Sunday, July 19, 2009

Tok Pa; RM2 juta baik pulih rumah di Manek Urai

KOTA BHARU - Kerajaan Pusat menyediakan peruntukan hampir RM3 juta untuk program pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad berkata, daripada jumlah itu, RM2 juta diperuntukkan untuk membaik pulih rumah penduduk yang daif.

“Satu lagi isu yang dihadapi di Manek Urai ialah bilangan rumah yang menjadi milik orang miskin yang daif ini terlalu banyak. Ramai yang menyewa rumah daripada orang-orang berada. Ini juga satu perkara yang perlu kita atasi.

“Walaupun kita kalah di Manek Urai dan kita tahu rakyat di sana memerlukan bantuan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti rumah yang perlu dibaik pulih dan akan memulakan proses pembaikpulihan itu secepat mungkin.

“Setakat ini kita kenal pasti sebanyak 500 buah. Yang perlu mungkin banyak lagi, tetapi mana-mana yang uzur kita akan mulakan program pembaikan.

“Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi program ini dan setakat ini kita anggarkan RM3,000 untuk setiap buah rumah yang dibaik pulih,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan itu diperoleh sebelum pilihan raya tetapi tidak dilaksanakan kerana bimbang akan wujud tohmahan.

Katanya, Kerajaan Pusat akan mengurangkan kerenah birokrasi dan mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira ideologi politik.

“Ada beberapa peruntukan untuk lain-lain keperluan iaitu RM770,000 untuk turap jalan dan prasarana lain.

"Walaupun kita (BN) kalah dalam pilihan raya lalu, agenda pembangunan akan tetap diteruskan di Manek Urai,” katanya.

Komen dr lebai: Nik Aziz bila bila nak bantu rakyat Manek Urai....tak kan orang mene dok saja.?

No comments:

Post a Comment