Sunday, July 19, 2009

NIK AZIZ TOLAK HUDUD DAN NEGARA ISLAM DEMI MENGHADAPI PILIHANRAYA KE 13

PANTAI SABA 19 July- Tahun 1993 adalah tahun isu hudud. Pas Kelantan meluluskan Deraf Hudud. Setelah dikritik oleh berbagai pihak Pas bersetuju meminda draf berkenaan. Ini menandakan bahawa Pas tidak yakin draf Hudud itu betul atau salah. Tetapi setelah dikritik Pas mendakwa siapa yang mengkritik draf Hudud Pas sebagai mencabar hukum Allah, menjadi murtad dan terkeluar dari Islam. Pada 25 Novenber 1993 Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan sebulat suara draf Enekmen Hudud. Apa jadi dengan Hudud Nik Aziz ?. Yang jelas hudud politik rekaan Nik Aziz untuk mengekalkan kuasa di Kelantan.

Hasil daripada membangkitkan Isu Hudud Pas menawan Kelantan dan Trengganu 1999. Kedua-dua negeri yang diperintah oleh Pas masing-masing mengemukakan Enekmen Hudud. Terdapat perbezaan Hudud Kelantan dan Hudud Trengganu. Umat Islam menjadi keliru setelah dua tok guru mencipta hudud yang berbaza.

Apapun Pas sudah berjaya menggerakkan Hukum Allah. Pas tidak sepatutnya undur kebelakang. Kalau dulu Nik Aziz seorang diri berani membentangkan Enekmen Hudud dan diluluskan di Kelantan tetapi sekarang Pas menguasai Kedah. Pakatan Rakyat menguasi Selangor dan Pulau Pinang. Pas sepatutnya memainkan peranan yang lebih aktif mempromosikan Hudud yang menjadi kewajipan kepada Pas.

Pas harus yakin hukum Allah mesti dipertahankan walau pun ditentang hebat oleh DAP. Nik Aziz bertanggung jawab kepada Allah kerana telah berjanji menegakkan Hudud jika Pas memerintah negeri Kelantan, Trengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Hudud Kelantan yang masih ada ialah memperingati bulan Hudud. Adakah cukop mengan amalan sedemikian?. Sebelum menang pemimpin Pas menggunakan isu Hudud, tetapi selepas menang lain jadinya. Pas Trengganu di bawah Hadi tidak sempat menyiapkan draf Hudud. Azizan Pas Kedah awal-awal lagi tidak berhajat untuk menyediakan draf hudud, Niza Pas Perak (9 bulan) bukan sahaja tidak nak hudud bahkan menyatakan Pas tidak berhajat untuk melaksanakan hukum Islam. Pulau Pinang tanpa hudud, tapi diberi gelaran 'Umar Abdul Aziz' kepada Lim Guan Eng, anak kepada bapa menentang Islam dan Hudud. Khalid dan Hasan Ali Pas Selangor tidak terlintas untuk melaksanakan Islam, bahkan tulisan jawi pun dihapuskan.

Itu lah senario perjuangan Nik Aziz yang penuh dengan penipuan dan angan-angan kosong. Nik Aziz selalu bertindak menggunakan IT (bukan information teknologi) tapi IKUT TERLINTAS. Sebab itu lah mana-mana ucapan Nik Aziz tidak berlandaskan fakta, semuanya emosi semata-mata.

Sebenarnya Nik Aziz berdolak dalik mengenai hudud setelah ditentang oleh DAP demi untuk menghadapi pilihanraya yang ke 13. Nik Aziz sanggup tolak hudud dan pembentukan Negara Islam demi DAP.

No comments:

Post a Comment