Saturday, July 25, 2009


NIK AZIZ HIDUPKAN SEMULA KERAJAAN PERPADUAN.

PULAU MELAKA July 25 – Nik Aziz ‘serabut’ atau pening kepala bila memikirkan kemenangan tipis Pas dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai. Strategi Pas nampak jelas mengelabah apabila Tok Pa dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang baru. Jangkaan Nik Aziz tepat, iaitu jika Tok Pa yang menerajui UMNO Kelantan, maka Pas akan menerima akibat yang buruk, seperti mana Pas hampir kalah dalam piliharaya yang ke 12.

Sekarang ini nasib Nik Aziz tidak baik kerana pemimpin seperti Tok Pa amat disenangi oleh rakyat Kelantan sehingga boleh menandingi kepimpinan Pas Kelantan. Ujian pertama ialah di Manek Urai, walau pun Fatah mengatakan Pas boleh menang dengan majoriti 2,000 undi, tetapi ternyata pandangan itu takbur semata-mata, hanya 65 undi sahaja Pas menang.

Namun begitu hati kecil Nik Aziz sudah tahu akan kehebatan kepimpinan Tok Pa, sebab itu lah Nik Aziz menyerang UMNO habis-habisan bukan menyerang peribadi Tok Pa. Peribadi Tok Pa bersih dan tidak ada isu yang boleh digunakan oleh Nik Aziz dalam kempen pilihanraya. Ternyata tanggapan dan strategi Nik Aziz benar, Pas boleh kalah di Manek Urai kalau beliau tidak menyerang UMNO secara membabi buta.

Hari ini Nik Aziz mulai membawa nada yang berbaza. Beliau mulai nak berbaik-baik dengan UMNO atau kerajaan persekutuan. Nik Aziz sedar bahawa kaedah menyerang membabi buta amat dibenci oleh rakyat Kelantan.

Jika Nik Aziz ingin melihat perpaduan Ummah, Melayu dan rakyat Melaysia keseluruhannya maka cadangan Hadi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan patut dihidupkan semula. Nik Aziz boleh menggerakkan era Perpaduan Islam di Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment