Friday, July 17, 2009

Abdullah mahu ISA dimansuh


SINTOK 17 Julai - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar dimansuh dan diganti dengan perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan terhadap tertuduh.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, undang-undang baru itu mampu menjamin hak asasi rakyat apatah lagi ISA sering dikaitkan dengan persepsi negatif.

Beliau berkata, ISA memberi skop kuasa yang terlalu besar kepada pihak berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Oleh itu, akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja dan mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya.


Komen: Dah cukop apa yg Tun buat selama Tun jadi PM, tak payah nak mengarut lagi. Bagi peluang kepada Najib membaiki 'kerosakan' yang Tun buat selama ini. Elok lah Pak Lah lontar idea mansuh ISA, kemudian menantu sambut, tak perlu mansuh, hanya pinda....buang masa...banyak lagi kerja pemuda perlu dibuat.

No comments:

Post a Comment