Tuesday, July 28, 2009

NIK AZIZ SUDAH JADI PELACUR POLITIK MURAHAN

KEDAI LALAT 29 July- Semua akhbar, blog dan media lain mengutip perjalanan politik Nik Aziz. Katanya dan 'fatwa' Nik Aziz turut dipaparkan dan diulas oleh banyak pihak. Penyokong Pas yang taksub sudah pasti menyokong secara membabi buta apa sahaja yang diperkatakan oleh Nik Aziz, semuanya baik. Penyokong UMNO tentunya terguris dan terkilan diatas permainan politik Nik Aziz yang selalu berdolak dalik, sekejap nak sekejap tak nak.
Kumpulan yang penting dalam membahas isu Nik Aziz ialah kumpulan atas pagar yang terdiri dari gulongan pertengahan umur dan remaja. Mereka ini menerima kepimpinan Nik Aziz denagn berfakta dan menilai dengan akal yang waras. Setiap hujah Nik Aziz dinilai dengan penuh akademik sesuai dengan penampilan Nik Aziz yang kononnya pemimpin berilmu dan digelar ulamak.
Adakah tindakan Nik Aziz yang bukan sahaja berkeras menolak kerjasama dengan sesama Islam (UMNO) malah mengeluarkan kata-kata 'pergi jahanamlah UMNO' itu sejajar dengan Quraan dan hadith atau disokong oleh fakta yang kukuh?
Apa yang jelas sebagai pemimpin dan ahli potitik Nik Aziz cuba menunjulkan dia lebih hebat dari Hadi. Sebagai ulamak dia cuba menjadikan dirinya gah dan sempurna. Sebab itulah setiap kali fatwa yang dikeluarkan walaupun bercangah dari hukum Islam tapi mendapat kredit politik peribadi.
Nik Aziz lebih popular dari Hadi sekarang gara-gara strategi politik yang digunakan oleh beliau iaitu Parti Pas mengatasi Islam.
Strategi meletakkan Pas mengatasi Islam, Nik Aziz berjaya menyakinkan DAP bahawa Pas untuk semua sesuai untuk msayarakat majmuk dan berbagai agama masa kini. Apa sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz semenjak dulu sampai sekarang, beliau berjaya meletak Pas mengatasi Islam. Penyokong Pas taksub kepada Nik Aziz mengatasi Islam, walaupun hujah Nik Aziz bertentangan dengan Islam.
Nik Aziz memang patut dilupakan oleh Pas bukan sahaja kerana beliau gagal membawa perpaduan dalam partinya sendiri tetapi juga tidak pernah ikhlas menjayakan perpaduan ummah. Jika Nik Aziz berterusan dengan meletakkan Pas mengatasi Islam maka, Nik Aziz adalah seorang pelacur politik murahan.

No comments:

Post a Comment