Monday, July 6, 2009


YB Ahmad bin Maslan,
Ketua Penerangan UMNO Malaysia

GEGARKAN 10 PERKARA
MANEK URAI 6 July - YB Ahmad Maslan telah mengariskan 10 perkara yang akan menjadi paksi kempen BN dalam pilihanraya ini.

1. Tema dan matlamat BN ialah untuk memastikan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan dengan calon BN Tuan Aziz yang berpengalaman, BN ada harapan untuk menang (kenyataan PM).

2. Manek Urai akan jadi permulaan baru untuk BN untuk pembaharuan dan meneruskan pembangunan di Kelantan. Bukan hanya undi PAS boleh masuk syurga tapi undi BN pun boleh masuk syurga asalkan taat kepada suruhan Allah (kenyataan TPM)

3. Manek Urai akan jadi kawasan angkat kerajaan persekutuan jika BN menang walaupun kerajaan negeri tidak berubah, tapi penduduk Manek Urai akan berubah kehidupan dan masa depan oleh itu beri peluang untuk BN buktikan (kenyataan Tok Pa).

4. Faktanya dalam RMK ke 9 Kelantan diluluskan RM7.6 bilion..ini bukti kerajaan pusat tidak anak tirikan rakyat Kelantan..kita sayang rakyat & harap rakyat syukuri peruntukan yang diberi itu tanda BN adil kepada rakyat.

5. Isu royalti minyak kepada Kelantan tidak berbangkit sebab kawasan itu bertindih, maka hak kerajaan pusat untuk selesaikan secara rundingan.

6. Islam agama pembangunan..amanah membangun insan & prasarana negeri dan Negara dilasakanakan oleh BN..apakah yang dibuat oleh PAS dalam melaksanakan amanah membangun rakyat selama 19 tahun? Tiada yang besar dibuat berbanding usaha BN yang berterusan.

7. Antara agensi kerajaan BN yang aktif seperti KESEDAR, JPP, JKR, RISDA, Pelajaran, kesihatan, Penerangan, pertanian, veterinar, JKM, MARA, TEKUN, Luar Bandar, Koperasi dan dll di Manek Urai semuanya berjasa kepada pembangunan rakyat.

8. UMNO = Untuk Membela Nasib Orang, BN = Bina Negara, Perjuangan untuk Agama, Bangsa Tanahair. Pentadbiran UMNO jauh lebih baik dari PAS, terbukti 63 tahun …terbukti 52 tahun memerintah Negara.

9. Perpaduan seagama dan sebangsa amat penting di Negara ini..juga baik untuk bangsa-bangsa lain demi kestabilan politik dan pencapaian ekonomi Negara…idea itu datang daripada Dato’ Seri Hadi Awang dan disambut oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri tapi ditolak untuk Nik Aziz, DAP dan PKR…Manek Urai adalah medan bukti kita sokong perpaduan dan tolak Nik Aziz yang lebih rela bersekongkol dengan DAP.

10. Pujuklah pengundi untuk sokong Tuan Aziz, anak Kuala Krai, pemimpin muda berkelulusan dan berpengalaman 12 tahun jadi pegawai KESEDAR yyang membangunkan Manek Urai … Berilah peluang sekali ini kepada BN…

No comments:

Post a Comment