Saturday, July 18, 2009



NAPOLEON HILL 19 JULY

'Pasukan bola sepak yang baik banyak bergantung kepada kerjasama berbanding kemahiran individu'.

Kerja berpasukan ialah usaha sama-sama semua ahli pasukan untuk mencapai matlamat bersama. Kata kunci dalam definisi ini ialah 'USAHA SAMA'. Tanpa sokongan seluruh anggota, tiada pasukan yang akan kekal lama. Para pemain bola sepak mengetahui bahawa tiada seorang pun ahli pasukan yang dapat menjadi bintang dalam setiap permainan. Kebanyakan saat kecemerlangan dibina setelah melalui beberapa siri permainan, setiap satunya dimenangi secara komited, penuh azam, menghalang dan mengelecek.

Pasukan yang menang dianggotai oleh ahli-ahli yang menyedari bahawa apabila seorang ahli pasukan untuk mencapai kejayaan, maka seluruh pasukan juga akan berjaya. Begitu juga, cara yang paling pasti untuk mencipta porak poranda ialah dengan menghasilkan persaingan sesama sendiri. Apabila semua ahli memberi yang terbaik dalam setiap keadaan - sama ada mereka membawa bola atau memberi laluan kepada rakan sepasukan - pasukan itu akan menang, dan setiap dari ahli pasukan itu juga turut menang.

No comments:

Post a Comment