Friday, July 10, 2009


Pekan Pengkalan Kubur Masih tiada apa-apa pembangunan selain yang dibangunkan oleh BN....
...tiada apa pun yang Nik Aziz buat selama 15 tahun telah berlalu...


BANDARAYA ISLAM PENGKALAN KUBUR – KERAJAAN NIK AZIZ TIPU RAKYAT 'BARE PUNOH'

TAKBAI 10 July - Harapan penduduk Tumpat Khususnya penduduk Pengkalan Kubur adalah besar, setelah kerajaan pimpinan Ulamak Nik Aziz menjanjikan projek Bandaraya Islam ditempat mereka. Sekarang sudah 15 tahun berlalu bila Nik Aziz nak tunaikan....

Projek ini diberitahu dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan secara rasmi.

...Bandar baru Pengkalan Kubur bernilai (RM1 bilion). Sementara itu, menjawab soalan YB Ustaz Hassan Mahmood (PAS - Tawang), Ustaz Ahmad berkata, projek bandar baru Pengkalan Kubur akan mewujudkan kira-kira 6,000 peluang pekerjaan selepas ia dilaksanakan. Menjawab soalan tambahan YB Mat Nawawi Mat Jusoh (BN - Pengkalan Kubur) katanya, sebahagian besar penduduk di kawasan terbabit dengan projek bandar baru di Pengkalan Kubur itu bersetuju dengan kehadiran projek itu.

Mungkin inilah Bandaraya Pengkalan Kubur mengikut imaginasi Nik Aziz.....?






...Nik Aziz juga hadir dalam Dewan sebagai Ketua Kerajaan Pas Kelantan.....dia dengar dan tahu apa yang diperkatakan dalam Dewan yang berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia, YB Ustaz Ahmad berkata demikian sebagai menjawab soalan YB Ustaz Nasuruddin Haji Daud (PAS - Meranti) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, 26 Oktober lalu 1996.





Yang dijanjikan tak berlaku.... tapi yang tidak dijanjikan oleh Nik Aziz ditunaikan iaitu Patong Duduk terbesar dan tertinggi di Asia di Kg Bunuhan Pengkalan Kubur.

No comments:

Post a Comment