Saturday, July 11, 2009












JABATAN PERTANIAN KELANTAN (JPK) SECARA TERBUKA MENENTANG BN


CUCUH PUTERI 11 July - Di Manek Urai Lama pada 2 July waktu petang Nik Aziz melancarkan program 'Bertani Satu Ibadah'. Diantara yang hadir ialah Exco negeri Kelantan Abdullah dan bekas penceramah UMNO Hamid Derani. Dianggarkan seramai 300 orang yang hadir dalam majlis tersebut. Abdullah dalam ucapannya banyak memuji kepimpinan Nik Aziz. Beliau meminta penduduk manek Urai Lama menyokong kerajaan pimpinan Tok Guru. Dalam ucapan perasmian Nik Aziz bercakap sekejap sahaja kerana baru keluar hospital, masih uzur.



Majlis itu dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan hadiah yang disediakn oleh JPK seperti hamper,kambing,lembu dan 10 buah mesin galah. Tahniah kepada Jabatan Pertanian Kelantan kerana berjaya mengadakan majlis tersebut yang secara terbuka menyokong Pas.






Oleh kerana Jabatan Pertanian Kelantan (JPK) secara terbuka menentang BN, maka PU Cucuh Puteri Pas telah memohon untuk mengadakan program yang serupa dengan yang telah dibuat oleh JPK. Selain dari itu PU Peria Pas juga memohon JPK mengadakan ditempat mereka sebelum hari mengundi pada 14 Julai.

No comments:

Post a Comment