Friday, July 17, 2009




RAKYAT KELANTAN MINUM AIR TERCEMAR - NIK AZIZ GAGAL

TELAGA BATA 18 July- Rakyat Kelantan selalu merungut kerana Pas gagal membekal air selamat kepada mereka. Nik Aziz berjanji dalam pilihanraya tahun 1999, 'mempertingkatkan mutu dan menyediakan bekalan air bersih yang mencukupi kepada seluruh rakyat Kelantan.'

Proses Rawatan Tidak Sempurna

Sebahagian besar loji beroperasi di Kelantan tidak mempunyai proses rawatan penuh. Sekurang-kurangnya terdapat lima peroses yang perlu dilakukan seperti pengudaraan, pengentalan, pemendapan, penurasan dan pengklorinan. Kebanyak loji mengambil punca air daripada tanah, dan hanya melakukan satu peroses sahaja iaitu pengklorinan sahaja. Menurut sumber tertentu 73 % daripada air yang dibekalkan ke kawasan Kota Bharu tidak melalui rawatan penuh.

Air Tidak Selamat

Sehingga akhir tahun 2002 bancian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan liputan bekalan air bersih (tak semestinya selamat) keluar bandar 82.58% sahaja paling rendah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang bertanggung jawab membekal air selamat kepada rakyat Kelantan pada tahun 2002 menunjukkan 0.2% air yang dibekalkan itu dicemari kuman najis yang dipanggil 'Fecal Ciloform'. Sebanyak 9.5% contoh air yang diambil menunjukkan tahap baki klorin yang rendah dari sepantutnya dan sebanyak 37.8% contoh air megandungi kandungan zat besi (ferous) yang tinggi.

Penyakit akibat air tidak selamat

Terdapat 5 jenis penyakit berjangkit akibat air tidak selamat iaitu keracunan makanan, demam kepialu (typhoid), taun (cholea), disenteri dan hepatitid A.

Pemfluoridaan di hentikan untuk jimat kos.

Kejadian karies (gonggok) gigi berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun, akibat daripada tindakan ini. Aktiviti ini di hentikan semenjak tahun 1995. Purata kerosokan gigi kanak-kanak bawah 12 tahun meningkat kepada 56%.


Kesan air tidak bersih

Aktiviti pembersihan yang menggunakan air bersih seperti pengguna awam, masjid, hospital, pejabat kerajaan, hotel dan lain-lain dilaksanakan dengan tidak sempurna.

Semua kilang pakaian yang beroperasi di Kelantan telah tutup, pindah kenegeri lain atau luar negara.

Unjuran bekalan air 2000 hingga 2020

Kerajaan Pas Kelantan mengunjurkan tahun 2010 hanya 90% air bersih hanya di Kota Bharu, sedangkan kawasan lain 70% sahaja. Jelas menunjukkan kegagalan Pas menyediakan air selamat kepada rakyat Kelantan.

BN bantu Pas Kelantan

Peruntukan sebanyak RM674,597,462.75 diluluskan untuk Kerajaan Pas Kelantan.

Rumusan

Kejadian penyakit disebabkan oleh pencemaran bekalan air minum di Kelantan amat ketara dan membimbangkan. Satu langkah drastik perlu dilakukan bagi meningkatkan kualiti air untuk diminum oleh rakyat. Pas gagal mengurus air dengan cekap dalam keadaan kewangan yang tidak mencukopi pembangunan sistem pengairan terbaik tidak dapat dilakukan. Sampai masanya rakyat menilai semula kuasa yang telah diberikan kepada Pas selama hamopir 20 tahun tapi masalah air tidak dapat diselesaikan.

1 comment:

Unknown said...

Water quality is so important because life does not exist, as we know it, without clean water. Contaminated drinking water causes cancer and many other diseases. Government should have to tale action against these people who are not providing clean water in there areas.
Waste Water Testing

Post a Comment