Sunday, July 12, 2009


SMA Sungai Sok

TEROPONG!!!!!

PAS KECEWA USAHA MEMIKAT PENGUNDI REMAJA GAGAL

SUNGAI SOK 12 July - Pengundi remaja iaitu yang berumur 30 tahun kebawah dianggarkan seramai 2,800 orang di N41 Manek Urai. BN dan Pas berusaha bersungguh untuk memikat mereka, dengan menganjurkan berbagai program.

Pas telah mengadakan perlawanan Tinju Tomoi di Pu Manjor walaupun satu masa dulu Nik Aziz mengharamkannya.

Pas juga menganjurkan Kursus 3 hari 2 malam, iaitu Kursus Pra Perkahwinan Remaja secara percuma. Kursus itu diadakan di Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Sok, bermula 10 July. Surat jemputan telah dikeluarkan untuk 200 peserta yang sudah berdaftar mengundi di N41 Manek Urai.
Tetapi yang hadir cuma Hadir 89 orang... rata-rata yang datang rupanya belum berdaftar sebagai pengundi...Nik Aziz kecewa.

No comments:

Post a Comment