Tuesday, July 14, 2009


TPM mudah kiro dan Tok Pa mudah basa....menambat hati rakyat

BN DAH PULIH

TAMBATAN DIRAJA 15 July- Keputusan pilihanraya kecil N41 Manek Urai semalam BN hampir menang iaitu kurang 65 undi, terurai dan terjawab dua persoalan yang menjadi isu hangat diperkatakan dalam masyarakat selama ini. Pertama isu keyakinan rakyat khususnya orang Melayu telah memberi keyakinan semula kepada kebangkitan BN di Malaysia amnya dan di Kelantan khususnya. Kedua isu agama yang dimainkan oleh Nik Aziz dengan mengatakan UMNO tolak Islam.

Isu pertama mengenai petanda kebangkitan semula sokongan orang Melayu kepada BN setelah BN hampir menang dalam pilihanraya kecil N41 ManekUrai, iaitu pertambahan undi yang mendadak kepada BN. Pertandingan antara BN dengan Pas tidak tertumpu kepada jentera di Kelantan sahaja tetapi seluruh negara. Namun begitu kebangkitan orang Melayu untuk menyokong UMNO (BN) tidak mampu disekat oleh keganasan jentera Pas.

Isu kedua mengenai agama, strategi Nik Aziz ialah bagaimana untuk mengekalkan 'hardcore' Pas atau fanatik Pas iaitu dengan cara mengatakan UMNO tolak Islam. Isu agama yang dimainkan oleh Nik Aziz telah berjaya dan isu itu merupakan teras kepada kekuatan Pas dalam PRK Manek Urai..

Kesimpulan awal yang boleh dikatakan ialah BN hampir menang dan Pas kalah dalam menang. Kejayaan besar BN Kelantan ialah 'Aura Tok Pa' dalam PRU 2004 masih segar dalam ingatan pengundi Kelantan.




No comments:

Post a Comment