Friday, July 17, 2009



PAS KELANTAN HANCUR BERSAMA NIK AZIZ

KOTA DARULNAIM 17 July- Keputusan pilihanraya Kecil N41 Manek Urai yang masih dipertikaikan kesahihannya, ianya merupakan permulaan tanda kejatuhan Pas di Kelantan. Dalam keputusan itu BN telah berjaya menambah undi sebanyak 899, berbanding dengan Pas mengalami kemerosotan 397 undi. Perkara ini berlaku dalam tempoh 15 bulan sahaja. selepas Pilihanraya Umum 2008. Jadi sementara menanti pilihanraya yang ke 13 maka Nik Aziz bolehlah berkemas dari sekarang untuk mengosongkan Kota Darulnaim kerana 'Tuan' asal akan kembali mendudukinya.

Terdapat lima fakta kukuh yang boleh mensabikan kekalahan teruk Pas Kelantan dalam pilihanraya yang akan datang antaranya ialah;

1. Nik Aziz sudah tua, Pilihanraya yang akan datang beliau berumur 84 tahun, terlalu banyak kekurangan yang ada pada Nik Aziz termasuk mental dan fizikal.

2. Pas sekarang dikuasai oleh bukan pemimpin Pas Kelantan. Semua dasar akan ditentukan oleh Pas Pusat yang tidak lagi 'faver' kepada Kelantan.

3. Penyokong Pas Kelantan benci kepada tokoh Pas yang bertanding di Kelantan. Dengan ini Pas Kelantan akan memutuskan semua kerusi Negeri atau Parlimen akan ditandingi oleh pemimpin Pas Kelantan sahaja. Ini bermakna Nasharudin, Salahudin, Hatta, Nasution mesti balik bertanding di negeri masing-masing.

4. Ada tiga kabilah dalam kepimpinan Pas Kelantan sekarang. Pemimpin Pas itu sekarang sudah dibenci olek rakyat Kelantan.

5. Pupuslah 'specis ulamak' dalam Pas Kelantan.

Lima fakta ini juga yang menyebabkan Pas runtuh di Manek Urai. Perangai orang Kelantan 'jelas' apabila dia benci....dan' jelas' apabila dia sayang. Nik Aziz jatuh sama dengan usianya, niat untuk menjadi Menteri Besar sampai mati mungkin tercapai.




No comments:

Post a Comment