Tuesday, July 28, 2009



Umat Islam keliru bila Ulamak Nik Aziz menghalalkan perbuatan ini. Nizar pemimpin Pas yang beragama Islam mengikuti upacara kematian seorang penganut Kristian.


MUZAKARAH HUKUM-HUKUM ISLAM DALAM ISU SEMASA

BACHOK 29 July- Semakin hari semakin tegang dan serabut mengenai 'fatwa' yang dikeluarkan oleh orang yang bergelar 'Ulamak' seperti Nik Aziz, yang sedihnya orang yang tidak berwibawa sebagai ulamak pun mengeluarkan 'Fatwa' seperti Husam Musa.

Umat Islam menjadi keliru. Isu hukum dan menghukum dalam isu semasa perlu mendapat perhatian semua ulamak seluruh negara. Ulamak harus bangkit menentukan sama ada kenyataan seseorang itu seperti Nik Aziz benar atau tidak.

Dengan adanya Muzakarah hukum-hukum Islam dalam isu semasa maka dapat menentukan siapa benar. Jika semua kenyataan Nik Aziz didapati menepati Quran dan hadith atau ijmak ulamak maka rakyat harus terima dengan terbuka. Begitu juga jika kenyataan Nik Aziz selama ini mengenai hukum Islam yang dinyatakannya tidak betul maka rakyat juga wajib menerima dengan terbuka.

Nik Aziz mesti berani berdepan dengan Himpunan Ulamak seluruh negara untuk menyatakan kebenaran.

Muzakarah ini sesuai bermula di Kelantan, kerana ramai Ulamak Kelantan yang tidak puas hati dengan kenyataan Nik Aziz diakhir-akhir ini.

Beberapa orang Ulamak Kelantan yang telah ditemui bersetuju Muzakarah yang seperti ini diadakan segera. Kita berharap Muzakarah Hukum-hukum Islam dalam isu semasa menjadi realiti tidak berapa lama lagi.

Sebaik-baiknya setiap kali 'fatwa' yang dikeluarkan oleh Nik Aziz yang mengelirukan umat Islam maka wajar Kumpulan Ulamak Kelantan mengadakan Muzakarah untuk menentukan kesahihan 'fatwa' tersebut.

Dengan adanya Kumpulan Ulamak Kelantan yang bertindak sebagai mencari kebenaran hakiki, harus diterima oleh semua pihak.

No comments:

Post a Comment