Thursday, July 16, 2009


Kota Darulnaim melambai ....... BN

N41 MANEK URAI BN MENANG 35 UNDI-NIK AZIZ SEDIH?



TOK UBAN 17 July- Peti undi Manek Urai Lama di mana Barisan Nasional (BN) sepatutnya dikatakan menang dengan majoriti 289 undi tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Berdasarkan keputusan yang ada pada wakil BN di peti undi berkenaan, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 1,008 undi manakala calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 719 undi dan undi rosak sebanyak 19, oleh itu, kita menang dengan majoriti 289 undi.

Tetapi ketika pengumuman dibuat di pusat penjumlahan undi, BN hanya menang dengan majoriti 189 undi. Ini yang menimbulkan tanda tanya kenapa keputusan tersebut berubah di pusat penjumlahan undi sedangkan di peti undi kita menang dengan majoriti 100 undi.

Note: Jika perkiraan diatas benar maka BN menang dengan majoriti 35 undi.

1 comment:

megat said...

salam,
blog saudara di linkkan ke www.pisau.net

Post a Comment