh UMNO menolak Islam. Dari segi bangsa, Nik Aziz dengan jelas tidak menerima bangsa Melayu sebagai mendominasi kekuatan politik negara ini, asalkan dia Islam tanpa mengira agama dan bangsa dia boleh menjadi Perdana Menteri. Kenyataan ini amat mengelirukan rakyat. Dalam soal Nik Aziz menyamakan UMNO dengan komunis, ini merupakan isu yang boleh mengugakkan negara. Sehingga ada pemimpin pembangkang membela Ketua Parti Komunis Malaya Cheng Peng dibenarkan kembali ke Malaysia.

Berdasarkan tiga fakta kukuh tadi sudah sampai masanya Nik Aziz ditahan dibawah Isa. Jangan tunggu hampir dengan pilihanraya ke 13 baru kerajaan hendak bertindak. Ketika itu saya yakin Nik Aziz akan mengeluarkan lagi 'fatwa' untuk kepentingan politik Pas, walaupun boleh menjejaskan agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment