Friday, July 24, 2009



IMEJ ISLAM TERCEMAR - NIK AZIZ TOLONG SELESAIKAN NASIB IBU TUNGGAL YANG DI ZALIMI OLEH WAKIL RAKYAT PAS.

BALAI ISLAM July 24- Dalam perbicaraan semalam, Siti Aishah Abdullah bersama dua anaknya Wan Ahmad Firdaus dan Wan Nor Salwa di Mahkamah Rendah Syariah, Kota Bharu, hakim telah menangguhkan lagi perbicaraan sehingga 19 Januari tahun depan.

Siti Aishah yang merupakan mualaf berketurunan Cina Kemboja hadir ke mahkamah bersama dua anaknya, Wan Ahmad Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, kecewa kerana kes tersebut ditangguhkan lagi.

''Kali ini kes ditangguhkan dalam tempoh yang agak lama sedangkan saya memerlukan nafkah anak-anak untuk digunakan sebagai perbelanjaan.

''Walaupun pada perbicaraan bertarikh 18 Februari lepas, mahkamah telah memerintahkan bekas suami (Wan Ismail Jusoh ADUN Melor Kelantan) membayar nafkah sementara sebanyak RM500 sebulan kepada dua anak tetapi dia gagal memenuhinya mengikut turutan bulan,'' katanya.

No comments:

Post a Comment