KEDAI LALAT 19 July - Semasa Nik Aziz menjadi Ahli Parlimen, semasa persidangan Parlimen meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri pada April 1985 beliau turut menyokong Akta tersebut dan Akta ISA itu dilluluskan tanpa bahas.
Ketika ditemuramah oleh Akhbar WATAN terbitan 2-5 April 1985;
Wartawan; " Ada kalangan menuduh Ustaz (masa itu belum Tuan Guru) amat jarang sekali bercakap atau berhujah diParlimen. Mereka mendakwa Ustaz menyokong setiap dasar yang dibuat oleh Parlimen.Boleh Ustaz jelaskan sedikit."
Jawab Nik Aziz;"Saya tidak akan bercakap sekiranya dasar yang dibuat itu menepati landasan Parti (Pas), sesuai dengan kehendak keIslaman. Sekiranya ia bertentangan, saya tetap menentangnya. Saya bukannya suka memberi sebarang pujian yang tidak menentu."
Jadi jawapan Nik Aziz itu menunjukkan beliau bersetuju deangan segala akta undang-undang yang digubal dan dipinda semasa beliau berada dalam Parlimen selaku wakil rakyat Pas selama 15 tahun termasuk ISA.
Tetapi yang anehnya kenapa sekarang Nik Aziz begitu lantang menentang ISA? .... Dulu boleh sekarang tak boleh ?. Dulu Nik Aziz tidak menentang bahkan menyokong ISA.
No comments:
Post a Comment