Saturday, July 25, 2009
PERPECAHAN PAS -UMNO KEJAYAAN YAHUDI KATA NIK AZIZ
Petikan penulisan 'SIKAP SAYA' - Al Ustaz Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Ketua Dewan Ulamak Pas 15 Des 1977.
'Perlu diingat bahawa perbahasan hangat di dalam parlimen kita di permulaan tahun (1977) ini mengenai Pertubuhan Yahudi Sedunia yang dikenali dengan nama Freemanson sedikit sebanyak menimbulkan irihati dan dendam musuh Islam terhadap tenaga Islam dinegara ini, manakala anasir-anasir anti taqwa yang sedia ada disini menunggu bila-bila masa saja untuk menyerkap dan memusnahkan sama sekali pengaruh Islam dimana saja.
Komen: Siapa musuh Islam sekarang? jawapannya DAP. Siapa agen Yahudi sekarang? jawapannya PKR
Oleh itu perpecahan Umat Islam atau orang Melayu, Pas-UMNO, telah memberi kejayaan gilang gemilang kepada mereka manakala anasir-anasir yang dahulunya berlindung dibukit bukau setelah ditentang mati-matian oleh pasukan bersenjata kita, akan beroleh nafas baru menyambung usaha mereka memperhambakan manusia untuk manusia.'
Komen: Kenapa 32 tahun yang lalu Nik Aziz menyebut Umat Islam atau Orang
Melayu?
Kenapa sekarang Nik Aziz menyebut Umat Islam lain dan Orang Melayu lain?
Komen: Siapakah yang berusaha ingin membawa balik pemimpin
komunis Cheng Peng kembali kenegara ini? Jawapannya AnwarIbrahim.
No comments:
Post a Comment