Thursday, July 9, 2009

TEROPONG!!!!

MANEK URAI 10 July - Terdapat 6 Peti Undi (PU) Pas yang menjalankan aktiviti semalam. Jentera Pas masih mengamalkan gerakan dalam kumpulan kecil dan dari rumah kerumah. Semalam terdapat dua ceramah Pas yang agak besar iaitu di PU Cucuh Puteri dan Sungai Sok dihadiri oleh 300 orang.Isu yang dibawa adalah hampir sama sejak mula kempen. Kecuali kepimpinan Dato' Pa mulai dipertikaikan mengenai kegagalan BN di 6 DUN yang di jajah oleh BN tak buat apa kata Nasarudin.

PU SG PERIA

Jentera Pas Halwa dan Pemuda Pas malam tadi bermesyuarat bagi mempergiatkan lagi dalam meraih undi atau berkempen . Gerakan naik rumah kerumah perlu diteruskan. Masih banyak lagi rumah yang tidak dikunjungi. Peruntukan juga perlu ditambah terutama ’RM’.

Banner atau sepanduk yang akan menjawab isu-isu BN akan lagi dinaikkan. Disamping itu banner untuk mengutuk BN perlu diperbanyakkan. Pemantau pilihanraya juga menjadi masalah kepada kita.

PU TEMALIR

Semua jentera di Temalir di jemput oleh Nik Sepia (SPP)ke Majlis Pelancaran Tabong Kebajikan yang akan diadakan pada 12 Jul bertemapat di Manek Urai Lama, Selepas waktu Isyak.

Walau apa Program sekali pun pada hari itu diadakan, menurutnya utamakan programnya.
Nik Sepia selaku orang lama di Manek Urai dan mempunyai Sawmill Bonnanza disana, sudah tentu mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan orang kampong Manek Urai.

PU MANEK URAI BARU

Jentera Pas membawa isu menyatakan bahawa penyokong Pas dari luar membawa berkat serta rahmat kepada Manek Urai, namun penyokong UMNO yang datang kesini membawa satu bala serta musibah. Jentera ini bergerak dari rumah ke rumah. Habuan RM dan buah tangan masih diteruskan kepada pengundi terpilih.

PU LATAR REK

Aktiviti Pas agak menurun atau berkurangan mungkin disebabkan oleh kebajikan jentera tidak terjaga oleh Nik Aziz.

Jentera Pemuda Pas di Latar Rek naik berang dan kelam kabut terutama diperingkat pos-pos Pas kecil kerana makanan untuk jentera bekerja di pos-pos tidak dihantar, menyebabkan pemuda yang juga selaku ketua pos naik berang dengan jentera Pas Negeri yang tidak ambil tahu tentang kebajikan mereka. Kemungkinan pos-pos kecil Pas akan ditutup dalam masa terdekat.

PU CUCUH PUTERI

Petang tadi satu perjumpaan jentera pilhanraya telah diadakan di rumah ketua peti undi dalam Majlis makan pulut durian tujuannya adalah untuk memaklumkan bahawa Ceramah Pas malam ini di Cuchoh Puteri A.

Penceramah :

1. Dato’ Rosli menjawab Isu anak angkat kerana Nik Aziz nak buat anak benar, sedangkan BN nak buat anak angkat. Untuk menegakkan Islam dengan mengundi Pas.

2. Nik Amar menyatakan Pas adalah sebuah Parti yang menerajui perubahan,Isu pembukaan tanah rancangan dan BN menang suatu ketika dulu kerana rakyat buta maklumat.

PU SUNGAI SOK

Petang tadi satu majlis perjumpaan jentera pilihanraya Pas telah diadakan di PU ini. Membincangkan mengenai untuk mengerah pengundi supaya hadir dalam ceramah malam ini.

Penceramah:
1. Dr.Hatta menyatakan hanya Pas boleh menegak Islam.
2. Hamid Deran membawa isu tentang Rasuah Ali Rustam,namun masih lagi dikekalkan sebagai ketua menteri.
3. Nasaruddin Daud membawa isu PPSMI serta mencanang Pas sebagai parti yang menerajui perubahan juga royalti minyak sebanyak 835 juta setahun yang tidak dibayar oleh kerajaan BN.

Kepada Dato' Pa yang nak jadikan Manek Urai sebagai anak angkat sedangkan 6 dun yang telah dijajah pun masih lagi tidak berubah dan tak buat apa-apa.

Kehadiran di ceramah Sg.Sok dianggarkan sebanyak 300 org di campur dengan jentera yang datang utk menolong jentera Pas Manek Urai.

No comments:

Post a Comment