Sunday, July 26, 2009

PEMUDA TAHAN LASAK BARU - 10 NILAI CITARASA RAKYAT KELANTAN

DEMIT 27 July - Tenaga muda adalah penting untuk memperkuatkan gerakan sesebuah parti. Semenjak tahun 1959 Kelantan dibawah pemerintahan pembangkang Pas kecuali tahun 1978 hingga 1990 Kelantan ditadbir oleh BN. Dalam tempoh masa yang lama Kelantan dibawah pembangkang sehingga boleh menjejaskan jatidiri dan semangat juang pemuda UMNO Kelantan.

Sudah sampai masanya Pemuda UMNO bangkit dengan semangatjuang yang baru berdasarkan pendekatan Pemuda Tahan Lasak (PTL). Kehebatan dan kekuatan PTL telah banyak menyumbangkan jasa dalam memperkasakan UMNO dalam kalangan rakyat Kelantan.

Walaubagaimana pun Pemuda Tahan Lasak versi baru ini perlu dimurnikan dengan nilai-nilai murni yang menjadi citarasa rakyat Kelantan.

Terdapat 10 citarasa rakyat Kelantan iaitu pemuda yang jurus, mudah baso, sene kiro, kuat semangat, ikut suruh, berani, hurmat orang tua, segak, cerdik, pemurah dan amanah.

10 citarasa ini sejajar dengan seruan Tok Pa yang ingin melihat semangatjuang yang lebih tinggi dari apa yang telah ditunjukkan dalam pilihanraya Manek Urai.

Dengan PTL versi 10 citarasa maka rakyat Kelantan dalam pilihanraya yang akan datang akan memberi kemenangan kepada BN untuk memerintah negeri Kelantan.


No comments:

Post a Comment