Sunday, July 12, 2009


CERAMAH BN MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA

MANEK URAI 13 July - Ceramah BN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin telah memuncakkan sambutan rakyat Manek Urai kepada BN. Sepanjang kempen pilihanraya di Manek Urai, ceramah BN semalam telah medapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk tempatan. Kehadiran rakyat di sembilan tempat ceramah anjuran BN semuanya dihadiri oleh pengundi Manek Urai.

Ceramah yang diadakan di PU Manek Urai Baru bertempat di Bilik Gerakan Manek Urai baru di mana ceramah telah disampaikan oleh Dato’ Alwi bin Che Ahmad, Ustaz Wan Mohd bin Wan Ahmad dan Sdr Lokman Nor Adam telah memikat 500 pengunjung.

Sementara itu Ceramah yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Haji Ahmad bin Maslan dan Ustaz Afandi Yusof bertempat di PU Laloh Bilik Gerakan Lela Jasa, telah mendapat sambutan yang luar biasa. Sentuhan Tan Sri Muhyiddin telah menambat hati rakyat Manet Urai. Kehadiran tempat ceramah itu dianggarkan 800 orang.

Tidak kurang hebat juga ceramah di PU Temalir yang diadakan di Rumah Salma Che Kob. Penceramah terdiri dari Ustaz Rashid Sidi Latif, Dato Idris Haron dan Ahmad Baihaki Mohamad Zin telah dikunjungi oleh 300 orang.

Ceramah BN di PU Lata Rek yang diadakan di Bilik Gerakan Lata Rek telah dihadiri oleh 300 orang lebih. Ceramah telah disampaikan olehUstaz Shukri, Ustaz Ahmad Najib Yusof dan Dato’ Wan Rosdi Wan Rasik

Ceramah BN di PU Chuchoh Puteri yang telah diadakan di Rumah Saari Yaakob, Chuchoh Puteri ’A’. Penceramah terdiri daripada Ustaz Yusof Isa, Datuk Azimi Daim danKhairul Muzammil telah di kunjungi oleh 250 orang.

Kehadiran Menteri Besar Perak Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir, telah menghangatkan lagi nada ceramah BN dan disokong oleh Ustaz Mat Harun serta tokoh Ulamak Datuk Mohd Ghazali Haji Ahmad di PU Sg Peria ceramah diadakan diBilik Gerakan Sg Peria telah dihadiri oleh 450 rakyat peti undi berkenaan.

Gabungan tokoh muda dan lama telah menambat hati rakyat peti undi PU Manek Urai Lama. Ceramah telah diadakan di Bilik Gerakan Manek Urai Lama. Penceramah seperti Ustaz Rujhan Salleh, Dato’ Zainal Abidin Sakom dan Sdr Amin Syukor telah mengikat 350 pengunjung sehingga tamat ceramah.

Ceramah BN di PU Manjor bertempat di Kg Budi, ceramah yang disampaikan oleh Dato’ Othman Abdul, Dato’ Mustapha Taib dan Nik Dzulkifli Tiew telah mendapat sambutan yang hangat. Kehadiran dianggarkan 380 orang.

Sepertimana biasa ceramah gandingan Ustaz Mohd Kamal bin Saidin, Ustaz Azmi Mahshar Isohak dan Che gu Hj Ismail Wahab telah mendapat sorakan hebat daripada rakyat di PU Manjor, ceramah telah diadakan di Padang Futsal Manjor. Adalah dijangka kehadiran pengunjung seramai 400 orang.

Ceramah yang disampaikan oleh bekas tokoh Ulamak Pas Ustaz Omar Khalid dan Sdr Roslan bin Kassim telah memuaskan hati penduduk di PU Sg Sok, dimana ceramah telah diadakan di Rumah Che Omar, Lata Pauh. Kehadiran seramai 450 orang telah menunjukkan kepuasan mereka diatas kupas yang menarik oleh kedua-dua penceramah.

Isu yang dibangkitkan oleh Nik Aziz seperti UMNO tolak Islam sama dengan komunis telah dapat dijelaskan dengan sempurna oleh penceramah UMNO disetiap ceramah yang telah diadakan. UMNO yang memertabatkan Islam dan yang berjuang hingga ketitisan darah terakhir menentang komunis. Isu royalti minyak telah dijelaskan dan mendapat kepuasan dikalangan pengunjung. Kerajaan BN meluluskan RM7.3 billion untuk Kelantan dalam RMK 9 lebih banyak dari sebahagian negeri lain, tak kan RM 1 billion tak nak bagi untuk rakyat Kelantan kalau ianya layak untuk Kelantan.

Isu pembangunan Manek Urai akan dilaksanakan oleh BN sepertimana yang telah berlaku di DUN Pengkalan Pasir, BN membelanjakan RM24 juta setelah penduduk DUN Pengkalan Pasir memberi kemenangan dalam pilihanraya kecil kepada BN. Pengundi Manek Urai tidak akan melepaskan peluang istimewa ini yang ditawarkan oleh BN.

Kupasan dan penjelasan berlandaskan Quran dan hadith mengenai isu kelemahan kepimpinan Nik Aziz serta penyelewangan akidah Nik Aziz serta pembawaan Islam Nik Aziz yang menyimpang dari landasan Islam sebenar telah menyedarkan rakyat Manek Urai. Kelantan mundur ialah kerana kelemahan pentadbiran Nik Aziz. Jelaslah kini Nik Aziz yang berusia 80 tahun tidak bermaya lagi untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Rakyat sudah tidak yakin lagi kepimpinannya.

No comments:

Post a Comment